omniture

Membangunkan Ekosistem Rakan Kongsi Maju, H3C Mulakan Channel Kickoff 2021 di Malaysia

H3C
2021-02-04 18:20 131

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- H3C, peneraju penyelesaian digital secara rasmi telah memulakan acara maya pertamanya bagi tahun ini di Malaysia -- H3C Channel Kickoff 2021, Moving your business forward. Perniagaan global H3C menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebanyak 166% berbanding tahun sebelumnya (YoY). Setakat ini, H3C telah memperakui 355 rakan kongsi dan 245 jurutera. Di Malaysia, H3C juga berjaya memperakui lebih daripada 60 rakan kongsi dan sekurang-kurangnya 100 jurutera. Dengan tema "Moving your business forward" ("Majukan perniagaan ke hadapan"), acara maya ini menggalakkan rakan kongsi global untuk mendepani cabaran baharu dan merebut peluang yang serupa, bagi mencipta lebih nilai perniagaan bersama H3C pada tahun baharu ini. Wakil-wakil daripada kalangan rakan kongsi tempatan dan pelanggan industri di Malaysia dijemput menghadiri acara maya ini.

Themed at “Moving your business forward”, H3C Channel Kickoff 2021 in Malaysia has been launched virtually on February 2, 2021.
Themed at “Moving your business forward”, H3C Channel Kickoff 2021 in Malaysia has been launched virtually on February 2, 2021.

Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C, berkata "Sebagai tempat bertapak bagi pembangunan ekonomi Asia Tenggara, Malaysia aktif melaksanakan wawasan transformasi digitalnya. H3C akan terus meningkatkan pelaburan dalam pembangunan pasaran tempatan di Malaysia, menyediakan rangkaian perkhidmatan penuh bermula daripada penyelesaian bersepadu hujung-ke-hujung sehinggalah reka bentuk paras tertinggi dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi ekologi untuk terus mengoptimumkan susun atur pasaran global bagi membantu pelanggan global merealisasikan transformasi digital."

Semasa berlangsungnya acara maya ini, H3C memberi pengesahan yang tinggi kepada rakan kongsi Malaysia menerusi Anugerah Rakan Kongsi 2020 (2020 Partners Awards). Anugerah ini diberikan oleh H3C bagi menghargai sumbangan rakan kongsinya pada tahun lalu. Dalam upacara beliau, lapan rakan kongsi Malaysia telah dianugerahkan Anugerah Elit Jualan Utama, Anugerah Pembangunan Pasaran Industri, Anugerah Elit Jualan Penyelesaian, Anugerah Jualan dan Penyampaian Perkhidmatan Utama dan akhir sekali, Anugerah Kolaborasi Terbaik.

Menurut pemenang anugerah tersebut, "Tahun 2020 sememangnya tahun yang sukar. Demi menangani cabaran yang dicetuskan oleh pandemik ini, kami menjalin kerjasama yang lebih erat bersama H3C, mencapai kejayaan besar dalam banyak bidang dan mencapai prestasi yang baik. Kami sentiasa l meneroka peluang baharu untuk memperluas pendigitalan ke dalam bidang yang lebih luas dan lebih mendalam, seiringan dengan H3C untuk mencapai pertumbuhan perniagaannya di Malaysia."

Semasa berlangsungnya acara maya tersebut, H3C mengetengahkan penyelesaian digitalnya untuk pelbagai sektor termasuk kerajaan, pendidikan, rawatan kesihatan, kewangan dan sebagainya. Penyelesaian digital berorientasi AI syarikat ini mempunyai platform tertumpu ABC yang merangkumi rangkaian 'seer' dengan produk pintar yang dapat menyediakan penyelesaian pintar yang komprehensif daripada awan H3C ke rangkaian seterusnya kepada pengguna akhir mereka. Syarikat ini turut memperkenalkan beberapa produk baharu termasuk Penghala Pengagregatan Berkuasa-AI Pertama WW.

Produk HCI (Infrastruktur Tertumpu Hiper) H3C UIS (Sistem Infrastruktur Seragam) 7.0 (generasi ketujuh) baru-baru ini memenangi dua anugerah utama dalam bidang teknologi kewangan (fintech) atas sumbangan luar biasa mereka dalam mempromosikan aplikasi informatisasi kewangan dan penambahbaikan dalam perkhidmatan kewangan. Dengan kerjasama Spirent, penyedia yang terkemuka di dunia bagi ujian dan penyelesaian automatik untuk rangkaian, H3C berjaya menyelesaikan ujian 400G berskala besar yang pertama seumpamanya dalam industri ini dengan Port 400G yang terkini.

Dipersembahkan semasa acara maya ini ialah sorotan penting mengenai SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.), pengendali air terbesar di Malaysia, salah satu pelanggan H3C yang menggunakan penyelesaian AD-Campus (SDN). SYABAS bertanggungjawab terhadap pengagihan perkhidmatan air kepada lebih 10 juta orang. H3C menawarkan SYABAS untuk saling beroperasi dengan rangkaian tanpa wayar pihak ketiga, menyegerakkan akaun pengguna dengan pelayan LDAP, menyediakan dasar yang konsisten dalam seluruh rangkaian serta sistem penyesuaian kumpulan kamera dan pencetak. H3C komited untuk menyokong pelanggan mempercepatkan transformasi digital dan meningkatkan ketangkasan perniagaan di tengah-tengah keadaan pasaran yang pantas berubah ini.

H3C ingin berkolaborasi dengan lebih ramai rakan kongsi dengan meletakkan keutamaan mereka bagi memenuhi keperluan pelanggan dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi perniagaan rakan kongsi secara keseluruhannya. Rockies Ma, Pengurus Negara H3C Malaysia berkata, "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi kami. Melalui acara hari ini, kami berharap dapat memberi inspirasi dan menghimpunkan rakan kongsi ekologi bernilai tinggi dan bersama-sama, kita menyumbang kepada transformasi digital Malaysia."

Sebagai peneraju Penyelesaian Digital yang terkemuka, H3C komited untuk menjadi rakan kongsi pelanggan mereka yang boleh dipercayai untuk inovasi perniagaan dan transformasi digital mereka. Bekerjasama dengan rakan kongsinya dalam membina ekosistem yang maju dan berkembang bersama-sama, H3C akan mara ke hadapan dengan cemerlang pada tahun baharu demi mencipta kejayaan yang lebih luar biasa.

Mengenai H3C

H3C adalah peneraju industri dalam penyediaan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi yang diyakini untuk pelanggan kami dalam usaha mereka menginovasikan perniagaan dan transformasi digital. H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital, merangkumi komputasi, penyimpanan, rangkaian, keselamatan dan domain yang berkaitan, dan menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif yang merangkumi pengkomputeran awan, data besar, kesalinghubungan, keselamatan maklumat, keselamatan baharu, Internet benda (IoT), pengkomputeran edge, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, serta perkhidmatan teknikal dari mula hingga akhir (end-to-end).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai H3C, sila lawati http://www.h3c.com/en/

Ikuti berita terkini mengenai H3C di Facebook, Twitter dan LinkedIn

Source: H3C
Keywords: Internet Technology