omniture

Harbin Manfaatkan Ais, Salji untuk Pertumbuhan Pelancongan

Information Office of the Municipal Government of Harbin
2021-01-18 08:50 273

HARBIN, China, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Eksposisi Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin kali ke-33 dimulakan baru-baru ini di Harbin, ibu kota wilayah Heilongjiang, timur laut China. Hampir 100 set arca ais dan pelbagai kemudahan yang menghiburkan seperti gelongsor ais menawarkan pengunjung dengan pertembungan antara seni dan alam semula jadi yang tidak dapat dilupakan.

 

Sejak beberapa tahun yang lalu, Harbin, yang turut digelar sebagai bandar ais, telah memanfaatkan sumber "beku" uniknya bagi tujuan pembangunan dan menyaksikan pertumbuhan yang pesat terhadap ekonomi ais dan salji. Statistik menunjukkan bahawa semasa percutian Tahun Baharu selama tiga hari baru-baru ini, 11 tempat tarikan pelancong utama bandar ini menerima ketibaan 530,000 pelancong.

Wilayah Heilongjiang mempunyai musim salji sepanjang setengah tahun lamanya. Ekoran keadaan iklimnya yang luar biasa, Harbin dapat menganjurkan banyak acara ais dan salji yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin dan Eksposisi Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin. Ia turut menempatkan pusat peranginan musim sejuk yang terkemuka seperti Yabuli Skiing Town, China Snow Town dan Beiji (North Pole) Village. Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin muncul sebagai salah satu daripada empat acara ais dan salji utama global. Selain itu, Eksposisi Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin merupakan ekspo arca ais yang terbesar dan paling meluas disertai di China.

Di peringkat antarabangsa, umumnya percaya bahawa ekonomi dapat menyokong pembangunan industri ais dan salji apabila KDNK per kapita melebihi US$8,000. Justeru itu, sukan ais dan salji dianggap sebagai "sukan aristokratik". China mungkin ketinggalan di belakang negara-negara maju dari segi sukan musim sejuk profesional, namun negara berkenaan telah lama melihat adanya kumpulan peminat yang kukuh terhadap sukan ais dan salji di Harbin. Sebagai matriks seni lantera ais, arca salji dan budaya salji Cina, Harbin mengadakan sambutan lantera ais pertama di China pada awal tahun 1963. Ia menganjurkan Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin, iaitu festival yang pertama seumpamanya di China, pada tahun 1985.

Di samping itu, banyak acara sukan musim sejuk profesional telahpun diadakan di Harbin. Antaranya ialah Sukan Musim Sejuk Asia kali ketiga pada tahun 1996, Harbin 2009 Winter Universiade. FIS Snowboard Half-Pipe World Cup, Kejohanan Dunia Luncur Salji 2016 dan lima Sukan Musim Sejuk Kebangsaan.

Satu laporan tahun 2021 mengenai pembangunan pelancongan ais dan salji di China yang dikeluarkan oleh China Tourism Academy menganggarkan pada musim salji 2020-21 akan melihat destinasi ais dan salji dapat menarik ketibaan 230 juta pelancong dan menyaksikan jumlah pendapatan pelancong mencecah lebih daripada 390 bilion yuan (US$60 bilion) dengan mengambil kira permintaan pelancong dan ketersediaan produk serta perkhidmatan pelancong yang berkualiti tinggi.

Melihatkan kelebihannya dalam membangunkan pelancongan ais dan salji, Harbin menetapkan matlamat untuk membangunkan lokasinya menjadi destinasi pelancong yang terkemuka untuk percutian musim sejuk. Wang Zhaoli, ketua Parti bandar ini, berkata bahawa Harbin akan memanfaatkan potensi sumber ais dan saljinya, memperluaskan kerjasama dan meningkatkan ekonomi ais dan salji yang berkualiti lebih tinggi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Source: Information Office of the Municipal Government of Harbin
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Survey, Polls & Research