omniture

Cinotop&Micron Pamerkan Sentuh Di Mana-mana di CES

Cinotop&Micron
2021-01-15 20:33 693

LAS VEGAS, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada 11 Januari 2021, Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) bermula secara dalam talian ekoran COVID-19 dan akan berlangsung sehingga 14 Januari. Ini merupakan kali pertama CES diadakan secara dalam talian. CES sentiasa dikenali sebagai "Peneraju Trend Elektronik Pengguna Global", dengan barang-barang pameran terdiri daripada cip kecil hingga pesawat besar dan kapal layar. Meliputi hampir seluruh produk elektronik awam, pameran ini telah menjadi jendela untuk syarikat-syarikat utama dunia melancarkan maklumat produk terbaharu dan mempamerkan teknologi baharu mereka.

Dalam bidang skrin sentuh, Cinotop&Micron, pengeluar dari Shenzhen, mempamerkan skrin sentuh yang amat besar dengan proses Tembaga Jaringan Logam (Metal Mesh Copper) yang memenangi Anugerah Inovasi CES 2019.

Cinotop&Micron Showcases Touch Everywhere at CES
Cinotop&Micron Showcases Touch Everywhere at CES

Tembaga, dengan sifat kekonduksian elektrik yang sangat baik, kerintangan yang fleksibel, kestabilan yang tinggi dan keupayaan antigangguan yang mantap merupakan teknologi utama bagi generasi baharu interaksi manusia-komputer. Skrin sentuh Tembaga Jaringan Logam yang dibangunkan oleh Cinotop&Micron boleh dipasang dengan paparan OLED yang fleksibel dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan pintar, perniagaan, alatan rumah, kediaman pintar, papan iklan digital, katering, hiburan dan sebagainya. Proses ini menjadikan tembaga tidak dapat dilihat dengan mata kasar dalam wayar jejaring yang sangat nipis dan ketepatan garisan kawasan boleh dilihat dapat mencecah 5um atau kurang, yang bersamaan dengan 1/14 daripada helaian rambut manusia. Ia memberi kemungkinan untuk merealisasikan skrin sentuh bezel yang ultra sempit, serta skrin besar dengan penulisan pen yang tepat. Berbanding dengan ITO dan SNW, Tembaga Jaringan Logam mempunyai kelebihan kerintangan rendah dan kepekaan tinggi yang tiada tandingan.

Skrin sentuh Jaringan Logam Cinotop&Micron telah memasuki peringkat pengeluaran besar-besaran. Sejak pengenalan teknologi ini pada tahun 2015, Cinotop&Micron telah mengatur sebuah pasukan bakat teknologi tinggi bagi usaha penyelidikan dan pembangunan selanjutnya, merapatkan jurang domestik skrin sentuh 75 inci dan bersaiz lebih besar. Sebagai jenama yang semakin menempa nama dalam bidang kejuruteraan domestik, teknologi teras Cinotop&Micron telah diaplikasikan secara meluas dalam terminal interaktif seperti paparan sentuh berbentuk khas, paparan interaktif pintar, papan putih interaktif elektronik, papan tanda digital, mesin layan diri, mesin KTV dan sebagainya, lalu menunjukkan keupayaan inovasinya yang mantap dan menjelaskan misi jenama untuk mencapai "sentuh di mana-mana".

Ditubuhkan pada tahun 2011 di Shenzhen, Cinotop&Micron ialah sebuah perusahaan teknologi tinggi negara, yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan jualah skrin sentuh kapasitif Tembaga Jaringan Logam yang sangat besar. Ia merupakan pengeluar bagi pengeluaran besar-besaran Jaringan Logam 86 inci yang pertama di China dan sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri ini.

Untuk maklumat lanjut:

Cik Acky Wei
+86-755-83458789
marketing@chinacts.com.cn 
www.chinacts.com.cn

Source: Cinotop&Micron
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Trade show news