omniture

CF PharmTech dan Chengdu Shangyi Lancar "Program Pemulihan Dari Rumah untuk Pesakit Covid-19 Sudah Discaj" dan Umum Keluaran Global Aplikasi Percuma "R Plus Health" Hari Ini

CF PharmTech, Inc.
2021-02-02 15:36 219

SUZHOU, China, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- CF PharmTech, Inc. ialah sebuah syarikat farmaseutikal bersepadu penuh di China yang mengkhusus dalam rawatan penyakit pernafasan. Chengdu Shangyi Information Technology Co., Ltd ialah sebuah syarikat perkhidmatan IT profesional dalam industri rawatan kesihatan di China.

CF PharmTech and Chengdu Shangyi Launch the "Home-Based Recovery Program for Discharged Covid-19 Patients" and Announce Today's Global Release of the "R Plus Health" Free App
CF PharmTech and Chengdu Shangyi Launch the "Home-Based Recovery Program for Discharged Covid-19 Patients" and Announce Today's Global Release of the "R Plus Health" Free App

Pada April 2020, CF PharmTech dan Chengdu Shangyi melancarkan "Program Pemulihan Dari Rumah untuk Pesakit Covid-19 Sudah Discaj". Di bawah bimbingan Profesor Li Jian'an, anggota daripada Akademi Sains Perubatan Amerika (American Academy of Medical Sciences) dan Pengarah Pusat Perubatan Rehabilitasi Hospital Bersekutu Pertama Universiti Perubatan Nanjing (Rehabilitation Medical Center of the First Affiliated Hospital of Nanjing Medical University), mereka berjaya menjalankan kajian terhadap pesakit Covid-19 yang sudah discaj menggunakan pemantauan jarak jauh rehabilitasi sukan oleh Aplikasi "R Plus Health".

Keputusan klinikal melangkaui jangkaan semua pihak. Profesor Li Jian'an menyimpulkan bahawa kesan pemantauan rehabilitasi sukan untuk pesakit menggunakan Aplikasi tersebut setanding dengan kesan daripada pesakit yang diberi rawatan di "Hospital Kabin Bergerak" di Wuhan. Syarikat-syarikat berkenaan bersama-sama melancarkan Aplikasi "R Plus Health" percuma tersebut di seluruh dunia hari ini.

Aplikasi ini merupakan rawatan rehabilitasi dari rumah yang terbukti secara klinikal dan berkesan di dunia untuk pesakit Covid-19. Ia merupakan "terapi digital berpaten" pertama yang diluluskan oleh NMPA (Pentadbiran Produk Perubatan Negara). Fungsi utama Aplikasi ialah penilaian kardiopulmonari/otot/pemakanan pintar jarak jauhnya, menggabungkan peralatan boleh pakai dengan tambahan ubat prabungkus.

Aplikasi ini akan membantu meningkatkan daya tahan kardiopulmonari dan imuniti pesakit Covid-19, penduduk yang mudah dijangkiti, kontak berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak dengan imuniti yang lemah. Sebaik sahaja pengguna mendaftar, Aplikasi ini melakukan penilaian pintar termasuk soal selidik dan ujian daya tahan kardiopulmonari serta fungsi tubuh. Selepas suatu penilaian dijalankan, pengguna boleh mengakses program senaman diperibadikan termasuk jenis sukan, intensiti, tempoh masa dan kekerapan. Pengguna hanya perlu mengikuti video latihan sukan dan melakukan senaman. Kesannya akan dapat ditingkatkan sekiranya Aplikasi ini disambungkan kepada peralatan pintar.

Sejak bermulanya wabak Covid-19, lebih daripada 100 juta orang telah didiagnosis di seluruh dunia dan jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat dengan cepat. Ia telah menjadi suatu pandemik global. Sertai Aplikasi "R Plus Health" bagi meningkatkan kecergasan fizikal, meningkatkan imuniti dan memerangi coronavirus.

Cara memuat turun:
1. Cari Aplikasi "R Plus Health" di Apple Store atau Google Play 
2. Klik pautan: https://download.rplushealth.cn/app/patient

 

Source: CF PharmTech, Inc.
Keywords: Entertainment Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment Pharmaceuticals Telecommunications New products/services