Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik antara China dan Kuwait
GUANGZHOU, China, 3 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Mac 2021, menandakan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Kuwait. Kuwait ialah negara pertama di Negara-negara Teluk Arab yang menjalin hubungan diplomatik bersama China. Sejak memulakan hubungan diplomatik pada tahun 1971, hubungan dua hala antara kedua-dua negara terus berkembang menjadi salah satu kerjasama yang saling mempercayai dan tulus.
Demi membina jalinan persahabatan dua hala yang lebih baik, menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan Kuwait, lebih banyak syarikat Cina memilih untuk "menuju ke persada global". Menjadi peneraju dan perintis dalam industri automobil China, GAC MOTOR menetapkan penanda aras untuk memimpin transformasi dan menaik taraf perusahaan automobil Cina dengan laluan pembangunannya yang unik.
GAC MOTOR menembusi pasaran Kuwait pada tahun 2013 dan menubuhkan bilik pameran GAC Kuwait. Melalui usaha yang berterusan, GAC MOTOR berkembang beransur-ansur menjadi salah satu jenama Cina yang paling popular dalam kalangan pengguna di Timur Tengah.
Hubungan antara GAC MOTOR dan rakan kongsi Kuwait Mutawa Alkazi Company "MAC" bermula pada Oktober 2012. Pada Jun 2013, MAC secara rasmi menjadi wakil penjual sah yang pertama bagi GAC Group di luar negara; sejak itu, hubungan kerjasama jangka panjang dan stabil telah terjalin.
Melalui usaha bersama selama lapan tahun bersama pengedar Kuwait, GAC MOTOR mendapat maklum balas pasaran yang baik dan menjadi salah satu jenama Cina yang paling popular dalam kalangan pengguna di Timur Tengah menerusi kualiti produk, saluran jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang.
GAC MOTOR terus meningkatkan kehadiran jenamanya di Kuwait menerusi reputasinya terhadap kualiti yang tinggi. Dengan konfigurasi keselamatan automotif yang dipertingkat, prestasi ruang yang unggul serta kekuatan teknologi pintar, GAC MOTOR menyediakan pilihan pengangkutan yang pelbagai untuk pengguna tempatan. Ketika ini, GAC MOTOR Kuwait mempunyai 9 model yang dijual. Kemunculan GAC MOTOR dalam pasaran Kuwait bukan sahaja membantu jenama-jenama automobil Cina berkembang ke luar negara, malah ia turut menggalakkan pembangunan industri automobil Kuwait, mencapai faedah bersama dan hasil yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara.
Dengan pengukuhan perkongsian strategik yang berterusan antara China dan Kuwait, kerjasama dua hala dilihat memasuki "tahap yang mengujakan". Ini merupakan tempoh peluang strategik yang tidak harus dilepaskan oleh perusahaan Cina. GAC MOTOR akan turut mempercepatkan langkahnya untuk meningkatkan daya saing jenamanya dalam pasaran global, seraya membantu kerjasama ekonomi Sino-Kuwait meraih pencapaian baharu.