omniture

Seegene memperkenalkan ujian varian COVID-19 pertama dunia yang mampu mengenalpasti asal-usul varian virus

Seegene Inc.
2021-02-04 09:50 231
  • SEEGENE MEMPERKENALKAN UJIAN PENGENALPASTIAN MUTAN COVID-19 PERTAMA
  • PENGELUAR UJIAN COVID-19 MENERUSKAN USAHA UNTUK MENJEJAK VARIAN BARU VIRUS COVID-19
  • FIRMA KOREA SELATAN KOMITED BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN DI SELURUH DUNIA

SEOUL, Korea Selatan, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Seegene (KQ096530) Firma Bioteknologi Korea Selatan, mengumumkan bahawa pada hari Isnin, mereka telah menghasilkan ujian varian diagnostik COVID-19 yang pertama di dunia, berupaya mengesan COVID-19 dan mengenal pasti variasi mutan dalam satu tindak balas (single reaction).

Ujian varian baharu ini dari Seegene, 'Allplex™ SARS-CoV-2 Variants I Assay' dapat mengesan dan membezakan variasi virus, termasuk yang didapati lebih mudah berjangkit dan membawa maut.

Ujian varian terbaru ini bukan sahaja dapat mengesan COVID-19, tetapi juga dapat mengenal pasti variasi genetik utama yang berkemungkinan berasal dari UK, Afrika Selatan serta negara lain termasuk Jepun dan Brazil.

Di samping itu, ujian varian ini dapat memeriksa terlebih dahulu (pre-screening) varian baharu yang mencurigakan, memberi pemahaman mengenai variasi tambahan, yang juga merupakan ciri penting bagi teknologi Seegene.

Produk baharu Seegene ini mengintegrasikan sekurang-kurangnya sepuluh teknologi proprietarinya termasuk kaedah "Multiplex Real-time PCR" mTOCE™ yang merupakan teknologi canggih yang hanya boleh dimanfaatkan oleh Seegene. Teknologi inovatif ini membolehkan ujian ini mengesan tempat sasaran tertentu yang terjadinya mutasi, membolehkan pengesanan dan pembezaan yang tepat dibuat terhadap coronavirus serta versi mutasinya dengan satu tiub reagen.

Satu lagi ciri penting menggunakan teknologi unik Seegene ialah kawalan dalaman endogenus yang dapat menyesahkan seluruh proses ujian termasuk pengumpulan sampel yang betul.

Dengan menggunakan sistem "Big Data Auto-surveillance in silico System Seegene", Seegene boleh memantau dan menganalisa data seluruh dunia berhubung COVID-19 dan variannya dengan lebih teliti, dan membantu bertindak balas dengan lebih cepat dalam pembangunan produk baru.

Pada masa kini, kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia terpaksa bergantung kepada "sequencing" sampel individu, yang tidak begitu sesuai untuk proses ujian besar-besaran (mass testing), bagi mengasingkan varian virus daripada kes-kes positif COVID-19. Para saintis daripada Seegene memaklumkan bahawa "ujian varian diagnostik COVID-19 baharunya akan dapat meningkatkan keupayaan pengujian besar-besaran dengan ketara dalam usahanya memerangi penularan global virus mutan memandangkan masa merupakan kunci untuk mengawal pandemik ini."

Ujian diagnostik pada ketika ini bergantung kepada ujian PCR atau ujian antigen/antibodi bagi mengesan jangkitan COVID-19 atau kewujudan antibodi. Namun begitu, kaedah diagnostik semasa mempunyai keterbatasan dalam memeriksa varian virus, lalu melambatkan proses pencegahan wabak yang berkesan. Hanya kaedah PCR yang dapat memeriksa dan mengenal pasti varian, namun pelaksanaannya dalam satu tiub reagen tidak dapat dilakukan sehinggalah adanya ujian varian baharu Seegene.

Menurut para saintis syarikat berkenaan, Seegene merancang untuk "membekalkan ujian varian COVID-19 kepada organisasi global dan kerajaan sebagai keutamaannya."

Saintis berkenaan menambah bahawa Seegene akan meneruskan usahanya dalam memenuhi kewajipan sebagai sebuah syarikat diagnostik molekul global yang terkemuka hasil kerjasama erat dengan pihak-pihak berkuasa kesihatan di serata dunia.

Source: Seegene Inc.
Related Stocks:
Korea:096530
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services