omniture

Visang Education - Finalis Program Kanak-kanak dan Sekolah Rendah di Bett Awards 2021

- Dinamakan dalam 2 kategori di Bett Awards UK, anugerah paling berprestij di dunia dalam industri 'teknologi pendidikan'
- Dianugerahkan K-Service Special Top oleh Korea International Trade Association.
Visang
2021-02-03 09:00 123

SEOUL, Korea Selatan, 3 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Visang Education (KOSPI 100220), sebuah syarikat pendidikan global yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yang Tae-Hoe mengumumkan bahawa ia telah dicalonkan sebagai finalis bagi Bett Awards di Bett Show 2021, acara teknologi pendidikan (Edtech) yang terbesar di dunia, yang diadakan secara dalam talian pada 20 - 22 Januari yang lalu.


Bett Show (dahulunya dikenali sebagai British Educational Training and Technology Show) ialah siri pameran pendidikan global yang dianjurkan setiap tahun di London sejak tahun 1985 di bawah naungan BESA (British Educational Suppliers Association). 

Visang mengemukakan produknya untuk bersaing dalam Bett Awards 2021, yang mana tahun ini merangkumi 22 kategori yang unik. Daripada kategori-kategori ini, "Juara Respons Covid-19 - Inisiatif Antarabangsa" ("Covid-19 Response Champions - International Initiatives") menyaksikan program prasekolah dalam talian Visang, Nuri Plus, dinamakan sebagai finalis manakala program pembelajaran Bahasa Inggeris arah diri untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, englisheye, disenarai pendek untuk anugerah "Sumber Pendidikan Digital Antarabangsa" ("International Digital Educational Resource").

Nuri Plus ialah perkhidmatan yang dibangunkan untuk menyokong institut-institut pendidikan awal kanak-kanak. Visang ialah satu-satunya syarikat Asia yang tersenarai sebagai finalis dalam Bett Awards 2021 bagi kategori berkenaan.

englisheye menampilkan pelajaran Bahasa Inggeris bebas yang memberi tumpuan sama rata antara mendengar, bertutur dan menulis melalui lebih 1,400 video yang dirakam dan diterbitkan secara langsung di luar negara. Sebelum ini Visang pernah diberi pensijilan eksport untuk englisheye oleh pihak berkuasa tempatan Korea Selatan.

Tanggal 8 Disember tahun lalu, K-Service Special Top dianugerahkan kepada Visang sempena Hari Perdagangan ke-57, sebuah acara yang diwujudkan dan dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga serta Korea International Trade Association. Ia merupakan satu pengiktirafan bagi eksport program-program pendidikan Visang ke negara-negara termasuk China, Vietnam, Kanada, Paraguay, Myanmar, Qatar, UAE dan Mesir.

"Saya amat berbesar hati kerana dapat menyumbang kepada Edtech baik di tanah air saya mahupun di luar negara," kata Junwoo Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif Visang Education Edtech. "Pada masa akan datang, kami berusaha untuk menerajui pasaran Edtech global melalui program-program pembelajaran yang cemerlang dari Korea Selatan."

Source: Visang
Related Stocks:
Korea:100220
Keywords: Education Awards