omniture

Pengguna BIGO berpeluang Luangkan Masa dan Berbual bersama Sweet Qismina

Bigo Live
2021-01-20 14:21 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Farhanna Qismina, atau lebih mesra dikenali dengan nama pentas beliau, Sweet Qismina; akan menjalankan sesi "temu mesra peminat" strim langsung maya pada 21 dan 25 Januari pada jam 9.30 malam pada kedua-dua tarikh untuk peminat dan pengguna Bigo Live. Semasa acara strim langsung tersebut, Sweet Qismina bukan sahaja akan menjawab soalan-soalan penting daripada peminat beliau tetapi juga akan memilih tiga peminat bertuah untuk menyertai beliau melalui strim video. Ikuti beliau melalui ID Bigo Live: SweetQismina dan sertai strim langsung beliau untuk peluang sekali seumur hidup ini.

Temui Sweet Qismina di Bigo Live
Temui Sweet Qismina di Bigo Live

Aplikasi strim langsung, Bigo Live telah menjadi semakin popular semasa pandemik COVID-19, memandangkan orang ramai menggunakan kaedah berbeza untuk memastikan interaksi sosial diteruskan. Bigo Live muncul sebagai salah satu kaedah pilihan terutamanya dalam kalangan golongan milenia memandangkan aplikasi ini membolehkan orang ramai untuk berkongsi detik kehidupan mereka dan berinteraksi pada waktu sebenar bersama pengguna lain. Sweet Qismina turut menjadi sebahagian daripada kumpulan selebriti global yang lain daripada pelbagai sektor hiburan seperti DJ Australia M4Sonic, bintang Jepun Ryo Nishikido dan Jin Akanishi, antara ramai lagi yang lain, yang turut sama menggunakan Bigo Live untuk memastikan kemesraan diteruskan bersama peminat mereka.

Terkenal bagi penampilan dalam rancangan TV seperti Fasha dalam Hikyat Putera Syazlan dan sebagai Julie dalam Waktu Rhat, pelakon ini menunjukkan keterujaan untuk sesi "temu mesra" yang akan datang, kerana ia membolehkan beliau untuk berinteraksi dengan mesra bersama peminat beliau, tidak seperti sesi "temu mesra" fizikal beramai-ramai normal yang mana beliau hanya dapat melihat peminat beliau dari jauh. Melalui Bigo Live, beliau dapat menjawab soalan-soalan, mengeratkan hubungan bersama mereka dan dalam masa yang sama mengekalkan jarak sosial.

Peminat boleh bersiap sedia untuk mengikuti acara strim langsung akan datang ini dengan memuat turun Bigo Live di sini.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial strim langsung yang berkembang paling pesat di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran bagi industri strim langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Muat turun aplikasi Bigo Live di sini 

 

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Social Media Telecommunications New products/services