omniture

GAC Group capai kejayaan cemerlang dalam teknologi bateri pengecasan pantas berasaskan grafin, model kenderaan Aion V dilengkapi dengan bateri baharu mulakan pengeluaran pada September

GAC MOTOR
2021-01-29 21:11 2088

GUANGZHOU, China, 29 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Di seluruh dunia, kenderaan tenaga baharu telah menjadi penyelesaian penting untuk perjalanan rendah karbon, namun begitu, teknologi bateri sentiasa menyekat pembangunan dan penggunaan kenderaan elektrik secara meluas. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, grafin, konduktiviti elektrik yang sangat baik, menjadi kunci terhadap penemuan ulung dalam teknologi bateri.

Baru-baru ini, GAC Group mengumumkan satu pencapaian penting dalam teknologi bateri. Bateri pengecasan amat pantas berasaskan grafin telah mencapai kejayaan cemerlang dan kini memasuki fasa ujian kenderaan sebenar. Aion V, kenderaan pertama yang akan dilengkapi dengan bateri tersebut, sedang menjalani ujian musim sejuk dan awalnya dijadualkan untuk dikeluarkan secara besar-besaran pada September tahun ini.

Pada mulanya, grafin menelan belanja sehingga beberapa ratus dolar setiap gram, lantas digelar "emas hitam". Di "Hari Teknologi GAC 2020" ("2020 GAC Tech Day") yang diadakan pada bulan Julai, GAC Group mendemonstrasikan teknologi pengeluaran 3DG (grafin tiga dimensi) dengan hak harta intelek bebas, bagi menyelesaikan isu kos grafin yang tinggi. Kaedah pengeluaran yang ringkas, stabil dan cekap ini dapat mengurangkan kos kepada hanya satu persepuluh daripada kaedah konvensional.

Setelah mencapai pengeluaran grafin berkos rendah dan berskala besar, GAC Group juga telah melakar kejayaan besar dalam aplikasi hiliran penggunaannya. Antaranya, industri kenderaan elektrik paling berminat dengan bateri pengecasan amat pantas berasaskan grafin. Bateri berasaskan grafin ini mempunyai keupayaan pengecasan pantas 6C, digabungkan dengan pengecas berkuasa tinggi 600A, yang boleh dicas semula sehingga kapasiti 80% dalam masa 8 minit. Bateri ini juga melepasi ujian keselamatan yang paling ketat - Ujian Menembak Bateri, memiliki kualiti dan keandalan standard tertinggi.

Teknologi bateri berasaskan grafin ini merupakan peneraju industri. Ia akan memendekkan masa pengecasan dengan ketara serta benar-benar memanjangkan hayat bateri, lalu menyelesaikan "masalah utama" pada ketika ini bagi kenderaan elektrik tulen. Berita baiknya ialah teknologi bateri ini telah keluar dari makmal menuju pengeluaran dunia sebenar. Aion V, model kenderaan pertama yang dilengkapi dengan bateri berasaskan grafin ini, telah memasuki fasa ujian pengeluaran besar-besaran.

Perancangan strategik dan pendekatan proaktif oleh GAC Group dalam bidang teknologi canggih akan memberi sokongan padu demi pengembangan dan pembangunan global jenama miliknya sendiri GAC MOTOR. Tidak sukar untuk meramalkan bahawa dengan berbilang teknologi inovatif yang telah dicapai olehnya, GAC MOTOR akan dapat diperkasa untuk terus mewujudkan pengalaman memandu yang berkualiti tinggi, berteknologi tinggi dan menyeronokkan untuk pengguna.

 

Source: GAC MOTOR
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Utilities New products/services