omniture

Food Logistics Iktiraf Crown sebagai Penyedia Teknologi Terkemuka

Crown Equipment Pty Ltd
2021-01-18 09:00 178

SINGAPURA, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai pengiktirafan kepada penyelesaian pengendalian bahan yang terhubung dan automatiknya, Crown Equipment Corporation, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, telah tersenarai dalam senarai Penyedia Perisian dan Teknologi Terkemuka Food Logistics 2020 FL100+ bagi tahun kelapan berturut-turut.

InfoLink Crown Equipment
InfoLink Crown Equipment

 

Senarai FL100+ tahunan menampilkan penyedia-penyedia perisian dan teknologi yang mana produk dan perkhidmatannya memajukan produktiviti dan pematuhan syarikat-syarikat dalam rantaian bekalan makanan dan minuman global.

"Penyelesaian teknologi terhubung Crown mengubah forklift menjadi hab maklumat mudah alih yang menyediakan pelanggan dengan data berharga untuk meningkatkan operasi gudang, pergerakan produk, produktiviti pekerja dan penggunaan peralatan," kata Jim Gaskell, pengarah pembangunan perniagaan teknologi global Crown Equipment. "Penyelesaian ini memperkasa operasi pengendalian bahan dalam industri makanan dan minuman agar selari dengan permintaan pelanggan terhadap pulangan pelaburan yang dipertingkat. Ia merupakan sebahagian daripada penyelesaian pengendalian bahan bersepadu Crown termasuk reka bentuk gudang, pemparaan tersuai, trak dan peralatan angkat, bagi menjadikan Crown sebagai sumber tunggal untuk penyelesaian gudang yang lengkap."

Penyelesaian teknologi Crown memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan masa berfungsi untuk Lipari Foods, pengedar borong bagi makanan kering, dingin dan sejuk beku. Crown membantu Lipari membangunkan penyelesaian yang lengkap untuk gudang baharu berkeluasan 260,000 kaki persegi bagi menyokong pertumbuhan pesat Lipari. Ini termasuk sistem pemparaan standard yang direkayasa, peningkatan proses dan trak capai Siri RM yang dilengkapi dengan teknologi Xpress Lower™, yang dapat meningkatkan kelajuan menurun tertinggi daripada 110 kepada 240 kaki setiap minit tanpa menggunakan tenaga tambahan.

Teknologi Xpress Lower membolehkan Lipari melaksanakan perubahan proses yang mengelakkan pengendali trak capai daripada menaikkan atau menurunkan forklift semasa bergerak, satu amalan yang mengakibatkan kerosakan yang kerap terhadap rak dan memerlukan penggantian sekurang-kurangnya satu rak tegak setiap minggu. Masa kitaran dikurangkan yang ditawarkan oleh teknologi Xpress Lower membolehkan syarikat untuk mengekalkan tahap produktiviti yang tinggi dan menghapuskan kerosakan rak.

"Crown memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu kami memilih produk dan peralatan yang kami gunakan. Maka, sama ada pemparaan mahupun peralatan pengendalian bahan, Crown berjaya mengendalikannya untuk kedua-dua aspek," kata Thom Lipari, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lipari Foods.

Penyelesaian perisian dan teknologi canggih yang lain daripada Crown yang membantu syarikat-syarikat makanan dan minuman meningkatkan produktiviti, keselamatan dan kecekapan termasuk:

  • Teknologi DualMode Crown yang membolehkan kenderaan bertukar antara operasi manual dan automatik bergantung pada keperluan kemudahan, tanpa campur tangan daripada pasukan sokongan khusus. Teknologi DualMode membolehkan gudang menggunakan penyelesaian automasi dengan pendekatan berfasa yang boleh diskala.
  • Penyelesaian terhubung, seperti pengendali dan sistem pengurusan pengangkutan InfoLink® Crown. InfoLink membantu menetapkan dan memantau penanda aras produktiviti, mengurangkan peristiwa impak besar sehingga 80% dan mengenal pasti peluang penjimatan kos.
  • Teknologi pemungutan pesanan QuickPick® Remote, yang membolehkan pengendali memajukan trak angkat ke lokasi pemungutan seterusnya dengan menekan satu butang pada alat kawalan jauh tanpa wayar, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan keletihan pengendali.
  • Sistem Penentududukan Auto, yang menggabungkan fungsi mengangkat dan mengangkut bagi mengoptimumkan masa yang diperlukan untuk trak angkat tiba dan berhenti secara automatik di lokasi rak terpilih. Ini dapat meningkatkan produktiviti sehingga 25% berbanding operasi manual.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation 

Crown Equipment Corporation (Crown) ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terkemuka di dunia. Crown menawarkan pelanggannya dengan rangkaian luas forklift pembakaran (gas) elektrik dan dalaman, serta teknologi automasi dan pengurusan pengangkutan. Crown berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan produk yang berpandangan jauh dan inovatif yang direka bentuk untuk meningkatkan prestasi dan mengurangkan kos operasi. Jualan dan perkhidmatan produk dikendalikan oleh operasi langsung milik Crown dan wakil penjual milik bebas di seluruh dunia.

Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Australia, China, Jerman dan Singapura. Jumlah kakitangannya melebihi 16,100 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 19 kilang di 11 lokasi di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com.

Source: Crown Equipment Pty Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation