omniture

Quectel umum modul 5G baharu untuk pacu pengkomersialan 5G

Quectel
2021-01-12 14:13 2522

SHANGHAI, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions (Kod Saham: 603236.SS), pembekal global yang terkemuka bagi modul IoT, mengumumkan bahawa syarikat ini telah melancarkan modul Sub-6GHz Radio Baharu (NR) 5G semasa berlangsungnya CES 2021, termasuk RM500Q-AE, RM502Q-AE dan RM505Q-AE, bagi mendorong penggunaan sambungan pintar 5G secara besar-besaran di seluruh dunia.

Memanfaatkan modem 5G komersial Qualcomm® Snapdragon™ X55, ketiga-tiga modul ini mempunyai teknologi kelajuan yang amat pantas, kependaman rendah dan pengagregatan pembawa (CA) yang dipertingkat dan kini bersedia untuk pensampelan bagi menyokong pelbagai jenis aplikasi Jalur Lebar Mudah Alih dipertingkat (eMBB) dan IoT seperti akses tanpa wayar tetap (FWA), penstriman langsung 4K/8K, aplikasi mesyuarat dalam talian, teleperubatan, pengangkutan pintar dan IoT industri (IIoT).

Berkeupayaan untuk kedua-dua mod mandiri (SA) dan bukan mandiri (NSA), ketiga-tiga modul ini menyokong liputan seluruh dunia untuk jalur frekuensi 5G NR Sub-6GHz, LTE-A dan WCDMA serta menyediakan penyelesaian 5G yang andal kepada pelanggan IoT di seluruh dunia. Ciri-ciri utama yang lain daripada modul-modul ini termasuk:

  • Meliputi jalur frekuensi 5G global
  • Kadar data berbilang gigabit, sehingga 5.0Gbps
  • DL 4 × 4 MIMO untuk jalur 5G NR dan LTE-A
  • Keupayaan GNSS berbilang gugusan
  • Antara muka yang banyak: USB 3.0/3.1, PCIe 3.0 dan eSIM
  • Faktor bentuk M.2, serasi dengan modul Quectel LTE-A Cat 6/Cat 12/Cat 16

Ketiga-tiga modul ini turut mengintegrasikan keupayaan GNSS, dengan RM505Q-AE menyokong isyarat GPS L1/L5 Aktif untuk perkhidmatan penentududukan yang lebih tepat. Ini bagi memastikan terminal industri seperti komputer peribadi (PC) tablet tahan lasak dan komputer dalam kenderaan dapat berfungsi di persekitaran dengan isyarat yang lemah seperti lembah, hutan dan kanyon bandar raya.

Pada masa kini, RM502Q-AE telah menyempurnakan pensijilan IC/FCC/ PTCRB/GCF/RED/RCM, manakala RM500Q-AE dan RM505Q-AE telah menyempurnakan pensijilan CE/RCM. Kelulusan wajib dengan pelancaran global garis dasar perkakas tegar (FW) ini membantu pelanggan memasuki setiap pasaran tempatan dengan pantas dan mengurangkan kos pembangunan dan pensijilan peranti mereka.

Baca teks penuh: https://www.quectel.com/infocenter/news/quectel-announces-new-5g-modules-to-drive-5gcommercialization.htm 

Latar Belakang Quectel

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul selular dan GNSS unggul yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih daripada 2200 ahli profesional, yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan agar kami menjadi yang pertama untuk memasarkan dan terus mengatur langkah pembangunan. Tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai (Kod Saham: 603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang, LinkedInFacebook dan Twitter Quectel.

Ashley Liu
+86-551-6586 9386*8016
media@quectel.com

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment