omniture

Unico Studio Lancar Permainan Brain Test Popular di AppGallery

Permainan teka-teki mudah alih yang amat digemari kini tersedia untuk dimuat turun daripada pasaran aplikasi rasmi Huawei, AppGallery.
AppGallery
2021-01-13 20:25 360

SHENZHEN, China, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Menawarkan pendekatan yang unik dan berwarna-warni terhadap permainan berasaskan teka-teki yang menyeronokkan, Brain Test: Tricky Puzzles dan Brain Test 2: Tricky Stories kini disediakan untuk pengguna AppGallery.

Unico Studio Launches Popular Brain Test Games on AppGallery
Unico Studio Launches Popular Brain Test Games on AppGallery

Kedua-dua permainan yang popular itu mendapat lebih 300 juta muat turun secara keseluruhan. Disediakan dalam 19 bahasa berbeza dan pada skala global, Brain Test: Tricky Puzzles dan Brain Test 2: Tricky Stories mengundang pemain di seluruh dunia untuk meraih manfaat daripada permainan teka-teki yang merangsang minda.

"Unico Studio teruja untuk bekerjasama dengan AppGallery dan sejak pelancaran siri Brain Test, kami telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pemain di seluruh dunia," kata Erkay Uzun, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unico Studio. "Permainan kami mendapat antara pemeringkatan terbaik dalam kategorinya dan pemain telah menyukai siri Brain Test. Kami turut berkongsi keterujaan dan semangat pemain Huawei serta merancang untuk menghasilkan permainan yang lebih menyeronokkan yang boleh didapati melalui AppGallery pada masa akan datang."

Brain Test – Faedah Permainan Teka-Teki untuk Pengguna Huawei

Brain Test: Tricky Puzzles ialah permainan teka-teki yang menyeronokkan dan mencabar yang memaparkan beberapa belit-belit akal yang semakin rumit. Direka bentuk untuk menduga akal dan membawakan pemain dengan pengalaman mencabar minda yang unik, terdapat beratus-ratus teka-teki dan kuiz berbeza untuk diselesaikan – setiap satunya diiringi dengan kandungan dan grafik yang berkualiti. Meneruskan kejayaan permainan asal Brain Test, Brain Test 2: Tricky Stories telah disambut baik oleh pemain dengan keterujaan. Menampilkan format cerita alternatif, permainan ini sangat sesuai untuk peminat yang asyik dengan teka-teki serta kuiz.

Huawei Tawar Sokongan Teknologi kepada Rakan Kongsi

Sebagai salah satu pasaran aplikasi global yang paling pantas berkembang, perkongsian Huawei telah sempurna buat Unico. Huawei menyediakan sokongan operasi yang mantap untuk pelancaran siri Brain Test, bagi memperkenalkan kedua-dua aplikasi di AppGallery hanya dalam tempoh beberapa bulan. Permainan ini telah dipaparkan dan dipromosikan di AppGallery dan merentas pelbagai platform sosial. Kedua-dua permainan mengintegrasikan HMS Core yang inovatif daripada Huawei, termasuk Huawei Game Service Plug-in dan Huawei IAP Kits.

"Pasukan Huawei menyediakan sokongan teknikal yang berkualiti tinggi semasa proses integrasi," kata Uzun. "Komunikasi adalah sangat baik dan mereka memberi panduan jelas dan maklum balas yang dapat membantu kami menangani sebarang masalah teknikal dengan cepat."

Latar Belakang AppGallery - Salah Satu Daripada 3 Pasaran Aplikasi Utama di Seluruh Dunia

Dilancarkan di lebih 170 negara dan wilayah, AppGallery komited untuk memenuhi keperluan 500 juta pengguna aktifnya yang pelbagai namun berfokus. Pasaran aplikasi ini aktif mencari peluang perkongsian dengan pembangun global dan tempatan untuk mengundang mereka menyertai platform ini.

AppGallery mengiktiraf kepentingan dan sumbangan pembangunnya dan berdedikasi terhadap kejayaan mereka. AppGallery turut menyediakan sokongan operasi yang lengkap untuk pembangun di seluruh dunia dan beberapa inisiatif bertumpu pembangun, bagi memperkasa pembangun untuk berinovasi selanjutnya dalam pembangunan aplikasi.

Brain Test: Tricky Puzzles kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui https://appgallery.huawei.com/#/app/C102634439.

Brain Test 2: Tricky Stories kini tersedia untuk dimuat turun secara percuma melalui https://appgallery.huawei.com/#/app/C103175337 .

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/forum/devhub .

Source: AppGallery
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services