omniture

/P E M B E T U L A N -- White Ops/

White Ops
2021-02-03 14:00 249

Dalam siaran berita, White Ops ialah Syarikat Pertama Terima Akreditasi MRC Untuk Pengesanan dan Pengurangan Trafik Tidak Sah Prabida dan Pascabida Melalui Komputer Meja, Web Mudah Alih, Dalam-Aplikasi Mudah Alih serta TV Terhubung, dikeluarkan pada 1-Feb-2020 oleh White Ops melalui PR Newswire, kami dinasihatkan oleh syarikat bahawa [Tajuk dan perenggan pertama], ayat [pertama], sepatutnya dibaca sebagai "[pertama]" dan bukannya "[pertama dan satu-satunya]" seperti yang asalnya dikeluarkan secara tidak sengaja. Siaran berita yang lengkap dan telah dibetulkan adalah seperti berikut:

White Ops ialah Syarikat Pertama Terima Akreditasi MRC Untuk Pengesanan dan Pengurangan Trafik Tidak Sah Prabida dan Pascabida Melalui Komputer Meja, Web Mudah Alih, Dalam-Aplikasi Mudah Alih serta TV Terhubung

White Ops Melanjutkan Kepimpinan dalam Melindungi Ekosistem Pengiklanan daripada Serangan Bot Sofistikated Dengan Akreditasi Tambahan Penyelesaian Integriti Pengiklanannya

SINGAPURA, 2 Februari 2021 /PRNewswire/ -- White Ops, peneraju global bagi perlindungan kolektif terhadap serangan dan penipuan bot sofistikated, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjadi syarikat pertama diberikan akreditasi Media Rating Council (MRC) untuk liputan hujung-ke-hujung terhadap trafik tidak sah sofistikated (SIVT) untuk komputer meja, web mudah alih, dalam-aplikasi mudah alih dan TV Terhubung (CTV). Ini termasuk akreditasi yang pertama seumpamanya untuk pengesanan dan pengurangan prabida SIVT bagi produk Integriti Pengiklanannya (penyelesaian tersebut dahulunya dikenali sebagai MediaGuard) merentas kesemua platform, termasuk CTV. White Ops turut diberikan akreditasi berterusan untuk pengesanan pascabida dalam penawaran Integriti Pengiklanannya (dahulunya dikenali sebagai FraudSensor). Penyelesaian pengesanan pascabida White Ops telah diakreditasi oleh MRC sejak tahun 2016.

Hari ini, White Ops menentusahkan lebih daripada sepuluh trilion interaksi digital setiap minggu, bekerjasama secara langsung dengan platform internet terbesar, DSP serta pertukaran. Menerusi Integriti Pengiklanan White Ops, platform boleh memanfaatan keupayaan pencegahan prabida dan pengesanan pascabida yang paling komprehensif bagi menentusahkan kesahihan usaha pengiklanan merentas kesemua saluran. Platform pengurangan bot White Ops menggunakan metodologi pengesanan berbilang lapisan untuk mengesan dan menghentikan bot serta penipuan sofistikated menggunakan bukti teknikal, adaptasi berterusan, pembelajaran mesin dan perisikan ancaman. Dalam kebanyakan kes, White Ops menyampaikan respons kepada rakan kongsi dalam masa 10 milisaat atau kurang sebelum suatu bidaan dibuat, lalu menjimatkan masa dan wang serta memastikan agar inventori pengiklanan mereka boleh dipercayai dan bebas penipuan.

"Trafik Tidak Sah Sofistikated dapat menggambarkan pengurangan ketara dalam industri pengiklanan global, baik dari segi ekonomi dan juga lantaran kehilangan keyakinan terhadap pengiklan yang disebabkan olehnya," kata George W. Ivie, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif MRC. "Pencapaian White Ops dalam menjadi syarikat pertama menerima akreditasi MRC untuk penyelesaian SIVT yang merangkumi proses prabida mahupun pascabida, mencakupi komputer meja, web mudah alih, dalam-aplikasi dan platform OTT, jelas menunjukkan kedudukan berterusannya di barisan hadapan dalam bidang industri yang sangat penting ini."

