omniture

Absen Bawakan Penyelesaian Paparan LED Mengagumkan untuk Kaisa Prosperity

Absen.com
2021-02-01 10:49 236

SHENZHEN, China, 29 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Kaisa Prosperity, pemaju hartanah yang besar di China, menggunakan teknologi papan tanda digital yang canggih daripada Absen (SZSE: 300389) untuk menyerlahkan potensi penuh Guangzhou Kaisa Baiyun City Plaza, premisnya yang baru dibangunkan. Absen, pengeluar paparan LED yang terkemuka, bekerjasama dengan Jiake Intelligent, sebuah syarikat yang sangat berpengalaman dalam menyediakan penyelesaian pintar termaju, untuk menyesuaikan suit lengkap penyelesaian LED yang menakjubkan untuk hartanah baharu tersebut.

Paparan LED Absen yang menakjubkan itu dipasang di bahagian dalam dan luar pusat jualan di Guangzhou Baiyun Kaisa City Plaza termasuk paparan OOH mata kasar 3D tersuai, gua LED imersif ditempah khas, dinding video LED lancar dan empat jalur LED di dewan dalam bangunan tersebut.

Paparan OOH mata kasar 3D

Dipasang pada bahagian luar bangunan tersebut, dinding LED berbentuk trapezoid tersuai berukuran 274.89 meter persegi menjadi bahagian penting pada seluruh bahagian bangunan tersebut. Menerusi kandungan 3D yang kreatif, ia telah mentransformasikan bangunan berkenaan menjadi mercu tanda unik dengan kombinasi antara seni dan teknologi.

Absen GS5.9 Plus, 274.89sqm
Absen GS5.9 Plus, 274.89sqm

Dinding LED interaktif + jalur LED dalam dewan 

Ketika memasuki pusat jualan, pengunjung akan berasa sangat kagum dengan jalur LED inovatif yang dipasang pada siling di atas model seni bina dan dinding video LED format besar. Dinding video memainkan imej dan iklan Kaisa Prosperity bagi menyampaikan maklumat mengenai hartanah. Jalur LED ini, yang digabung jalin secara visual dengan ketakteraturan yang menarik, memainkan pelbagai kandungan seperti gambar bunga, lantas mewujudkan suasana yang menenangkan.

Gua LED

Telahpun menyampaikan berbilang penyelesaian gua LED dengan jayanya, Absen berupaya merealisasikan gua LED 720° untuk Guangzhou Baiyun Kaisa dengan mudah. Terletak betul-betul di bahagian belakang dinding video LED yang interaktif, gua ini merupakan ruang imersif yang membolehkan pelanggan memainkan kandungan kreatif dan futuristik serta iklan hartanah kepada pengunjung, memperkenalkan harta kediaman serta komersialnya. Produk yang digunakan di sini ialah siri PL lite.

Mengulas mengenai projek ini, Qin Yi berkata, "Kami memilih Absen kerana ia merupakan syarikat senaraian awam dan pengeluar LED yang diiktiraf, dengan reputasi terkenal dalam menyediakan produk berkualiti tinggi. Kerjasama dan sokongan yang diterima oleh kami daripada pasukan Absen tidak ternilai harganya. Pasukan ini bersifat profesional; mereka memberi perhatian tinggi terhadap perincian dan pantas memberi respons dalam projek ini. Khususnya dalam projek segera ini, mereka bekerja keras untuk menyampaikan penyelesaian yang sempurna."

Source: Absen.com
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Components Overseas Real Estate (non-US) Real Estate New products/services