omniture

Coway Menang Anugerah Inovasi CES untuk Enam Tahun Berturut-turut

Coway Co., Ltd.
2021-01-22 12:19 204

SEOUL, Korea Selatan, 22 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa pembersih udara Coway (AP-1019D) telah menerima Anugerah Inovasi CES® 2021 daripada Consumer Technology Association (CTA). Coway telah diiktiraf untuk teknologi dan reka bentuk inovatifnya, memenangi Anugerah Inovasi CES untuk enam tahun berturut-turut sejak penyertaan pertamanya dalam CES pada tahun 2016.

Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES 2021 'Coway AP-1019D'
Penerima Kehormat Anugerah Inovasi CES 2021 'Coway AP-1019D'

Program Anugerah Inovasi CES, ditaja oleh Consumer Technology Association (CTA), ialah satu pertandingan tahunan yang mengiktiraf reka bentuk dan kejuruteraan cemerlang dalam produk teknologi pengguna setelah satu kajian semula yang menyeluruh dibuat oleh pakar industri berdasarkan inovasi, kejuruteraan, fungsian, nilai estetik dan reka bentuk.  

Tahun ini, pembersih udara Coway (AP-1019D) menerima Anugerah Inovasi CES® 2021 dalam kategori Perkakas Rumah. Ini menandakan tahun keenam berturut-turut Coway telah memenangi Anugerah Inovasi CES menerusi produk cemerlangnya. Kepimpinan produk Coway telah diiktiraf sebelum ini dalam kategori Perkakas Rumah yang mana penerima kehormat anugerah mencakupi pembersih udara, pembersih air, sistem penjagaan pakaian dan banyak lagi.

Coway AP-1019D, penerima kehormat anugerah ini, memperkasa pengguna untuk menyesuaikan corak pembersihan dengan memilih empat daripada penapis udara tersuai – Penapis debu halus, Penapis debu kuning, Penapis formaldehid dan Penapis penyahbauan tambahan. Ciri ini telah dibangunkan bagi menonjolkan pelbagai faktor kehidupan dan memenuhi keperluan pengguna.

Coway AP-1019D mempunyai reka bentuk sofistikated yang begitu secocok dalam ruang apabila ia merangkumkan bahagian yang terdapat dalam reka bentuk perabot dan ketinggian yang paling sesuai dengan gaya hidup pengguna. Menggunakan fabrik dan bahan-bahan seakan-akan kayu, produk ini menonjol berbanding pembersih udara sedia ada dari segi estetik. Penutup depan bermagnet juga menjadikannya produk dalaman yang ikonik kerana ia memberi peluang sebagai perhiasan peribadi.

"Anugerah Inovasi CES mengiktiraf teknologi yang paling inovatif dan kami berbesar hati dapat menjadi Penerima Kehormat anugerah ini selama enam tahun berturut-turut," kata Hyun Joo Song, Ketua Pusat Inovasi Produk di Coway. "Coway akan terus membawakan pengalaman yang bermakna buat pengguna kami menerusi produk kami serta mengukuhkan daya saing global."

Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara dan bidet. Sejak penubuhan syarikat kami, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Kami telah membuktikan dedikasi kami terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, daya saing yang tiada tandingan dalam bahagian pasaran, melangkaui kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Kami terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan dengan menggiatkan perniagaan luar negara kami di Malaysia, A.S. Thailand serta China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Trade show news