"Kemenangan dalam memerangi penipuan memerlukan usaha kolektif melalui perkongsian dalam seluruh ekosistem," kata Tamer Hassan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif White Ops. "Kami berbesar hati kerana organisasi-organisasi di seluruh dunia, termasuk platform internet yang terkemuka, mempercayai kami untuk melindungi mereka daripada penipuan. Diiktiraf oleh MRC menerusi akreditasi tambahan untuk seluruh produk Integriti Pengiklanan kami ini menunjukkan kepada industri bahawa kami merealisasikan misi kami untuk menggugat ekonomi jenayah siber."

"White Ops telah menjadi rakan pencegahan penipuan yang berharga buat FreeWheel memandangkan kami telah menavigasi melalui trend industri yang dipercepatkan oleh pandemik ini," kata Carl Kalapesi, Ketua Pegawai Operasi FreeWheel. "Keupayaan prabida mereka dalam bidang TV terhubung memberi jaminan kualiti inventori yang diperlukan oleh kami dan mengukuhkan kepercayaan yang dituntut oleh pelanggan kami."

Tahun lalu, White Ops membongkar operasi penipuan TV terhubung yang terbesar seumpamanya, yang dikenali sebagai ICEBUCKET. Di kemuncaknya, operasi berkenaan menjejaskan lebih daripada 300 penerbit merentas 30 negara dan dalam masa yang sama mencuri berjuta-juta dolar daripada perbelanjaan iklan. Untuk maklumat lanjut mengenai Integriti Pengiklanan White Ops, sila kunjungi www.whiteops.com/products/advertising-integrity.

Latar Belakang White Ops

White Ops ialah sebuah syarikat keselamatan siber yang melindungi perusahaan global dan platform internet secara kolektif daripada penipuan dan penyalahgunaan digital. Kami menentusahkan manusia sejagat daripada lebih 10 trilion interaksi setiap minggu bagi melindungi data sensitif pelanggan kami, reputasi, pematuhan, pendapatan bersih dan pengalaman pelanggan apabila mereka mengembangkan perniagaan digital mereka. Baru-baru ini, White Ops memperoleh pelaburan pertumbuhan yang strategik daripada Bahagian Perbankan Pedagang Goldman Sachs, dengan kerjasama ClearSky Security dan NightDragon. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.whiteops.com.

LATAR BELAKANG MEDIA RATING COUNCIL (MRC)

MRC ialah sebuah persatuan industri bukan untung yang ditubuhkan pada tahun 1963 yang terdiri daripada syarikat televisyen, radio, cetakan dan Internet terkemuka selain pengiklan, agensi pengiklanan dan persatuan perdagangan yang matlamatnya adalah untuk memastikan perkhidmatan pengukuran adalah sah, andal dan berkesan. Perkhidmatan pengurusan yang memerlukan Akreditasi MRC perlu mendedahkan semua aspek metodologi perkhidmatan kepada pelanggan mereka; mematuhi Piawaian Minimum MRC untuk Penyelidikan Penarafan Media dan piawaian-piawaian lain yang dikeluarkan oleh MRC dan menyerahkan kepada audit tereka bentuk MRC bagi mengesahkan dan menerangkan prosedur mereka. Di samping itu, keahlian MRC aktif mengikuti isu-isu penyelidikan yang dianggap sebagai keutamaan oleh mereka dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dalam pasaran. Ketika ini, lebih daripada 100 produk penyelidikan diaudit oleh MRC.

Hubungi:

Virginie Cosentino
whiteops@budcomms.com
+65-9161-5091

Source: White Ops
Keywords: Advertising Computer/Electronics High Tech Security Awards