omniture

StashAway umum Aset bawah Pengurusan sebanyak US$1bilion

StashAway
2021-01-25 04:00 88

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Januari 2021 /PRNewswire/ -- StashAway, pengurus dana digital yang terbesar dan paling pantas berkembang di Asia Tenggara untuk pelabur runcit dan sofistikated, mengumumkan bahawa mereka mengurus lebih daripada US$1bilion (MYR 4.05bilion).

Sejak StashAway mula melancarkan perkhidmatannya pada tahun 2017, pelbagai pengurus dana digital di Asia Tenggara dan MENA telahpun muncul. StashAway ialah pengurus kekayaan digital pertama dari mana-mana wilayah berkenaan yang mengumumkan bahawa ia mengurus lebih daripada $1 bilion USD.

Michele Ferrario, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif StashAway berkata, "Apabila syarikat ini ditubuhkan, objektif kami adalah untuk meningkatkan cara orang ramai membina kekayaan mereka dengan ketara. Bagi mereka yang melaburkan simpanan mereka, pilihan pelaburan tradisional tidak dapat diterima. Namun begitu, kami tahu bahawa wang tunai dalam bank sebenarnya merupakan pesaing terbesar kami: di Asia, 46% daripada kekayaan kewangan disimpan dalam deposit bank, berbanding 14% di Amerika Utara. Atas sebab inilah kami sentiasa memberi tumpuan bukan sahaja terhadap prinsip-prinsip pelaburan yang sofistikated dan khidmat pelanggan yang hebat, tetapi juga pendidikan kewangan bagi membantu lebih ramai orang memahami bagaimana untuk mengurus dan mengembangkan kekayaan mereka dengan lebih baik. Hubungan bersama pelanggan kami dan orang awam ini menjadi kunci terhadap pertumbuhan pesat kami."

Salah satu faktor yang membolehkan StashAway menarik begitu banyak dalam aset adalah keupayaannya untukmenjana prestasi kukuh meskipun melalui keadaan yang tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakangan ini: melalui 2 pembetulan pasaran pada tahun 2018 dan kejatuhan pasaran pada tahun 2020, portfolio StashAway dapat menjana prestasi tahunan* sebanyak 16.3% (untuk portfolio risiko tertingginya) sehingga 3.5% (untuk portfolio risiko terendahnya) sejak dilancarkan pada Julai 2017. Pada tahun 2020 sahaja, prestasi portfolio adalah sekitar 22.8% hingga 3.9% untuk portfolio yang sama dan tekal mengatasi penanda aras risiko yang sama.

Forum Ekonomi Dunia mengiktiraf StashAway pada tahun 2020 sebagai Juara Teknologi kerana membangunkan teknologi canggih dan "memberi sumbangan yang besar untuk memperbaiki keadaan dunia."

Wai Ken Wong, Pengurus Negara StashAway di Malaysia menambah bahawa "Mencapai $1 bilion USD dalam tempoh kurang daripada 4 tahun hanyalah salah satu daripada banyak petanda bahawa kami melihat penduduk Asia benar-benar inginkan cara yang lebih baik untuk mencapai kekayaan: Misalnya kami dapat melihat kadar penerimaan yang tinggi, deposit konsisten yang besar dan minat kuat untuk akses kandungan pendidikan kami. Kami bari mula dari segi apa yang dapat dicapai apabila melibatkan usaha untuk mengubah sektor pengurusan dana di Singapura, Malaysia dan MENA."

*Setakat Penghujung Disember 2020, prestasi dalam MYR. Prestasi terdahulu bukan jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, pelabur perlu mempertimbangkan objektif pelaburan, risiko, caj dan perbelanjaan dengan teliti dan sekiranya perlu, dapatkan nasihat dar ahli profesional.


Latar Belakang StashAway

StashAway adalah platform pengurusan dana digital yang menawarkan portfolio pelaburan dan pengurusan tunai untuk pelabur runcit dan pelabur sofistikated. Teknologinya membawa pengurusan portfolio yang automatik dan diperibadikan untuk portfolio individu setiap pelanggan. Ia menawarkan portfolio pelaburan berorientasi pertumbuhan global yang menyasarkan tahap risiko berbeza dan StashAway SimpleTM, produk pengurusan tunai.

StashAway telah mendapat penyokong kewangan dari serata dunia. Pelaburnya termasuk: Eight Roads Ventures, firma pelaburan global yang disokong oleh Fidelity dan pelabur awal dalam Alibaba; Square Peg, dana modal teroka terbesar di Australia; Asia Capital & Advisors, firma ekuiti persendirian yang dipimpin oleh Francis Rozario dan Aaron Razario; serta Burda Principal Investments, cabang modal pertumbuhan daripada syarikat media dan teknologi Jerman, Hubert Burda Media.

StashAway mempunyai jumlah modal berbayar sebanyak US$36.6 juta (MYR153.8 juta). Dana ini telah digunakan bagi tujuan pelancaran portfolio pendapatan, portfolio pengurusan tunai selain kemasukan pasaran baharu di Malaysia dan wilayah MENA. Sejak pengumpulan Siri C pada Ogos 2020, Syarikat ini telah melancarkan StashAway Workplace, penyelesaian faedah kewangan korporat dan melancarkan perkhidmatannya di wilayah MENA, dari pejabat Dubainya.

StashAway beroperasi di Singapura, Malaysia serta wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). StashAway memegang lesen pengurusan dana daripada MAS Singapura dan SC Malaysia serta lesen pengurusan aset daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai.

www.stashaway.com

Source: StashAway
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology