omniture

Tinjauan global yang dibentangkan pada Sidang Kemuncak Kanser Hati Digital 2021 mendedahkan jumlah besar gelombang pertama pada penjagaan kanser hati COVID-19

European Association for the Study of the Liver (EASL)
2021-02-05 07:00 58

Sidang Kemuncak Kanser Hati Digital 2021: Sebuah tinjauan global yang menilai kesan COVID-19 pada kanser hati telah mendedahkan kelewatan dalam pemeriksaan, diagnosis dan rawatan penyakit tersebut serta amaran keras daripada pakar tentang kadar survival kanser hati.

GENEVA, 5 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Kelewatan program saringan, pengimejan diagnostik dan biopsi, pengurangan jumlah pakar perubatan yang ada untuk merawat pesakit kanser hati, pembatalan pembedahan dan penurunan jumlah pesakit yang menjalani ujian klinikal, merupakan antara beberapa masalah yang dilaporkan dalam tinjauan tersebut.

Tinjauan Hasil Kanser Hati global dalam Covid-19 (CERO-19) yang diketuai oleh kumpulan Kanser Hati Klinik Barcelona dari Klinik Hospital Barcelona, CIBEREH dan Ospedale Maggiore Policlinico Milan termasuk 76 buah pusat rawatan kanser berkapasiti tinggi yang mengambil bahagian semasa gelombang pertama pandemik COVID-19, mendapati bahawa 87% daripadanya mengubah amalan klinikal untuk pesakit kanser hati. Pusat-pusat ini terletak di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Asia.

Di seluruh dunia, sekitar 800,000 orang didiagnosis dengan kanser hati setiap tahun yang menyebabkan kematian seramai 700,000 orang.

Penemuan tersebut yang dibentangkan hari ini di Sidang Kemuncak Kanser Hati Digital 2021 Persatuan Eropah untuk Kajian Hati (EASL), mendedahkan senarai lengkap gangguan pada diagnosis dan penjagaan. Sebanyak 40.8% pusat mengatakan mereka telah mengubah prosedur diagnostik, 80.9% telah mengubah program penyaringan dan 39.5% telah mengubah suai kajian pengimejan.

Dr. Sergio Muñoz-Martínez, penulis utama kajian, menjelaskan, "Hasil kajian kami menggambarkan kesan COVID-19 terhadap saringan, diagnosis dan rawatan pesakit kanser hati di seluruh dunia semasa gelombang pertama pandemik. Pengubahsuaian dalam pengurusan kanser hati disebabkan krisis ini menimbulkan kemungkinan bahawa lebih ramai pesakit akan didiagnosis dengan kanser tahap akhir."

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa hasil yang lebih buruk dikaitkan dengan tindakan menunggu atau menangguhkan rawatan selama dua bulan.

Jururawat onkologi hati dilihat telah memainkan peranan yang lebih penting dalam menyediakan rundingan melalui telefon dengan pesakit dan dalam perkhidmatan transformasi digital. "Krisis COVID-19 telah menggalakkan pelaburan dalam jururawat onkologi hati untuk menggambarkan peranan mereka yang semakin meningkat, termasuk dalam pendidikan dan kaunseling pesakit serta keluarga mereka," ulas Dr. Muñoz-Martínez.

"Analisis masa depan akan memberikan maklumat yang tidak ternilai tentang keberkesanan strategi klinikal yang telah dilaksanakan semasa krisis kesihatan yang dahsyat ini melanda."

 

Source: European Association for the Study of the Liver (EASL)
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research Trade show news