omniture

Bridge Data Centres Perluas Jejak di Malaysia Dengan Pusat Data Ketiga

Bridge Data Centres
2021-02-02 09:30 61

SINGAPURA, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Bridge Data Centres (Bridge) yang berpangkalan di Singapura, penyedia pusat data hiperskala dan borong serta neutral-pembawa di APAC, mengumumkan bahawa ia akan membina pusat data ketiganya di Malaysia,  dengan kapasiti IT berjumlah  16 megawatt (MW).

 

Bridge Data Centres Perluas Jejak di Malaysia Dengan Pusat Data Ketiga
Bridge Data Centres Perluas Jejak di Malaysia Dengan Pusat Data Ketiga

Kemudahan canggih ini, yang digelar MY03, terletak di kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan dijadualkan siap untuk menyediakan perkhidmatan pada suku kedua tahun 2022.

En. Lim Dz Shing, Presiden Bridge, berkata, "Kami gembira kerana telah memulakan langkah  peluasan ini di Malaysia, yang menyaksikan pertambahan permintaan yang semakin pantas terhadap penyedia pusat data yang berkualiti dan boleh diskala lantaran transformasi digital dan penerimaan awan di seluruh negara. Pusat data baru  ini akan bergabung dengan dua lagi pusat data   sedia ada Bridge yang berhampirandan akan membentuk kluster pusat data hiperskala bagi menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian yang amat boleh diskala dan andal  melalui penjimatan kos yang berkesan."

Dua pusat data sedia ada milik Bridge di kawasan Cyberjaya menyokong jumlah kapasiti IT sebanyak 20MW dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam pelbagai sektor industri termasuk institusi kewangan, syarikat teknologi, kerajaan serta  penyedia perkhidmatan awan ("cloud") besar.

"Kami berasa amat bangga dengan komitmen Bridge Data Centres dan sokongan berterusan mereka di Malaysia kerana ia akan membantu mendorong kemajuan Malaysia untuk menjadi sebuah hab pusat data serantau dan mengukuhkan kedudukan negara ini sebagai Nadi Digital ASEAN. Memandangkan semakin banyak perniagaan di Malaysia telah mula memahami nilai data dan faedah yang dibawa olehnya kepada ekonomi tempatan, terutamanya dari segi penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja tempatan, MDEC akan terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang mahir secara digital dan perniagaan berkuasa digital dalam perjalanan transformasi data mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Pn. Surina Shukri.

Bridge ialah subsidiari Chindata Group, yang tersenarai  di Nasdaq pada September 2020.

Source: Bridge Data Centres
Related Stocks:
NASDAQ:CD
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion Data Analytics