omniture

Apigate mula beroperasi dengan Penyelesaian Inovatif Telekomunikasi Storefront dengan kerjasama Smart Cambodia

Apigate
2021-01-27 14:57 254

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Apigate berjaya melancarkan penyelesaian Storefront bersama Smart, operator telekomunikasi mudah alih Kemboja yang terkemuka. Apigate ialah penyedia penyelesaian kewangan dan pertumbuhan pelanggan global yang terkemuka.

Apigate Storefront Solution on Smart Cambodia.
Apigate Storefront Solution on Smart Cambodia.

Penyelesaian Storefront mengaktifkan  penemuan dan pembelian dengan lebih lancar bagi permainan dalam talian kegemaran pelanggan di Smart Game Voucher Market.

Menerusi penyelesaian Storefront, pelanggan Smart boleh mengakses dan melanggan pelbagai jenis permainan dalam talian yang popular di Smart Game Voucher Market, menggunakan baki Smart mereka.

Chum Prathna, Pakar Produk VAS Kanan Smart:  "Penyelesaian Storefront diterima pakai oleh Smart setelah kajian menyeluruh dijalankan di kalangan pelanggan kami yang mencari kaedah pembayaran yang dipermudahkan dan pengalaman pembelian yang lancar. Smart Game Voucher Market merupakan saluran mudah ketika ini untuk pelanggan membuat pembelian permainan dalam talian kegemaran mereka."

Storefront dibangunkan sepenuhnya secara dalaman, di mana Apigate membolehkan operator mudah alih mengumpulkan kredit masa berbual dengan tawaran kandungan. Ciri baharu ini menawarkan pilihan kewangan baharu kepada Smart. 

Raja Mansukhani, Pengarah Jualan & Pembangunan Perniagaan daripada Apigate:  "Apigate gembira dapat memperkukuh lagi perkongsiannya dengan Smart Cambodia melalui pelancaran produk baharu ini. Penyelesaian Storefront memberi peluang kepada operator Syarikat Telekomunikasi untuk meningkatkan proposisi nilai produknya, yang menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan mudah sekali gus menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap penggunaan kandungan digital. Storefront juga menawarkan penyelesaian kewangan dan pertumbuhan pelanggan yang terbaik dalam kelas bagi pasaran ini."

Latar Belakang Apigate

Apigate ialah penyedia penyelesaian kewangan digital dan pertumbuhan pelanggan bertaraf global. Kami mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai kandungan digital dan landskap perkhidmatan dengan satu titik penyepaduan dan operasi, menjadikan kami sebagai rakan yang dipercayai untuk perniagaan digital dari serata dunia.

Kami mendayakan lebih 100 rakan digital (OTT hiburan & permainan yang diiktiraf di seluruh dunia, gedung aplikasi dan lain-lain) menghubungkan mereka dengan lebih 1 bilion pengguna di seluruh dunia melalui operator mudah alih, penyedia e-dompet, tempat e-pasaran dan banyak lagi. Platform kami yang stabil dan selamat menyediakan pengalaman pengguna yang lancar dan mudah dengan fungsi Strategi ke Pasaran (Go to Market) yang pantas untuk pelancaran berbilang negara.

Kunjungi  www.apigate.com untuk butiran lanjut.

Latar Belakang Smart Axiata Co.,Ltd.

Smart Axiata Co.,Ltd., operator telekomunikasi mudah alih Kemboja yang terkemuka, kini menawarkan perkhidmatan kepada 8 juta pelanggan di bawah jenama "Smart". Smart Axiata merupakan sebahagian daripada Axiata Group Berhad, iaitu salah satu kumpulan telekomunikasi yang terbesar di Asia.

Kunjungi www.smart.com.kh untuk butiran lanjut.

Source: Apigate
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Contracts