omniture

Xinxiang Bailu, MMCF Cina, komited kurangkan emisi karbon

Xinxiang Bailu
2021-02-06 06:51 130

XINXIANG, China, 6 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Xinxiang Bailu, peneraju MMCF (Gentian Selulosa Buatan Manusia) global, menyasarkan untuk mencapai puncak emisi karbon syarikat menjelang tahun 2028, dua tahun lebih awal daripada sasaran negara pada tahun 2030, seperti yang diumumkan oleh syarikat ini pada 4 Februari 2021.

 

Terletak di bahagian tengah China, ia turut merancang untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2035 dan mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2055.

"Sebagai pengeluar MMCF terkemuka yang bertindak balas terhadap matlamat neutral karbon China, kami berdiri bersama rakan-rakan industri global bagi menangani perubahan iklim bersama-sama," kata En. Deshun SONG, Pengurus Besar Xinxiang Bailu.

Sasaran ini diumumkan di tengah-tengah desakan China terhadap pertumbuhan mesra alam. Kerajaan Pusat menekankan bahawa usaha merealisasikan keneutralan karbon menjelang tahun 2060 dan mencapai puncak emisi karbon menjelang tahun 2030 merupakan dua matlamat penting China yang diumumkan semasa sesi ke-75 Perhimpunan Agung PBB baru-baru ini.

Bagi mencapai matlamat ini, Xinxiang Bailu akan melaksanakan pelan tindakan iklim bagi mengurangkan emisi karbon semasa proses pengeluaran yang akan sejajar dengan Perjanjian Paris dan Pengawasan Iklim 2030 CNTAC (Majlis Tekstil dan Pakaian Negara China). Pelan ini akan membabitkan pelaksanaan pendedahan mengenai maklumat karbon secara teratur sebagai syarikat senaraian, dan membangunkan produk MMCF sifar-karbon menjelang tahun 2022 bagi mengurangkan jejak karbon untuk pelanggan dalam rantaian bekalan menerusi sokongan CNTAC LCA Working Group.

Mengulas mengenai pengumuman ini, Laila PETRIE, Ketua Pegawai Eksekutif organisasi alam sekitar 2050, berkata beliau berasa gembira dapat melihat semakin banyak syarikat tekstil Cina menyertai usaha tindakan perubahan iklim dan mengucapkan tahniah kepada Xinxiang Bailu untuk perjalanan ini. Beliau berkata bahawa syarikat-syarikat pengeluar yang mencapai penyahkarbonan sebenar akan menjadi pemacu yang berkesan terhadap peralihan iklim dalam rantaian nilai tekstil global.

ZHANG Zixin, Setiausaha Agung CV (Collaboration for Sustainable Development of Viscose) berkata, "Kami berbesar hati kerana anggota CV dapat menjadi pemimpin dan bukannya pengikut. Komitmen Xinxiang Bailu telah menunjukkan peranan yang dapat menjadi contoh untuk anggota-anggota CV, malah seluruh industri selulosa.

"Apa yang kami pelajari daripada pandemik Covid-19 ialah, dalam menghadapi krisis yang serupa, tiada sesiapapun dapat berdiri sendiri, industri kita boleh bertindak secara kolektif demi iklim lebih daripada apabila kita berdiri sendiri," juga menurut En. SONG daripada Xinxiang Bailu. Syarikat ini akan berkolaborasi dengan pasukan CNTAC SDG, CV dan rakan-rakan utama yang lain, bagi mewujudkan pasukan petugas tindakan iklim yang dapat memastikan keneutralan karbon masa depan Xinxiang Bailu.

 

 

Source: Xinxiang Bailu
Related Stocks:
Shenzhen:000949
Keywords: Environmental Products & Services Mining/Metals