omniture

Pelakon-pelakon daripada The Untamed - T.U.B.S lancar penampilan sulung EP "LOVE:ONE-ACT"

NSMGroup
2021-01-25 11:29 151

TAIPEI, 25 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Kumpulan penyanyi lelaki Cina T.U.B.S (dikenali sebagai The Untamed Boys) dibentuk oleh Luffy Huang, Naib Presiden Kanan NSMGroup pada tahun 2019. Barisan kumpulan ini terdiri daripada anggota-anggotanya: Yubin, Cao Yuchen, Jili dan Li Bowen, dengan pengunduran diri Zheng Fanxing dan Song Jiyang baru-baru ini. Tahun 2020 adalah sukar, namun melalui tindakan yang berkasih sayang dan kebaikan, T.U.B.S berupaya untuk menempuhinya dan meninggalkan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kumpulan penyanyi lelaki ini menyanyikan pelbagai lagu dari perspektif unik mereka dan kenangan cinta. Melalui penampilan sulung mereka EP "LOVE:ONE-ACT", mereka menyampaikan rasa kasih mereka untuk T.U.B.S dan peminat mereka. Pelancaran global EP, yang mengandungi tujuh buah lagu baharu, akan disediakan di platform strim muzik utama pada 29 Januari.

Ahli dari kiri ke kanan - Jili, Cao Yuchen, Yubin, Zheng Fanxing, Li Bowen.
Ahli dari kiri ke kanan - Jili, Cao Yuchen, Yubin, Zheng Fanxing, Li Bowen.

 

"LOVE: ONE-ACT"
"LOVE: ONE-ACT"

Lagu-lagu dalam EP termasuk:

  1. Fearless
  2. The Beauty of Following Our Hearts
  3. The Best Reader
  4. Favorite Song
  5. I Don't Wanna Stop
  6. Only Want You
  7. Still The One

Ingin membawa nilai positif buat semua dalam waktu yang sukar ini, "LOVE:ONE-ACT" diterbitkan oleh NSMGroup bersama penerbit-penerbit antarabangsa mendahului zaman, seperti penyanyi/penerbit Kanada dengan jutaan lagu kegemaran ramai Daniel Powter. Album penuh, termasuk "If It Ain't You" dan "Gave My Heart Away", bakal menyusul dalam masa terdekat. Dua lagu tambahan ini akan menampilkan artis Thai dan bekas artis K-Pop terkenal untuk berhubung dengan peminat mereka di Thailand dan Korea Selatan. Ia juga akan turut merangkumkan lagu-lagu kegemaran peminat: lagu R&B derap atas (upbeat) "YOU" oleh Yubin, pop balada "Smiling Star" oleh Zheng Fanxing dan 'Love Rhythm', lagu promosi untuk Festival Musim Bunga Thai 2020.

Judul lagu pertama "The Beauty of Following Our Hearts", yang menampilkan Daniel Powter, meluahkan rasa apabila bertemu dengan insan istimewa dalam hidup yang telah mempesonakan, seperti déjà vu, meraikan keindahan rasa apabila mengikuti kata hati. Paling penting, ia menggambarkan kasih sayang yang abadi antara anggota-anggota T.U.B.S dan peminat mereka. (MV Rasmi)

Judul lagu kedua "Favorite Song" ialah lagu duet bermelodi indah antara Yubin dan Cao YuChen.

Pasangan duet ini menyanyikan lagu mengenai cinta muda mudi, mengenang kembali tempat persembunyian khusus di mana mereka dapat mencipta kenangan indah bersama insan istimewa itu.

Menerusi pesanan utama "LOVE:ONE-ACT", T.U.B.S dan NSMGroup mengucapkan selamat tahun baharu yang penuh dengan kasih sayang buat semua.

Muat turun imej Resolusi Tinggi di sini. 

Latar Belakang T.U.B.S

Kumpulan penyanyi lelaki Cina T.U.B.S dibentuk oleh NSMGroup pada tahun 2019. Kesemua anggota kumpulan ini membintangi siri drama Cina yang ditonton oleh berbilion-bilion penonton 'The Untamed'. (IMDb:8.9)

Latar Belakang NSMGroup

Ditubuhkan pada tahun 2015, NewStyle Media Group (NSMGroup) ialah generasi baharu perusahaan hiburan dan multimedia. Tumpuan utama mereka adalah untuk membangunkan Harta Intelek berkualiti tinggi dan pelbagai hala untuk khalayak global.

Source: NSMGroup
Keywords: Entertainment Music New products/services