omniture

CGTN: China sambut Tahun Baharu Lunar dengan kemenangan besar dalam pembasmian kemiskinan

CGTN
2021-02-04 20:56 218

BEIJING, 4 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hari Rabu menandakan "Lichun", istilah solar pertama bagi tahun ini, yang dianggap bermulanya musim bunga. Umpama pepatah Cina yang berbunyi, "usaha sepanjang tahun bergantung pada permulaan yang baik pada musim bunga."

Presiden Cina Xi Jinping, yang juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), mengunjungi Daerah Qianxi di Wilayah Guizhou, barat daya China pada hari Rabu menjelang Tahun Baharu Cina.

Tanggal 12 Februari menandakan bermulanya Tahun Baharu Lunar Cina. Pelbagai aktiviti rakyat diadakan di seluruh negara bagi menyambut Tahun Baharu.

Di dataran awam, Kampung Huawu dalam Perbandaran etnik Miao, Xi berbual bersama penduduk kampung yang menyertai aktiviti perayaan dan menyampaikan ucapan Tahun Baharu beliau kepada rakyat jelata daripada semua kumpulan etnik di seluruh negara.

Model pembasmian kemiskinan 

Guizhou, yang mana dahulunya merupakan kawasan peringkat wilayah yang mempunyai populasi individu miskin yang terbesar, telah membebaskan lebih daripada 9 juta orang daripada kemiskinan sejak tahun 2012 dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencapai 1.78 trilion yuan (276 bilion dolar A.S.) pada tahun 2020.

Pada petang Rabu, Xi melawat Daerah Qianxi, Bandar Bijie yang mana beliau memeriksa persekitaran ekologi anak sungai utama Sungai Wujiang serta mengunjungi penduduk tempatan di Kampung Huawu.

Kampung ini merupakan contoh yang baik bagi usaha pembasmian kemiskinan besar-besaran negara. Kampung ini telah bebas daripada kemiskinan pada tahun 2019.

Bijie, terletak jauh di pergunungan kars Guizhou, dahulunya pernah menjadi salah sebuah bandar yang paling miskin di China.

Disokong oleh kerajaan pusat dan badan-badan kerajaan yang lain, bandar ini mengusahakan tanahnya terlebih dahulu, mengubah gunung yang tandus menjadi kawasan hijau yang subur.

Seterusnya, di bawah bimbingan pakar, penduduk kampung mula membangunkan bidang pertanian, industri pembiakbakaan dan pelancongan luar bandar.

Bijie telah menukarkan konfrontasi dengan alam semula jadi menjadi hasil yang saling menguntungkan dan berupaya untuk keluar daripada garis kemiskinan.

Presiden Xi menggelar kisah kejayaan Bijie sebagai "model pemacu pembasmian kemiskinan China."

Suatu kemenangan besar 

Di tengah-tengah pandemik COVID-19, China telah menyelesaikan tugasnya dengan memenangi perjuangan membasmi kemiskinan dan memenuhi matlamat pembasmian kemiskinan PBB 10 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Melalui usaha berterusan selama lapan tahun, China telah membebaskan semua penduduk miskin luar bandar di bawah standard semasa daripada kemiskinan dengan hampir 100 juta orang miskin dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

China telah mengeluarkan semua daerah miskin daripada senarai kemiskinan dan membasmi kemiskinan mutlak serta kemiskinan wilayah.

Pembasmian kemiskinan sentiasa menjadi kebimbangan utama Presiden Xi, yang menegaskan bahawa, "tiada satu kawasan atau individu miskin yang akan dipinggirkan."

Artikel asal: di sini.

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Television Economic news, trends, analysis