omniture

Iyuno Media Group Memeterai Perjanjian untuk Mengambil Alih SDI Media

Iyuno Media Group
2021-01-23 10:51 1072

Membentuk Syarikat Perkhidmatan Penyetempatan Global Paling Komprehensif dalam Industri Media dan Hiburan

LOS ANGELES, 23 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Iyuno Media Group, sebuah syarikat yang menerajui pasaran perkhidmatan penyetempatan dalam industri media dan hiburan, hari ini mengumumkan ia telah memeterai perjanjian dengan Imagica Group Inc. untuk mengambil alih SDI Media secara 100%. Transaksi ini, yang tertakluk kepada semakan dan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan, menyatukan kedua-dua syarikat dengan misi yang sama untuk menyokong, menginovasi dan menerajui seni penceritaan global. Terma transaksi tidak dinyatakan. 

"SDI Media amat bersesuaian dengan Iyuno," kata Shaun Gregory, Ketua Pegawai Eksekutif, Iyuno Media Group. "Kami begitu serasi dalam aspek piawaian kualiti, strategi pelengkapan dan tawaran perkhidmatan kami. Sebagai sebuah syarikat gabungan, kami akan terus memberikan perkhidmatan dan inovasi teknologi terbaik kepada industri kami. Kami yakin bahawa pelanggan baharu dan sedia ada akan mendapat manfaat daripada pengalaman dan keupayaan syarikat gabungan secara kolektif."

"Industri media dan hiburan telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan peningkatan dalam perkhidmatan penstriman video dan kami melihat syarikat media bergabung untuk mewujudkan dan menyampaikan lebih banyak kandungan kepada penonton yang semakin berbeza-beza di seluruh dunia," kata David Lee, Pengerusi Eksekutif, Iyuno Media Group. "Kini, penonton lebih gemar menonton program yang diterbitkan di peringkat antarabangsa dan disetempatkan dalam bahasa mereka. Ini mendorong permintaan yang semakin meningkat untuk menghasilkan pelbagai bahasa yang diperlukan dan disampaikan pada skala dan kelajuan yang dikehendaki oleh pelanggan kami."

Perbelanjaan pengguna ke atas kandungan diramalkan meningkat dua kali ganda dari tahun 2019 hingga 2024; pertumbuhan pesat ini membawa kepada peningkatan yang selari dengan permintaan terhadap kandungan setempat yang berkualiti tinggi.

"Sebagai dua buah syarikat penyedia perkhidmatan penyetempatan media dan hiburan terkemuka di dunia, kami akan bersama-sama menyediakan penyelesaian yang pertama kali diwujudkan untuk pasaran ini," Encik Lee menyambung. "Kedua-dua buah syarikat dianggap sebagai peneraju perkhidmatan, liputan global dan inovasi yang berkualiti. Dengan menggabungkan kedua-dua syarikat ini, matlamat kami adalah untuk menyokong keperluan yang meningkat dengan pesat daripada perniagaan media di seluruh dunia - bukan hanya dengan menawarkan skala, liputan global dan keupayaan serba lengkap di seluruh operasi kami di seluruh dunia – tetapi juga dengan menggunakan teknologi canggih seperti Kecerdasan Buatan untuk menyampaikan sokongan terbaik kepada industri."

"Kami teruja untuk menyertai Iyuno dan menjadi sebahagian daripada syarikat perkhidmatan penyetempatan terkemuka dalam industri," kata Mark Howorth, Ketua Pegawai Eksekutif, SDI Media. "Kami percaya bahawa peningkatan terhadap keperluan untuk agihan kandungan global dalam industri ini hanya boleh dilakukan oleh pembekal perkhidmatan pelengkap yang dapat berkembang bersama-sama mereka dalam menyokong segala keperluan mereka."

Dalam transaksi ini, Iyuno disokong oleh Altor, Shamrock Capital dan SoftBank Ventures Asia yang merupakan rakan kewangan utamanya. Tiga pelabur tersebut amat gembira melihat momentum yang berterusan dalam pengembangan dan kepelbagaian portfolio Iyuno Media Group. Penyempurnaan transaksi ini masih tertakluk kepada semakan dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

TENTANG IYUNO MEDIA GROUP
Iyuno Media Group (www.iyunomg.com) ialah peneraju pasaran dalam penyetempatan media dengan teknologi canggih yang menyediakan perkhidmatan alih suara, sari kata dan kejuruteraan media dalam lebih daripada 80 bahasa. Sebagai perintis inovatif yang berpegang kepada nilai teras dalam industri yang sentiasa berubah-ubah, Iyuno Media Group menggunakan teknologi dalamannya yang canggih ke atas semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya. Kini, syarikat ini mengendalikan 35 buah kemudahan tempatan di seluruh dunia, merangkumi rangkaian tapak yang dimiliki sepenuhnya di 30 buah negara di Eropah, Asia dan Amerika – yang menawarkan penyelesaian serba lengkap untuk syarikat penyiaran, semua studio filem utama, OTT dan platform penstriman.

TENTANG SDI MEDIA
SDI Media (www.sdimedia.com) ialah salah satu syarikat penyedia penyetempatan media terkemuka di dunia yang menawarkan perkhidmatan alih suara, sari kata dan media kepada pemilik kandungan, syarikat penyiaran dan pengedar pelbagai platform. SDI Media menawarkan penyelesaian penyetempatan serba lengkap untuk siaran teater dan siri berepisod, menggunakan salah satu rangkaian aplikasi perisian penyetempatan tersuai paling komprehensif dalam industri. Rangkaiannya yang terdiri daripada 33 buah kemudahan alih suara yang dimiliki dan dikendalikan di Asia, EMEA dan Amerika mempunyai lebih 150 bilik rakaman dan 85 bilik adunan di seluruh dunia.

PERNYATAAN BERPANDANGAN KE HADAPAN
Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan
yang tertakluk kepada peruntukan perlindungan keselamatan di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Keselamatan Swasta 1995, termasuk pernyataan tentang strategi Iyuno untuk menyediakan penyetempatan yang dipertingkatkan dan penyelesaian penterjemahan yang menggunakan aset SDI Media, jangkaan selesainya proses pengambilalihan dan tempoh masa ia berlaku, serta manfaat yang diharapkan untuk Iyuno dan para pelanggannya sebaik sahaja sempurnanya proses pengambilalihan tersebut. Pembaca diingatkan bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini hanya merupakan ramalan dan mungkin berbeza secara material daripada peristiwa atau hasil sebenar akan datang disebabkan oleh pelbagai faktor, yang antara lainnya termasuklah, syarat penyempurnaan transaksi yang mungkin tidak dipenuhi atau penyempurnaan mungkin ditangguhkan, kesan berpotensi terhadap perniagaan SDI Media yang disebabkan oleh ketidakpastian tentang pengambilalihan, pengekalan pekerja di SDI Media dan keupayaan Iyuno untuk mengintegrasikan SDI Media dengan jayanya dan mencapai manfaat yang diramalkan, kondisi perniagaan dan ekonomi serta trend pertumbuhan di pasaran yang berkaitan dan di pelbagai rantau geografi, kondisi ekonomi dan ketidakpastian global dalam persekitaran geopolitik serta faktor risiko lain. Mana-mana pernyataan berpandangan ke hadapan dalam keluaran ini adalah berdasarkan maklumat terhad yang tersedia pada masa ini kepada Iyuno serta tertakluk kepada perubahan dan Iyuno tidak semestinya mengemas kini sebarang maklumat tersebut.

Source: Iyuno Media Group
Related Links:
Keywords: Advertising Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers