omniture

Aplikasi Bersepadu TOP1 Markets tawar perkhidmatan sehenti buat pelabur

TOP1 Group Limited
2021-01-14 09:00 252

TAIPEI, 14 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu platform perdagangan yang semakin meningkat pada tahun 2020 di Taiwan, TOP1 Markets sekali lagi berkongsi berita baiknya bersama pihak pelabur. Aplikasi mudah alihnya yang baru dinaik taraf, iaitu platform perdagangan bersepadu, menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan pelaburan dengan perkhidmatan sehenti.

Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan sehenti seperti perdagangan dalam talian, sembang langsung 24 jam, berita 24 jam, analisis mendalam dan sebagainya.
Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan sehenti seperti perdagangan dalam talian, sembang langsung 24 jam, berita 24 jam, analisis mendalam dan sebagainya.

Sembang langsung 24 jam 

Meskipun kebanyakan platform perdagangan memilih untuk menggunakan robot sembang bagi menjawab pertanyaan dalam aplikasi, atau memerlukan pelabur untuk menunggu dengan sabar demi perbualan langsung, maka TOP1 Markets menyediakan khidmat pelanggan secara langsung yang lancar selama 24 jam. Tanpa mengira di mana pelabur berada, pasukan khidmat pelanggan global berbilang bahasanya sentiasa berupaya untuk menjawab pertanyaan dengan segera dalam bahasa tempatan.

Bantu perdagangan dengan berita dan analisis sepanjang hari 

TOP1 Markets memahami bahawa kadang kala pelabur terlepas peluang perdagangan keemasan kerana terlepas pandang berita mutakhir. Selepas menganalisis tingkah laku dan tuntutan perdagangan pelabur Taiwan, bahagian berita aplikasi berkenaan telah diperbaharui:

  1. Berita 24 jam: trend pasaran dan acara besar waktu sebenar sentiasa dikemas kini 24 jam;
  2. Analisis Mendalam: bermula daripada pemula hingga peringkat lanjutan, ditulis oleh pasukan penyunting kewangan, analisis tersebut menawarkan topik luas seperti trend hangat dalam pasaran, strategi pelaburan jangka panjang, sejarah kewangan dan sebagainya;
  3. Strategi Perdagangan: dianalisis oleh penganalisis berlesan dan disahkan daripada institusi-institusi kewangan global, ia membantu pelabur memahami harga perdagangan yang bermanfaat secara mudah dengan memberi nasihat mengenai tahap beli/jual dan ketahanan yang dikemas kini.

Tarik 1.32J pelabur dengan perkhidmatan cekap 

TOP1 Markets didaftarkan pada tahun 2017 dan dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC). Ia berikrar untuk menyediakan perkhidmatan deposit 10 minit dan pengeluaran hari yang sama agar mereka dapat melabur dengan mudah. Ini jugalah mengapa ia dapat menarik lebih daripada 1.32 juta pelabur hanya dalam tempoh 3 tahun.

TOP1 Markets juga merupakan broker pertama dalam industri yang menawarkan akaun ambang ECN rendah. Pelabur baharu berupaya untuk bermula hanya dengan deposit USD50 dan berpeluang untuk memperoleh bonus sehingga USD8000. Aplikasi ini disediakan di Android dan iOS.

Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi https://www.top1markets.com atau ikuti halaman Facebook: TOP1 Markets.

Hubungan Media:

Lea Au Wai Yi
marketing@top1markets.com
+852-31100765

Source: TOP1 Group Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services Financial Technology