omniture

TCL Umum Pelancaran Google TV di CES2021 Tawar Kandungan Terbaik dengan Pengalaman Tontonan Hebat

TCL Electronics
2021-01-12 03:08 114

HONG KONG, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengumumkan di CES 2021, bahawa ia akan melancarkan siri TCL Google TV™ pada tahun 2021 kepada pengguna TCL, bermula di Amerika Syarikat dan selanjutnya di pelosok lain di dunia.

TCL Announces its Google TV Launch at CES2021 to Offer Very Best Content with Superb Viewing Experience
TCL Announces its Google TV Launch at CES2021 to Offer Very Best Content with Superb Viewing Experience

TCL Google TV akan menggabungkan teknologi paparan TCL yang utama dalam industri seperti Mini-LED, 8K dan QLED, dengan pengalaman hiburan baharu Google, bagi membantu pengguna menerokai dan mengakses kandungan yang mereka sukai dalam definisi mengagumkan pada skrin TCL yang terkini dengan lebih mudah berbanding sebelum ini.

"Pengenalan TCL Google TV akan membawa perkongsian kami bersama Google ke tahap seterusnya," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industrial Holdings dan TCL Electronics. "Tema kami di CES tahun ini ialah 'Alami Lebih Lagi' dan dengan menggabungkan paparan canggih dengan kandungan pintar dan mudah yang dikuasakan oleh Google, saya yakin bahawa kami akan dapat membolehkan orang ramai di seluruh dunia untuk merealisasikannya pada tahun 2021."

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan TCL bagi membawakan Google TV kepada pengguna di serata dunia. Google TV merupakan pengalaman TV yang lebih berguna dan menggembirakan yang membantu pengguna mencari kandungan yang mereka sukai," kata Shobana Radhakrishnan, Pengarah Kanan Kejuruteraan, Google TV.

TCL Google TV menghimpunkan filem, rancangan, TV secara langsung dan banyak lagi daripada aplikasi dan langganan serta menyusunnya untuk setiap pengguna. Ia menawarkan cadangan diperibadikan agar pengguna TCL dapat menerokai program baharu untuk ditonton. Pengguna juga boleh meminta Google untuk mencari filem dan rancangan, menjawab soalan dan mengawal peranti kediaman pintar melalui suara mereka pada skrin besar TCL.

* Google TV dan logo-logo berkaitan ialah tanda dagangan Google LLC

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki tempat ke-2 dalam bahagian pasaran TV jenama TCL pada suku kedua tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan peralatan kediaman pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news