omniture

Serlahkan Kreativiti Anda dengan FlipaClip di AppGallery Hari Ini

AppGallery
2021-01-20 00:32 146

SHENZHEN, China, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Aplikasi animasi yang diiktiraf secara meluas daripada Visual Blasters kini boleh didapati di AppGallery. Dengan lebih 30 juta pengguna dan semakin bertambah, FlipaClip merupakan aplikasi animasi utama untuk membantu pengguna Huawei menghidupkan hasil ciptaan mereka yang paling mengagumkan. 

FlipaClip
FlipaClip

FlipaClip menawarkan pelbagai alat melukis dan animasi yang hebat namun intuitif yang dapat memperkasa pengguna untuk mencipta video animasi yang berkualiti dengan mudah tanpa mengira tahap kemahiran. Bermula dengan alat yang sangat penting seperti Berus dan Isian sehinggalah ciri-ciri canggih seperti teknik 'onion-skinning' dan penatap bingkai, pengguna AppGallery akan mendapati FlipaClip merupakan aplikasi beraneka ciri yang menjadikan animasi menyeronokkan dan mudah dipelajari.

Pembangun di Visual Blasters berdedikasi untuk membantu pengguna membawa animasi mereka ke tahap seterusnya. Atas sebab inilah aplikasi tersebut memasukkan fungsi-fungsi seperti penyuntingan audio, animasi lapisan dan kawalan garis masa. Sebagai bukti usaha mereka, FlipaClip mempunyai komuniti pencipta yang berkembang maju merentas pelbagai platform sosial yang mana pengguna boleh menyertai dan mendapat inspirasi daripadanya. Pasukan Visual Blasters turut menganjurkan peraduan yang kerap dengan hadiah-hadiah menarik bagi mengiktiraf daya kreativiti komuniti mereka.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Huawei bagi membawa salah satu aplikasi animasi dan reka bentuk yang paling mantap kepada pengguna di AppGallery," kata Jonathan Meson, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama di Visual Blasters. "Sokongan daripada AppGallery semasa proses pembangunan adalah sangat hebat. Bermula daripada integrasi kepada proses QA, kami kagum dengan komitmen pasukan untuk membantu kami berjaya pada setiap peringkat."

Keupayaan HMS Core Tingkatkan Pengalaman Animasi FlipaClip

Bagi menyokong FlipaClip dalam membawa pengalaman animasi yang terbaik kepada pengguna AppGallery, tablet dan pasukan awan Huawei bekerjasama erat bersama pembangun daripada Visual Blasters untuk mengoptimumkan aplikasi ini untuk tablet unggulan Huawei, HUAWEI MatePad Pro. Aplikasi ini bukan sahaja berfungsi dengan lancar pada tablet ini, tetapi ia turut memberi sokongan untuk stilus Huawei, HUAWEI M-Pen. Aplikasi ini disepadukan dengan beberapa keupayaan Huawei Mobile Services (HMS) Core seperti analitik, pembelian dalam-aplikasi, pengujian a/b dan konfigurasi jarak jauh. Dengan perubahan boleh dikonfigurasi jarak jauh, FlipaClip dapat mendorong kemas kini bahagian pelayan yang membolehkan Visual Blasters untuk terus meningkatkan pengalaman aplikasi tanpa memerlukan pengguna membuat kemas kini terhadap aplikasi.

Latar Belakang App Gallery - Salah Satu Daripada 3 Pasaran Aplikasi Utama di Seluruh Dunia

Dilancarkan di lebih 170 negara dan wilayah, AppGallery komited untuk memenuhi keperluan 500 juta pengguna aktifnya yang pelbagai namun berfokus. Pasaran aplikasi ini aktif mencari peluang perkongsian dengan pembangun global dan tempatan untuk mengundang mereka menyertai platform ini. AppGallery ialah platform pengedaran aplikasi terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh semua orang.

AppGallery mengiktiraf kepentingan dan sumbangan pembangunnya dan Huawei berdedikasi terhadap kejayaan mereka. AppGallery turut menyediakan sokongan operasi yang lengkap untuk pembangun di seluruh dunia dan beberapa inisiatif bertumpu pembangun, bagi memperkasa pembangun untuk berinovasi selanjutnya dalam pembangunan aplikasi.

FlipaClip kini sedia dimuat turun daripada AppGallery di https://appgallery.huawei.com/#/app/C102999751.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Forum Pembangun Huawei di https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/forum/devhub.

 

Source: AppGallery
Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services