omniture

TCL bakal Lancar Teknologi Mini LED OD Zero™ Generasi Seterusnya di CES 2021 - Sekali Lagi Pelopori Industri Paparan

TCL Electronics
2021-01-15 09:06 92

HONG KONG, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), salah satu pengusaha yang dominan dalam industri TV global dan sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang terkemuka, hari ini memperkenalkan buat julung kalinya teknologi Mini LED OD ZeroTM di CES 2021. Pelancaran TV TCL yang berprestasi tinggi dan sangat nipis yang akan menampilkan Teknologi OD Zero bakal diumumkan menghampiri pelancaran jualannya lewat tahun ini.

TCL to Launch Next-Gen OD ZeroTM Mini LED Technology at CES 2021-Once Again Pioneering in Display Industry.
TCL to Launch Next-Gen OD ZeroTM Mini LED Technology at CES 2021-Once Again Pioneering in Display Industry.

OD Zero ialah teknologi yang menggabungkan teknologi cahaya belakang Mini LED generasi ketiga TCL yang dipacu oleh pembangunan teknologi dalaman berkemahiran dan dikeluarkan dengan penyepaduan vertikal berkuasanya bagi membawakan profil amat nipis yang belum pernah dicapai dengan TV LCD LED sebelum ini. Memberikan kecerahan yang terang dengan warna yang malah lebih diperkaya, kontras yang tepat dan keseragaman yang lancar, OD Zero dapat mengatasi teknologi Mini LED TCL terdahulu.

OD Zero memberikan jarak optik antara lapisan cahaya belakang Mini LED dan lapisan paparan LCD (plat peresap) yang kini telah dikurangkan kepada 0 mm yang mengagumkan, bagi menghasilkan modul cahaya belakang amat nipis yang berprestasi tinggi.

Menerusi pelaburan berterusan TCL dalam teknologi paparan, cahaya belakang Mini LED TV generasi ketiganya dapat dijayakan oleh kepakaran mendalam TCL dalam cahaya belakang LED matriks-aktif kelas mikrometer, pengoptimuman tindanan optik berkemahiran dan rantaian bekalan bersepadu vertikalnya yang hebat yang dapat mengulangi teknologi paparan paling canggih dengan lebih cepat pada televisyen TCL.

Himpunan kepakaran paparan yang unik dan penyepaduan industri mendalam ini membolehkan TCL untuk menjadi peneraju bagi teknologi paparan canggih seperti Teknologi Mini LED OD Zero yang luar biasa tepat, terang dengan lancar dan amat nipis.

"Kami percaya bahawa teknologi Mini LED akan terus membentuk industri TV," kata Kevin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Industrial Holdings dan TCL Electronics. "Selepas mengeluarkan dua versi Mini LED, pada tahun 2021 kami akan melancarkan TV Mini LED OD Zero yang pertama di dunia sebagai sebahagian daripada usaha TCL bagi membolehkan orang ramai di seluruh dunia untuk 'Alami Lebih Lagi'."

Prestasi yang Sangat Menarik

Berserta luminans terang yang lancar dan Julat Dinamik Tinggi tahap baharu, Mini LED OD Zero TCL menyediakan pengguna dengan lapisan warna yang lebih diperkaya, perincian yang lebih mendalam dan pengalaman tontotan yang tiada tandingan dengan kecerahan yang ketara dan seragam.

Keseragaman tinggi ini dicapai dengan mengurangkan jarak antara sumber cahaya dan plat peresap. Ini dapat mengawal julat astigmatisme dengan berkesan, memperbaiki kontras dan meminimumkan kesan halo optik.

Dengan beribu-ribu zon pemalapan setempat yang membolehkan kecerahan dilaraskan pada waktu sebenar berserta kawasan cahaya belakang yang sepadan, Mini LED OD Zero TCL memberikan kejituan luar biasa dengan kawalan kontras.

Ini dapat meningkatkan prestasi imej, menonjolkan gambar yang luar biasa tepat dan memberikan warna putih yang terang berserta warna hitam pekat. Penonton boleh menikmati gambar yang lebih realistik, malah perincian yang lebih tajam berbanding sebelum ini.

Benar-benar Sangat Nipis

Teknologi OD Zero TCL menggunakan LED yang lebih kecil dan reka bentuk kanta serba baharu, dengan lebih banyak sumber cahaya, yang membolehkan kami untuk meminimumkan jarak antara sumber cahaya dan panel kepada sifar milimeter yang mengagumkan. Ia dapat meningkatkan kekonsistenan kecerahan dan dalam masa yang sama ia dapat mencapai tahap ketebalan baharu, membolehkan profil TV yang amat nipis dapat dicapai.

Pembangunan Teknologi Berterusan

TCL telah memanfaatkan kuasa transformatif Mini LED sejak tahun 2018. Kami mempamerkan produk Mini LED pertama kami di IFA 2018 dan sejak itu telah melabur dalam teknologi paparan generasi seterusnya ini.

Pada tahun 2019, kami telah mencapai pengeluaran secara besar-besaran dan melancarkan Mini LED TV X10 yang pertama di dunia dan 8 Siri ke pasaran dan pada tahun 2020 kami dengan bangganya memperkenalkan model Mini LED 6-Siri.

Menuju masa depan, TCL akan terus membangunkan penyelesaian optik yang inovatif dengan cahaya belakang yang lebih kecil dan reka bentuk kanta yang lebih nipis bagi memberikan imejan dengan tahap kejelasan terbaik dan prestasi warna yang utama dalam industri dengan TCL Mini LED, 8K dan Teknologi Paparan Titik Kuantum.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri TV global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Menurut OMDIA, TCL menduduki tempat ke-2 di peringkat dunia dalam bahagian pasaran TV jenama TCL pada suku kedua tahun 2020. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio dan peralatan kediaman pintar.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services Trade show news