TAIPEI, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, GIGABYTE memperkenalkan permainan pro AORUS baharu dan komputer riba pencipta AERO di upacara pelancaran maya Performance Above All. Dikuasakan oleh grafik NVIDIA® GeForce® RTX™ 30 yang terkini, komputer riba ini mengubah pengalaman pengkomputeran mudah alih dengan membawakan gaya permainan yang benar-benar imersif untuk pemain dan penciptaan sepantas kilat untuk golongan profesional dan dalam masa yang sama memastikan output prestasi yang stabil hasil daripada proses penyejukan yang dinaik taraf.
"GIGABYTE telah menerobos sempadan prestasi komputer riba sejak tahun 2012 ketika kami memperkenalkan buat julung kalinya komputer riba berasaskan GTX yang pertama di dunia," kata David Ding, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, GIGABYTE. "Kami terus menguji batasan apa yang boleh dilakukan oleh komputer riba. Hari ini, kami sekali lagi berjaya melakukannya dengan meletakkan prestasi melebihi segalanya dan menyampaikan sesuatu yang lebih mengagumkan!"
Prestasi Melebihi Segalanya
Menerusi penaiktarafan platform RTX 30 yang berkuasa, baik komputer riba AORUS mahupun AERO mampu mempercepatkan segala-galanya bermula dengan gaya permainan yang lebih lancar hinggalah kemasan 3D. Bagi memanfaatkan kuasa sedemikian, GIGABYTE membawakan sistem terma yang sama maju dengan teknologi WINDFORCE Infinity™ ditakrifkan semula bagi mendapatkan prestasi terbaik daripada GPU RTX 30. Sistem penyejukan terus membuka lebih banyak ruang atas terma, bagi membolehkan teknologi Azure AI pembelajaran mendalam memberi prestasi optimum untuk tugas-tugas berbeza.
AORUS: Permainan Seakan Pro
Dengan kadar segar semula paparan sehingga 300Hz, komputer riba permainan AORUS mengurangkan bayangan (ghosting) dan koyakan (tearing) skrin secara drastik, menyediakan visual yang sangat pantas dan sangat lancar yang diperlukan oleh peminat permainan. Bagi pemain tegar, AORUS 17G mempunyai papan kekunci mekanikal sebenar, menampilkan suis OMRON eksklusif demi kejituan dan prestasi yang lebih baik ketika bermain.
AERO: Kreativiti Bermula Di Sini
Siri AERO yang nipis dan ringan amat sesuai untuk penciptaan kandungan, membawakan paparan OLED ditentukur X-Rite Pantone yang pertama di dunia bagi menjamin ketepatan warna yang sempurna. Komputer riba ini juga dilengkapkan dengan sambungan serba boleh yang diperlukan oleh pencipta untuk menyambungkannya dengan pelbagai peranti persisian.
Nantikan Lebih Banyak Lagi
Prapesanan kini disediakan. Ikuti GIGABYTE AORUS di media sosial untuk butiran lanjut.