omniture

Coway Perluas Kedudukan Penerajunya dalam Pasaran Sewa Tilam Malaysia

Coway Co., Ltd.
2021-02-04 08:31 78

SEOUL, Korea Selatan, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, berjaya menembusi dan mendominasi pasaran sewa tilam premium Malaysia berdasarkan pengetahuan yang diperoleh daripada kejayaan di Korea Selatan. Coway merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan perkhidmatan sewa tilam di Korea pada November 2011 dan telahpun menjadi peneraju pasaran. Kini, ia memperluas kedudukan penerajunya di Malaysia.

Coway Prime Series Mattress
Coway Prime Series Mattress

Sistem sewa dan penjagaan tilam Coway ialah model perniagaan baharu yang memperkenalkan konsep baharu iaitu sewa katil premium dan perkhidmatan penjagaan tilam profesional secara teratur. Memanfaatkan pengetahuan daripada lebih 30 tahun pengalaman perkhidmatan sewa dan selepas jualan, lebih 1,500 Juruteknik Penjagaan Rumah dan lebih 120,000 kakitangan Cody di Korea, perkhidmatan sewa Coway yang unggul dan dipercayai dihargai oleh pelanggan dan kini menawan hati penduduk Malaysia.

Di Malaysia, Coway merupakan yang pertama dan peneraju pasaran bagi sewa tilam premium dengan perkhidmatan penjagaan tilam secara teratur. Sejak kemunculan sulungnya pada awal tahun 2020, Tilam Coway PRIME Series mendapat sambutan yang hebat daripada pelanggan Malaysia, dengan memperoleh lebih daripada 50,000 pelanggan. Dengan skim langganan sewa inovatif Coway, pelanggan boleh menikmati tilam berkualiti premium dengan perkhidmatan penjagaan secara teratur dengan harga kurang daripada RM5 semalam.

"Kejayaan Coway dalam menembusi serta memimpin pasaran sewa tilam premium Malaysia mengulangi kejayaan cemerlang Coway Co. Ltd dengan memperoleh 632,000 akaun di Korea Selatan sejak tahun 2011," kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia. Daripada pasaran sewa tilam domestik Korea yang bernilai 300 bilion KRW (berjumlah lebih RM1.1 bilion), Coway memperoleh 60% bahagian pasaran yang selesa.

"Sebagaimana anda hanya akan menyediakan yang terbaik buat keluarga anda, Coway menawarkan pelanggan kami dengan tilam dan penjagaan tilam sebaik mungkin. Kami ingin mengubah kehidupan anda demi masa depan yang lebih cerah pada tahun 2021 dan seterusnya," tambah beliau.

Coway memahami kepentingan tidur yang berkualiti dalam meningkatkan kualiti hidup seseorang. Apabila terlalu banyak yang perlu dihadapi dalam kehidupan, katil kita sering menjadi satu tempat yang membuatkan anda berasa selamat dan dapat berehat.

Tilam Coway PRIME Series ialah tilam hibrid yang sempurna dengan faedah-faedah daripada pelbagai bahan: spring poket lima zon, getah 100% asli, busa memori, sabut kelapa, dan busa. Gabungan yang terbaik dari seluruh dunia bersama-sama memuncak bagi menyediakan penyelesaian tidur holistik yang sangat baik untuk semua. Sistem spring paku lima zon tilam ini adalah amat fleksibel untuk disesuakan dengan kontur dan berat badan orang yang tidur, mengurangkan pemindahan pergerakan agar seseorang dapat menikmati tidur malam yang lena walaupun sekiranya pasangan anda mengubah posisi sepanjang malam.

Fabrik antistatiknya membantu mengurangkan statik tubuh yang boleh membawa kepada masalah seperti ketegangan dan ketidakselesaan. Tilam ini menyerap statik tubuh dan membebaskannya ke udara. Ia membantu kanak-kanak, golongan dewasa mahupun warga tua untuk mengatasi insomnia dan menikmati tidur yang lena. Tilam Coway PRIME Series juga menawarkan sokongan tersuai: lembut untuk mereka yang tidur mengiring, tegap untuk mereka yang tidur telentang.

Bagi mengurus kesihatan tidur, The Sleep Foundation mencadangkan penukaran tilam seseorang setiap lapan tahun. Dengan Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway dan lapik tilam yang boleh ditukar, Coway yakin dapat mengekalkan kedudukan kukuhnya sebagai pilihan nombor satu Malaysia untuk tilam premium berpatutan dengan perkhidmatan penjagaan tilam yang prihatin.

Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah Coway yang komprehensif dijalankan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah profesional setiap empat bulan sekali, menggunakan peralatan berteknologi tinggi yang terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam pelanggan daripada semua jenama dengan teliti. Langkah-langkah ini termasuk pengukuran tahap debu, pembersihan kerangka, pengelapan kerangka, pembersihan sisi tepi, pencucian tilam, penghalau hama debu dan pensterilan UV.

Penjagaan tilam dapat menambah baik keadaan kebersihan dengan 94.8% kadar penyingkiran alergen hama habuk rumah, yang mencapai di bawah tahap penyelenggaraan 10㎍/m2, mengikut analisis keberkesanan penjagaan tilam yang dijalankan oleh KIRBY, sebuah syarikat sistem pembersihan rumah.

Coway turut menawarkan perkhidmatan penyahjangkitan semburan asap percuma sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Penjagaan Tilam Coway, membersihkan bilik dan tilam anda luar-dalam, memberi ketenangan serta kebersihan yang sangat baik untuk semua.

Jangan bimbang, pelanggan Malaysia boleh mengharapkan Coway sebagai jenama yang dipercayai. Ditubuhkan pada tahun 1989, Coway telah mendekati 1.7 juta rumah di seluruh Malaysia dan lebih 7 juta pelanggan di serata dunia.

Untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3qR6Cll  

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak penubuhan syarikat kami, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Kami telah membuktikan dedikasi kami terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, daya saing yang tiada tandingan dalam bahagian pasaran, melangkaui kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Kami terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan dengan menggiatkan perniagaan luar negara kami di Malaysia, A.S., Thailand serta China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail