omniture

Di CES 2021 TCL Perkenal Produk Terbaharu dalam Pelbagai Kategori - TV, Audio, Peranti Mudah Alih dan Peralatan Rumah Pintar

TCL Electronics
2021-01-13 20:30 138

HONG KONG, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini memperkenalkan TV Mini LED, QLED dan 4K HDR, audio dan tawaran peralatan rumah yang terkini di CES 2021 di bawah strategi AI x IoT yang berpandangan jauh.

At CES 2021 TCL Unveils Newest Products in Multi-Categories - TV, Audio, Mobile and Smart Home Appliances.
At CES 2021 TCL Unveils Newest Products in Multi-Categories - TV, Audio, Mobile and Smart Home Appliances.

Kunjungi https://www.tcl.com/ces2021.html untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TCL di CES2021.
Kit Akhbar: http://bit.ly/3nU8k4a

TV Mini LED, QLED dan 4K HDR Premium

Tahun ini, TCL memperkenalkan tiga TV 4K Mini LED TCL C825, TV QLED 4K TCL C725, TV 4K HDR TCL P725 luar biasa yang melangkaui lebih daripada prestasi gambar yang hebat dan memberikan rangkaian ciri gaya hidup yang komprehensif buat generasi-generasi baharu.

Audio Berprestasi Tinggi 

Bar bunyi TS8132 TCL dapat memenuhi keperluan pendengaran sebarang pengguna dan membawa hiburan rumah ke tahap seterusnya. TS8132 ialah bar bunyi didayakan Dolby Atmos menggunakan konfigurasi saluran 3.1.2 dengan kuasa audio maksimum 350W.

Ia memberikan pengalaman bunyi imersif yang hebat dengan kemudahfahaman dialog dan pertuturan yang dipertingkat, menjadikan setiap pengguna sebahagian daripada aksi dengan bantuan daripada saluran pusat khusus dan kesan mengagumkan melalui dua saluran vertikal dan subwufer tanpa wayar yang berkuasa.

TS8132 mempunyai Chromecast terbina dalam dan turut berfungsi dengan pembantu suara popular termasuk Hey Google, Apple AirPlay dan Amazon Alexa.

Peranti Mudah Alih Serba Baharu 

Di sidang akhbar CES 2021, TCL Communication mengumumkan beberapa produk Mudah Alih TCL baharu merentas pelbagai kategori. Ini termasuk cermin mata Paparan Boleh Pakai tersedia secara komersial yang pertama daripada TCL, barisan telefon pintar Siri TCL 20, tablet pertama TCL dengan teknologi NXTPAPER yang inovatif, TCL TAB 10s, fon telinga tanpa wayar sebenar MOVEAUDIO S600 premium dan penjejak haiwan peliharaan MOVETRACK.

Sebagai satu lagi faedah ekosistem bersepadu secara vertikal yang mendalam daripada TCL, TCL turut memperkenalkan usaha kolaborasi berbilang skrin akan datangnya antara telefon pintar Siri TCL 20, tablet, televisyen dan komputer perbadi (PC) terpilihnya.

Penyaman Udara 

Ocarina TCL baharu boleh berhubung dengan TV pintar, telefon dan sebarang peranti yang serasi melalui TCL Home App atau Google Assistant.

Gentle Breeze Ocarina memastikan udara sejuk mengalir dengan cara yang bersifat semula jadi, seakan-akan bayu dan lebih selesa.

Fungsi Deep Clean ialah kombinasi mencuci, mengeringkan dan antibakteria yang canggih dan ia terbukti dapat menyingkirkan kebanyakan kuman, debu dan pencemaran.

Mesin Basuh 

Mesin basuh pintar yang terkini daripada TCL, X10 mengintegrasikan sambungan kediaman pintar melalui TCL Home App. Dengan kawalan Wi-Fi, kitaran mencuci boleh disesuaikan sepenuhnya termasuk isipadu dan tempoh kitaran. Terdapat pelbagai program mencuci dengan liputan penuh jenis barang cucian.

Mesin basuh X10 TCL juga dapat membantu mengasingkan cucian dan ia mempunyai pemuat depan dan pemuat atas.

Ia turut dilengkapi dengan motor DD, kedua-dua unit dapat beroperasi sama ada secara berasingan atau secara serentak.

Peti Sejuk

Peti sejuk C470 yang terkini daripada TCL menampilkan skrin LED pintar 21.5" yang direka untuk membawa lebih keseronokan ke dalam dapur.

C470 juga menampilkan Power Cool yang dapat menyejukkan minuman hanya dalam masa lima minit dan Power Freeze yang dapat membekukan daging dengan cepat dalam masa 10 minit.

Gasket pintu C470 dipasang dengan lapisan perlindungan kalis debu yang mempunyai agen antibakteria di dalamnya.

Pembersih Udara 

Breeva A3 TCL ialah pembersih udara terkini daripada TCL yang mempunyai "Breeva Shield", perisai yang diperbuat daripada cahaya UV-C dan Pengion bagi mengendalikan bakteria dan mikrob bawaan udara. Di samping itu, ia mempunyai sistem penapisan 3-peringkat bagi mengendalikan debu, debunga, asap dan bau haiwan peliharaan dalam udara.

Ia direka untuk membersihkan udara dalam ruang sehingga 32 meter persegi dan dapat membersihkan udara sehingga 270 meter padu setiap jam. Selain itu, ia mempunyai sensor kualiti udara terbina dalam.

Pada sebelah malam, mod tidur Ultra Quiet dan ciri padam paparan membantu pengguna Breeva A3 untuk tidur dengan nyenyak.

Pembersih Vakum 

Pembersih Vakum Robot TCL merupakan pembersih vakum robot setinggi 70mm amat tipis yang dapat beroperasi di bawah kebanyakan perabot.

Ia dapat mengurus bendul bilik lebih 20 mm dan ia tidak tersekat apabila ia menyedut permaidani tebal atau tangga kecil.

Pembersih Vakum Robot TCL juga mempunyai sistem sensor sofistikated yang memberikan kediaman bersih yang pintar.

* Rupa bentuk produk, fungsi dan ketersediaan mungkin berbeza antara negara/wilayah. 

Kunjungi https://www.tcl.com/ces2021.html untuk mengetahui lebih lanjut.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news