omniture

JA Solar Bekalkan Projek Fotovolta Tunggal Terbesar di Guam dengan Semua Modul Diperlukan untuk Disiapkan

JA Solar Technology Co., Ltd.
2021-01-18 09:12 249

BEIJING, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, JA Solar mengumumkan bahawa ia membekalkan semua modul PV yang diperlukan untuk menyiapkan projek 88MW di Guam. Dilaburkan dan dibina oleh Korea Electric Power, projek ini akan menjadi loji PV tunggal yang terbesar di Guam.

Terletak di sebuah pulau dan dalam persekitaran dengan angin yang kuat, projek ini mempunyai keperluan yang lebih ketat daripada biasa untuk beban mekanik bahagian belakang dan kadar degradasi modul. Selepas komunikasi dan perbandingan produk dibuat daripada pelbagai pengeluar modul, akhirnya Korea Electric Power memilih JA Solar untuk menjadi pembekal modul yang eksklusif untuk projek ini.

Korea Electric Power ialah utiliti elektrik yang terbesar di Korea Selatan dan bertanggungjawab untuk penjanaan, penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik serta pembangunan projek kuasa elektrik. Menerusi produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi daripada JA Solar, kelebihan kewangan yang stabil serta reputasi industri yang mantap, Korea Electric Power telah menjalin hubungan kerjasama yang baik dengan JA Solar. Pada tahun 2020, kedua-dua syarikat menandatangani satu perjanjian kerjasama rangka kerja dan baru-baru ini melancarkan kerjasama untuk projek-projek baharu. Selain daripada jalinan kerjasama dalam pasaran Korea Selatan tempatan, kedua-dua pihak turut mengekalkan komunikasi dan pertukaran yang erat dalam pasaran luar negara, bersama-sama menggalakkan pembangunan dan penggunaan tenaga solar dalam pasaran global.

Sejak penembusan JA Solar ke pasaran PV Korea Selatan pada tahun 2011, ia telah membina reputasi yang cemerlang dan kumpulan pelanggan yang setia dalam pasaran yang berkembang pesat ini menerusi produk dan perkhidmatannya yang berkualiti tinggi. Produk berkecekapan tinggi daripada JA Solar telah mendapat perakuan produk daripada Korean Industrial Standards (KS) dan turut diiktiraf oleh rakan media industri tempatan dan juga pelanggan. Pada tahun 2018, JA Solar secara rasminya menubuhkan cawangan Korea Selatan bagi menyediakan sokongan dan perkhidmatan yang lebih tepat pada masanya dan cekap untuk pelanggan tempatan. Pada tahun 2019, cawangan ini memenangi "Anugerah Prestasi Pasaran Terbaik" bagi Industri Solar/ESS Korea Selatan.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Oil/Energy Utilities New products/services Future Events