omniture

Trek Lumba Baharu untuk Gergasi TV Global: Kualiti gambar menjadi Asas dan Aplikasi menjadi Bahagian Penting!

Hisense
2021-01-13 01:32 292

QINGDAO, China, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 11 Januari, Fisher Yu, Presiden Hisense Visual Technology, mengumumkan di CES maya yang pertama seumpamanya bahawa Hisense telah menjual lebih 25 juta produk paparan terminal pada tahun 2020, seraya mengekalkan kedudukan pertama dalam pasaran Cina. Pada tahun 2021, Hisense akan memberi tumpuan terhadap kecekapan teras kualiti gambar dan aplikasi serta melancarkan produk TV ULED baharu dengan kadar segar semula dan julat dinamik yang tinggi selain TV Laser TriChroma baharu.

Pada tahun 2021, Hisense akan memberi tumpuan terhadap kecekapan teras kualiti gambar dan aplikasi serta melancarkan produk TV ULED baharu dengan kadar segar semula dan julat dinamik yang tinggi selain TV Laser TriChroma baharu.
Pada tahun 2021, Hisense akan memberi tumpuan terhadap kecekapan teras kualiti gambar dan aplikasi serta melancarkan produk TV ULED baharu dengan kadar segar semula dan julat dinamik yang tinggi selain TV Laser TriChroma baharu.

Kualiti gambar merupakan asas bagi produk TV. Fisher Yu berkata, sebagai penaja rasmi EURO 2020, kami akan membawa versi tersuai siri EURO 2020 ULED U7 untuk peminat bola sepak di seluruh dunia. Hisense, yang akan melancarkan produk TV Laser baharu di CES pada setiap tahun, tahun ini melancarkan rangkaian penuh produk TV Laser TriChroma berukuran daripada 75-inci hingga 300-inci, justeru mengumumkan bermulanya era baharu TV Laser TriChroma. TV Laser TriChroma baharu Hisense menerima pakai seni bina sumber cahaya laser RGB. Laser warna yang berbeza dipakejkan secara berasingan dan dikawal dengan baik, lantas menghasilkan prestasi warna yang lebih tulen. Produk ini mencapai peningkatan kecerahan sebanyak 20% pada tahap piksel dan kecerahan gambar 430-nit. Di samping itu, standard gamut warna tertinggi TV dapat mencecah 107% BT2020 manakala liputan gamut warna dapat mencecah sehingga 151% daripada standard warna filem DCI-P3, iaitu hampir 50% melebihi pawagam mewah.

Aplikasi merupakan bahagian penting dalam produk TV. Fisher Yu berkata bahawa skrin adalah amat penting dalam pembinaan semula gaya hidup kita lantaran nilai dan fungsi uniknya. Dalam tahun 2020 yang mencabar, Hisense memberi tumpuan terhadap hiburan rumah dan melancarkan produk-produk seperti TV sosial, TV dwiskrin 8K dan TV Laser TriChroma yang menyokong panggilan persidangan bersama beribu-ribu pemanggil. Pada tahun 2021, Hisense akan terus memperluas fungsi skrin besar sebagai pusat kediaman pintar, bagi membolehkan aplikasi mereka menjadi platform sosial rumah. Skrin sosial Hisense yang dinaik taraf menyokong pejabat di rumah, kuliah dalam talian, penjagaan di rumah, kecergasan AI dan pelbagai keperluan sosial dan perniagaan, Produk eko-skrin Hisense juga berfokuskan pengguna. Ia berasaskan evolusi masa dan ruang dalam kehidupan rumah dan direka bentuk untuk meliputi pelbagai elemen dalam kehidupan harian termasuk pembelajaran di rumah, pejabat, riadah dan hiburan, pengurusan kehidupan, pengurusan imej dan lain-lain.

Sebagai contoh, Hisense melancarkan produk eko-skrin untuk pendidikan skrin sentuh sebagai respons kepada pertumbuhan pesat tuntutan pendidikan keluarga anak-anak yang dapat merealisasikan interaksi rumah-sekolah, bimbingan kerja rumah, ujian olokan dan model pendidikan yang lain. Produk skrin kecergasan rumah Hisense untuk peminat kecergasan turut menyokong kursus dalam talian dan sesi video, panduan AI dan dapat menghasilkan rancangan kecergasan individu selain merekodkan senaman. Hisense turut menyediakan pemain dengan produk permainan skrin besar yang menyokong permainan konsol, permainan awan dan permainan dalam talian. Hisense akan turut melancarkan paparan kenderaan, paparan lutsinar dan dwiskrin paparan, selain produk eko-skrin rumah yang akan dapat menyediakan perkhidmatan komuniti seperti perundingan perundingan jarak jauh dan pengurusan kemudahan komuniti. Di samping itu, perkhidmatan seperti navigasi perjalanan, pendidikan dan mesyuarat jarak jauh turut disediakan.

Dalam masa yang sama, Hisense akan terus meningkatkan kualiti gambar dan pengalaman dengan keupayaan cip. Hisense akan turut mengeluarkan secara besar-besaran cip dwiskrin 4K120Hz, cip pemprosesan kualiti gambar 8K 120Hz, cip suara pintar AISOC dan cip SOC visi AI. Cip-cip berkenaan akan diaplikasikan ke dalam TV ULED, yang merupakan TV definisi tinggi terlaris yang membawa kejutan audio-visual melangkaui imaginasi pengguna. Kemajuan teknologi paparan moden mencabar batasan masa, ruang dan jumlah peranti akses. Skrin berkenaan akan menghubungkan semua perkhidmatan, pengalaman sosial dan orang ramai. Kualiti gambar dan pengalaman aplikasi yang sentiasa meningkat terus mengukuhkan kedudukan penting produk TV dan ia turut membawa pemulihan dalam pasaran TV global. Syarikat-syarikat gergasi TV global sedang menghadapi trek lumba baharu.

 

 

 

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news