omniture

Hong Leong Bank Menjadi Bank Pertama di Malaysia dengan Gedung Rasmi di Platform E-Dagang

Hong Leong Bank
2021-02-08 09:14 179

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") mengumumkan satu pencapaian baharu dengan menjadi bank pertama di Malaysia yang mempunyai penawaran platform e-dagang, menerusi pelancaran gedung rasminya di Shopee Mall. Ini membolehkan pelanggan mendapatkan produk dan perkhidmatan perbankan di mana-mana, bila-bila masa tanpa perlu berkunjung ke cawangan fizikal.

HLB melancarkan gedung rasmi di Shopee Mall
HLB melancarkan gedung rasmi di Shopee Mall

Gedung rasmi HLB merupakan sebahagian daripada perjalanan Bank ini untuk menyediakan sepenuhnya penyelesaian perbankan digital bagi memenuhi penggunaan digital yang semakin meningkat. Pada Oktober lalu, HLB melancarkan proses baharu pembukaan akaun bank sepenuhnya secara digital pertama negara ini melalui aplikasi mudah alih 'Apply@HLB', yang menggunakan teknologi e-Kenali-Pelanggan-Anda ("eKYC").

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Strategi digital-at-the-core Bank telah membantu memperbaharui pengalaman perbankan, membawa kami untuk memberi tumpuan terhadap trajektori pertumbuhan digital bagi menjadikan perbankan lebih mudah diakses dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Kejayaan eKYC telah menubuhkan asas untuk kami meninjau peluang baharu dalam menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan melalui saluran digital sahaja."

E-dagang mengalami peningkatan yang ketara terutamanya sepanjang tahun lalu. Shopee melaporkan 38 juta purata trafik kunjungan bulanan dan merupakan platform e-dagang yang paling dikunjungi di Malaysia. Ini menjadikan e-dagang sebagai aspek pertumbuhan penting untuk HLB dalam meluaskan proposisi perbankan digitalnya.

Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB berkata, "Menawarkan produk perbankan melalui e-dagang merupakan satu perkembangan yang dijangkakan bagi kami memandangkan pelanggan telah mengubah tingkah laku perbelanjaan mereka ke dalam talian. Kami teruja kerana dapat mewujudkan gedung rasmi di platform ini yang membolehkan pelanggan membuka akaun HLB tanpa berkunjung ke saluran kami yang lain. Sebagai permulaan, kami akan menawarkan akaun bank. Jenis produk perbankan lain bakal ditawakan dalam masa terdekat."

Galvin Yeo, Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi untuk Deposit & Digital HLB menambah, "Rakyat Malaysia telah membangunkan kemahiran semula jadi dalam menavigasi platform e-dagang menerusi peralihan kepada gaya hidup digital. Sebenarnya, industri perbankan agak ketinggalan dalam ekosistem digital memandangkan kita boleh mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian. Dengan 9 daripada 10 pengguna digital baharu berhasrat untuk terus menggunakan perkhidmatan digital pascapandemik, kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan perbankan digital di platform e-dagang. Ini akan turut mencabar Bank untuk tekal menginovasi penawaran kami agar lebih menarik dan relevan kepada golongan pengguna yang mengamalkan gaya hidup digital."

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi Gedung Rasmi Hong Leong Bank di Shopee Mall di https://shopee.com.my/hongleongbank.os

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services