omniture

AYP Group Umum Inisiatif Penjenamaan Semula, Perkukuh Komitmen kepada Pelanggan

AYP Group Dijenamakan Semula untuk Perkukuh Penawaran Syarikat dalam Industri HR dan Teknologi
AYP Group
2021-01-26 09:00 155

SINGAPURA, 26 Januari 2021 /PRNewswire/ -- AYP Group, penyedia yang terkemuka bagi Teknologi dan Perkhidmatan Sumber Manusia (HR) mengumumkan pelancaran inisiatif penjenamaan semulanya. Usaha penjenamaan semula yang meluas telah diusahakan sejak tahun 2020 dan melibatkan perubahan dalam logo, warna, misi dan juga imej keseluruhan syarikat. Ia bersedia untuk mengambil alih seluruh platform AYP Group, termasuk laman sesawang rasmi mereka mahupun media sosial. Usaha penjenamaan semula bertujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan korporat dan memperbaharui identiti jenama.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/AYP_Group_202101.shtml

 

 

AYP Group Umum Inisiatif Penjenamaan Semula, Perkukuh Komitmen kepada Pelanggan
AYP Group Umum Inisiatif Penjenamaan Semula, Perkukuh Komitmen kepada Pelanggan

Memastikan agar selari dengan matlamat AYP Group dan keinginan mereka untuk menjadi pemimpin pemikiran dalam industri Teknologi dan Perkhidmatan HR, AYP Group telah menghebahkan slogan "Menerajui Masa Depan Kerja". Dengan ini, mereka berharap agar dapat menjadi perintis dalam tenaga kerja semasa, melangkaui lebih daripada sekadar mengikuti trend, sebaliknya berharap untuk turut menetapkannya. "Ia bukan tahun yang mudah buat ramai orang, pada tahun lalu, AYP Group berjaya meluaskan penawaran perkhidmatannya di seluruh rantau ini dan bekerjasama dengan banyak pelanggan dalam perjalanan transformasi digital HR mereka," kata Jacob Lieu, pengasas bersama AYP Group. "Masa Depan Kerjasama sedang berkembang dan kami ingin membimbing pelanggan kami melalui usaha ini."

Telahpun berada dalam industri ini selama 10 tahun, pemimpin-pemimpin AYP Group memutuskan bahawa saat untuk memperbaharui imej jenama telahpun tiba. Inisiatif ini memerlukan penyelidikan yang luas dan perbincangan sepanjang tahun lalu. AYP Group menyasarkan untuk membawa bimbingan dan kestabilan kepada pelanggan mereka, berkembang maju bersama-sama mereka ketika tenaga kerja berevolusi. "Ia merupakan satu pencapaian yang besar buat syarikat dan saya yakin bahawa imej jenama baharu ini akan dapat menggambarkan keupayaan kami dengan tepat," kata Jolin Nguyen, Pengurus Besar, AYP. Sebagai pengasas AYP Group, Annie Yap telah menyaksikan perubahan penting yang telah berlaku dalam industri HR dan merasakan penting untuk berkembang dan beradaptasi terhadap perubahan ini. "Identiti baharu kami ialah inovatif, moden dan profesional - kata-kata yang akan kami gunakan untuk menggambarkan bukan sekadar imej kami tetapi juga penyelesaian yang disediakan oleh kami kepada syarikat-syarikat dan pelanggan kami yang berhasrat untuk berkembang ke luar negara."


 


 


 

Latar Belakang AYP Group: AYP Group ialah sebuah syarikat Teknologi dan Perkhidmatan Perhubungan Awam (HR). Dengan pengalaman selama kira-kira 10 tahun bekerjasama dengan lebih 100,000 pelanggan di seluruh Asia Tenggara, AYP Group terdiri daripada tiga teknologi dan perkhidmatan utama. Organisasi Majikan Profesional (PEO), Pengurusan Penyumberan Luar Senarai Gaji (POM) dan Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMS) yang dikenali sebagai JuzTalent. Pernah memenangi Emas bagi Teknologi HR Terbaik di bawah Sistem Maklumat Sumber Manusia pada tahun 2019 dan Gangsa bagi Rakan Penyumberan Luar Senarai Gaji Terbaik di bawah anugerah Vendor Tahunan Terbaik 2020, AYP Group berdedikasi untuk menambah kecekapan terhadap fungsi HR harian pelanggan mereka. Mengkhusus dalam pelbagai Perkhidmatan HR, mereka berusaha untuk menambah ciri keselamatan dan kecekapan baik untuk tugas-tugas HR pelanggan mahupun operasi harian mereka.

Maklumat Hubungan Media: 

Ruth Chan, Penulis Kandungan
ruth.chan@ayp-group.com
+65-9186-1850

Source: AYP Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources New products/services