omniture

Penyelesaian PV Pintar Kediaman Huawei Sokong Keluarga Vietnam Untuk Optimumkan Penggunaan Tenaga Solar

Huawei
2021-01-14 20:25 243

HO CHI MINH CITY, Vietnam, 14 Januari 2021 /PRNewswire/ --  FusionSolar Huawei, penyelesaian PV Pintar daripada Huawei – pembekal global terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar, memperkenalkan sistem bersepadu lengkap untuk penyelesaian tenaga solar kediaman di acara pelancarannya di Ho Chi Minh City hari ini.

Huawei Residential Smart PV Solution Supports Vietnamese Households To Optimize the Use of Solar Energy
Huawei Residential Smart PV Solution Supports Vietnamese Households To Optimize the Use of Solar Energy

Permintaan untuk gaya hidup hijau dan pintar telah mendorong pasaran tenaga solar kediaman Vietnam dan seterusnya, meningkatkan keperluan pengembangan penyelesaian pintar yang lebih mudah untuk dipasang dengan piawaian keselamatan canggih dan kebolehkendalian jangka panjang yang mensasarkan penggunaan sendiri yang lebih tinggi. Dalam tahun 2020, Huawei telah menyampaikan kapasiti pembalik berjumlah 4.3 GW di Vietnam. Untuk membangunkan lagi pasaran, FusionSolar Huawei melancarkan rangkaian baharu produk bagi sistem bersepadu lengkap untuk pemilik kediaman Vietnam yang termasuk Pengawal Tenaga Pintar SUN2000-2-5KTL-L1 dan SUN2000-5-10KTL-M1, ESS (Sistem Penyimpanan Tenaga) LUNA2000-5/10/15-S0 dan Pengoptimum PV Pintar SUN2000-450W-P.

Huawei Residential Smart PV Solution Supports Vietnamese Households To Optimize the Use of Solar Energy
Huawei Residential Smart PV Solution Supports Vietnamese Households To Optimize the Use of Solar Energy

Berucap di acara pelancaran, En. Alen Zhang, Pengarah Jualan Fusion Solar Huawei Vietnam berkata: "Dengan kepakaran selama 30 tahun dalam teknologi maklumat digital, kami telah menggabungkan banyak teknologi ICT terkini untuk penjanaan kuasa yang optimum, dalam membina asas supaya tenaga solar menjadi sumber tenaga utama. Vietnam ialah sebuah negara dengan potensi kuasa solar yang tinggi dan kami berharap dapat menyumbang ke arah penggunaan tenaga solar yang lebih besar di kalangan keluarga Vietnam dengan penyelesaian FusionSolar Huawei". 

Dengan sistem atas bumbung PV kediaman, pemasang kediaman sering diharapkan dapat menyediakan pemilik kediaman dengna sistem penggunaan sendiri yang mantap dan menjimatkan kos yang tetap sangat cekap, fleksibel dan mudah dipasang, dan dilengkapi dengan aplikasi pintar dan perkhidmatan pelanggan yang boleh dipercayai. Rangkaian produk baharu Huawei telah dibangunkan untuk memberi tumpuan kepada menyampaikan tiga faedah utama: kos elektrik yang optimum, keselamatan aktif dan pengalaman yang lebih baik.

Kos Elektrik Optimum

Tenaga PV yang dijana oleh panel solar memenuhi permintaan elektrik kediaman pada waktu siang, dan lebihan tenaga yang dijana digunakan untuk mengecas bateri, yang kemudiannya dinyahcas untuk memenuhi penggunaan elektrik puncak pada waktu malam. Dengan cara ini, sistem PV kediaman dapat mencapai peringkat penggunaan sendiri yang tinggi dan di sinilah bateri pintar kediaman Huawei Smart String ESS LUNA2000-5/10/15-S0 benar-benar berguna. Setiap pek bateri mempunyai pengoptimum tenaga yang terbina dalam dan menyokong pengurusan pengecas dan penyahcas bebas.

Keselamatan Aktif

Pengganggu Litar Kerosakan Arka yang Dikuasakan AI (AFCI) secara proaktif mengurangkan risiko kebakaran dengan teknologi penutupan pantas yang mencapai voltan sifar di atas bumbung dan risiko arka sifar untuk perlindungan dwi-lapisan. Huawei adalah yang pertama dalam industri untuk menyepadukan algoritma AI ke dalam AFCI, membolehkan tiga ciri unik: pengesanan kerosakan arka yang tepat melalui algoritma rangkaian neural setempat, perlindungan kerosakan arka yang cepat melalui penutupan pembalik dalam masa 0.5 saat yang jauh lebih cepat daripada 2.5 saat yang ditetapkan dalam UL1699B, dan menunjukkan kedudukan kerosakan arka, menjimatkan 80% masa dan penyelesaian masalah di lokasi. 80%. 

Portfolio pembalik FusionSolar terdiri daripada produk fasa tunggal (Pengawal Tenaga Pintar SUN2000-2-5KTL-L1) dan tiga fasa (Pengawal Tenaga Pintar SUN2000-5-10KTL-M1), kedua-duanya sesuai dengan pengoptimum kuasa SUN2000-450W-P Huawei.

Pengalaman Yang Lebih Baik

Akhir sekali, Sistem Pengurusan PV Pintar, tersedia di portal web dan aplikasi mudah alih, menyediakan bacaan aliran tenaga dan baki tenaga masa sebenar, dan pengurusan prestasi peringkat panel PV. 

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 194,000 pekerja, dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, melayani lebih daripada tiga billion orang di seluruh dunia.

Visi dan misi kami ialah untuk membawakan digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi untuk dunia yang cerdas dan terhubung sepenuhnya. Untuk tujuan ini, kami akan mendorong keterhubungan di mana-mana dan mempromosikan akses yang sama ke rangkaian; membawakan awan dan kecerdasan buatan ke semua empat penjuru dunia untuk menyediakan kuasa pengkomputeran yang unggul di mana dan bila anda perlukannya; membina platform digital untuk membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; mentakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, menjadikannya lebih peribadi kepada orang ramai dalam semua aspek kehidupan mereka, sama ada mereka di rumah, di pejabat, atau di mana saja.

Latar Belakang FusionSolar

Huawei menawarkan penyelesaian PV Pintar terkemuka yang memanfaatkan kepakaran lebih daripada 30 tahun dalam teknologi maklumat digital.

Dengan menyepadukan AI dan Awan, Huawei terus menggabungkan banyak teknologi ICT terkini dengan PV untuk penjanaan tenaga yang optimum, dengan itu menjadikan loji tenaga solar Sangat Cekap, Selamat & Boleh Dipercayai dengan keupayaan O&M Pintar dan Sokongan Grid dan membina asas supaya tenaga solar menjadi sumber tenaga utama.

Untuk pengguna tenaga solar, Huawei melancarkan penyelesaian canggih untuk pengguna C&I dan kediaman berdasarkan kepada konsep 'Kos Elektrik Optimum dan Keselamatan Aktif'. Dengan meningkatkan penggunaan kuasa solar, Huawei telah membantu memberi kuasa kepada berjuta-juta penduduk dan ratusan industri di seluruh dunia.

Huawei akan terus menginovasi dan membolehkan tenaga boleh diperbaharui untuk memperkasakan setiap individu, kediaman, dan organisasi.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities