omniture

Sekretariat SCO, TCSA anjur bersama Sidang Kemuncak "Otak Data Negara"

TCSA
2021-01-14 17:03 379

BEIJING, 14 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada sebelah petang 12 Januari 2021, Sekretariat Shanghai Cooperation Organization (SCO), bersama-sama Shenzhen Thousand Cities Strategic Algorithms (TCSA), mengadakan pembentangan di Sekretariat SCO di Beijing. Dengan "National Data Brain: Driving Societal Stability and Economic Revitalization" ("Otak Data Negara: Memacu Kestabilan Masyarakat dan Pengukuhan Semula Ekonomi") sebagai topiknya, persidangan ini juga merupakan sebahagian daripada ulang tahun ke-20 penubuhan SCO.

Setiausaha Agung SCO Vladimir Norov
Setiausaha Agung SCO Vladimir Norov

Setiausaha Agung SCO Vladimir Norov menyampaikan kata-kata aluan. En. Norov berkata bahawa pemimpin-pemimpin negara anggota SCO melaksanakan usaha bersama untuk membina mekanisme kewangan yang berkesan dalam kerangka organisasi ini, bagi menyumbang kepada penggalakan pembangunan ekonomi yang inovatif. Pemahaman yang lebih terperinci mengenai usaha dan idea TCSA dapat membantu mencapai matlamat ini dalam menggunakan teknologi moden yang inovatif bagi menjalin kerjasama kewangan yang lebih kukuh.

Setiausaha Agung SCO Vladimir Norov (Kanan); Pengerusi TCSA Adkins Zheng (Kiri)
Setiausaha Agung SCO Vladimir Norov (Kanan); Pengerusi TCSA Adkins Zheng (Kiri)

Persidangan ini dijangka menyediakan pelan tindakan teknologi bagi tujuan penambahbaikan tadbir urus digital setiap negara, peningkatan sistem data kewangan bank pusat dan pembangunan pelbagai alatan tadbir urus digital makroekonomi. En. Norov turut menyatakan harapan beliau agar persidangan tersebut dapat mempercepatkan pembinaan Otak Data Negara di pelbagai negara demi mencapai kestabilan masyarakat dan pengukuhan semula ekonomi, membina strategi pertukaran asing bank pusat yang lebih stabil dan berdaya saing, menggalakkan kemakmuran semua negara SCO dan tekal meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selepas Setiausaha Agung, En. Adkins Zheng, Pengerusi TCSA, menyampaikan ucapan mengenai konsep perintis: pembinaan "Otak Data Negara". Bermula dengan menyatakan kesyukuran beliau atas pengiktirafan dan sokongan daripada SCO, En. Adkins Zheng memperkenalkan TCSA sebagai perunding antarabangsa yang pertama menawarkan perkhidmatan kepada kerajaan pusat dalam penubuhan sistem makroekonomi negara digital melalui pembinaan Otak Data Negara dan untuk bekerjasama selaras dengan kerajaan pusat bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dipacu data yang mampan.

Dalam ucapan beliau, En. Zheng turut membentangkan proses pelaksanaan Otak Data Negara secara terperinci. TCSA telah mencipta kaedah dan kerangka yang berkesan untuk aplikasi data yang efektif dalam pelbagai dimensi. Di persimpangan antara pembangunan teknologi dan nilai digital masa kini, TCSA telah mempelopori model serba baharu untuk penghantaran data, penyimpanan data, penghitungan data dan aplikasi data yang mendayakan aplikasi data yang berkesan merentas rangkaian dimensi yang besar: kerangka pemprosesan data pusat yang sangat logik, berkesan kos dan cekap. Kerangka data ini dapat dioptimumkan secara berterusan dan tekal. Dengan berfungsi sama seperti CPU komputer dan telefon bimbit, kerangka data ini dapat mengurangkan kos pemprosesan data negara dengan pesat dan meningkatkan kuasa pengkomputeran negara ke tahap yang sama.

Semasa berlangsungnya acara ini, Howard Chang, Naib Presiden TCSA, membentangkan Model Kerjasama Pemindahan Teknologi Komprehensif TCSA dengan terperinci. Cadangan Otak Data Negara TCSA dan model makroekonomi digital telah mendapat pengiktirafan yang meluas daripada pihak berkuasa dan pakar di serata dunia, termasuk pihak-pihak daripada Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa, Stanford University, Columbia University dan banyak lagi. Pada masa kini, TCSA sedang dalam usaha untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan pusat dan bank pusat dari 50 negara lain, dengan lima negara sedang dalam proses menandatangani perjanjian manakala dua negara telahpun menandatangani perjanjian kerjasama secara rasmi.

Moderator bagi acara ini ialah Timbalan Setiausaha Agung SCO Yerik Ashimov. Negara anggota, negara pemerhati, negara rakan dialog SCO, duta, wakil diplomatik daripada Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan negara anggota Liga Negara-negara Arab (LAS) di Beijing serta usahawan Cina yang ternama bersama-sama mengambil bahagian dalam acara ini.

TCSA berusaha untuk menyediakan semua negara SCO dengan pemindahan teknologi yang komprehensif melibatkan alatan tadbir urus ekonomi digital baharu yang dapat menyediakan perkhidmatan untuk kerajaan pusat berwawasan, bank pusat dan jabatan pembangunan ekonomi dan kewangan dalam pendigitalan dan penaiktarafan sistem serta keupayaan tadbir urus ekonomi, kesemuanya dalam usaha untuk akhirnya mencapai kestabilan, kemakmuran dan kebebasan. Latar Belakang TCSA: https://tcsa.cloud/

 

 
Source: TCSA
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology