omniture

Arena Master 2, Permainan PvP Terbaik daripada Indonesia

PT Melon Indonesia (OOLEAN GAMES)
2021-02-04 17:17 219

JAKARTA, Indonesia, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Dilancarkan pada Jun 2020, Arena Master 2 ialah permainan PvP (Pemain lawan Pemain) yang menarik untuk dimainkan oleh pemain daripada segenap peringkat umur. Dibangunkan dengan baik oleh merkaat games dan diterbitkan oleh Penerbit Indonesia, OOLEAN GAMES. Arena Master 2 disokong sepenuhnya oleh Telkom International Infrastructure dan OOLEAN GAMES by PT. Melon Indonesia untuk dilancarkan di Rantau Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan dan Macau.

Arena Master 2, The Best PvP Game from Indonesia
Arena Master 2, The Best PvP Game from Indonesia

Dalam permainan esukan ini, pemain akan bersaing dengan pemain-pemain lain. Selain itu, kemahiran daripada pemain itu sendiri diperlukan untuk memenangi suatu permainan. Maka, tiada istilah "Bayar untuk Menang" kerana Arena Master 2 lebih tertumpu pada pertarungan PvP.

Arena Master 2 disyorkan untuk semua peringkat usia kerana ia sangat ringkas, mudah dimainkan dan ia mempunyai corak permainan yang hebat. Permainan ini mempunyai 3 mod permainan yang berbeza, iaitu mod Pasukan Perlawanan Mati (Team Deathmatch), Dwipertarungan (Duel) serta Pegawai dan Penjahat (Officers and Outlaws).

Dalam Mod Pasukan Perlawanan Mati, pemain dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 3 pemain. Pemenang akan ditentukan dengan mata bunuh yang diperoleh oleh pemain dalam pasukan berkenaan.

Seterusnya, terdapat Mod Dwipertarungan yang mana pemain akan bersemuka antara satu sama lain dalam pertarungan 1 lawan 1. Sementara itu, dalam Mod Pegawai dan Penjahat, pemain akan dibahagikan kepada dua pihak. Satu pihak ialah Pegawai manakala satu pihak lagi ialah Penjahat.

Bagi memenangi permainan tersebut, Pegawai perlu menangkap kesemua anggota Penjahat dalam tempoh masa yang terhad. Sementara Penjahat harus terus tidak dilihat oleh sesiapa, larikan diri daripada Pegawai dan cuba agar tidak ditangkap.

Arena Master 2 juga mempunyai pelbagai jenis wira yang boleh digunakan oleh pemain. Setiap wira dalam permainan ini pastinya didatangkan dengan kemahiran dan kebolehan unik mereka yang tersendiri. Pemain akan dapat mengawal karakter dalam permainan menggunakan kayu ria atau analog.

Pemain juga boleh mengumpul pelbagai trofi daripada setiap kemenangan di medan pertempuran. Meskipun sekiranya pemain mencapai bilangan trofi tertentu, pemain akan mendapat barangan percuma termasuk memperoleh wira baharu dalam permainan berkenaan.

Arena Master 2 menggunakan kristal untuk transaksi dalam permainannya dan pemain boleh mendapatkan kristal berkenaan melalui tambah nilai. Justeru itu, bagi pengguna Android yang ingin mencuba permainan ini, mereka boleh memuat turun permainan tersebut di Google Play Store.

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai permainan ini, sila ikuti Instagram Arena Master 2 untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini mengenai permainan PvP ini.

Source: PT Melon Indonesia (OOLEAN GAMES)
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment New products/services