omniture

Penarafan ESG HSI Dinaik Taraf Shanghai Electric Tonjolkan Usaha Tanggungjawab Sosial Korporat pada 2020

Shanghai Electric
2021-02-08 14:41 144

SHANGHAI, 8 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Shanghai Electric" atau "Syarikat"), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri serta perkhidmatan integrasi, telah dinaik taraf kepada A pada skala penarafan kemampanan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG) Hang Seng, yang memperlihatkan usaha Syarikat yang lebih baik dalam memajukan bantuan pandemik Covid-19, pembasmian kemiskinan serta amalan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan (EHS).

Shanghai Electric menunjukkan prestasi yang baik dalam membangunkan strategi ESG, yang merujuk kepada faktor-faktor alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat yang mengukur kemampanan syarikat serta impak masyarakat ke atas pelaburan. Laporan penarafan ESG yang disusun oleh Hang Seng Indexes menunjukkan bahawa Syarikat tersenarai di kedudukan sepuluh peratus teratas daripada 332 rakan industri dan 1435 syarikat dari segi prestasi ESG dalam bidang-bidang utama seperti tadbir urus korporat, alam sekitar, amalan operasi yang adil, isu pengguna serta penglibatan dan pembangunan komuniti.

Penarafan ini dibuat apabila Indeks-indeks Hang Seng menyenaraikan Shanghai Electric dalam beberapa indeks berkaitan kemampanannya baru-baru ini iaitu Hang Seng (China A) Corporate Sustainability Index, Hang Seng (Tanah Besar dan HK) Corporate Sustainability Index dan Hang Seng (China A) Corporate Sustainability Benchmark Index. Penaiktarafan penarafan ini menekankan pengiktirafan selanjutnya terhadap pencapaian Shanghai Electric dalam menggalakkan kemampanan dan tanggungjawab korporat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selepas menerima naik taraf bagi Penarafan ESG MSCI pada tahun 2020.

Indeks-indeks Hang Seng menerima pakai model penilaian yang ketat untuk menilai syarikat-syarikat konstituen. Ia melantik Hong Kong Quality Assurance Agency, sebuah badan penilaian bebas dan profesional untuk menilai prestasi ESG kira-kira 500 syarikat senaraian Hong Kong dan lebih 1,200 syarikat saham-A.

Tatkala pandemik ini terus menyerang dunia, Shanghai Electric mengambil beberapa langkah untuk membantu mereka yang menderita akibat Covid-19. Syarikat ini menubuhkan sebuah pasukan untuk membangunkan mesin bagi mengeluarkan pelitup muka pembedahan dan ia menyasarkan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi bagi meningkatkan pengeluaran pelitup muka pembedahan sebanyak 100,000 hingga 120,000 sehari dengan memasang sepuluh talian pengeluaran menjelang 20 Februari 2020.

Di kawasan setempat, pada 29 Januari 2020, Shanghai Electric menyumbang tujuh unit peralatan CT yang bernilai lebih CNY24.75 juta ($US3.8 juta) kepada Red Cross di Wuhan. Kakitangan Shanghai Electric menyumbang sebanyak lebih CNY8.8 juta setakat Mac lalu bagi membantu kerja-kerja bantuan pandemik di China.

Sebagai sebahagian daripada amalan tanggungjawab korporat Syarikat, Shanghai Electric mengambil bahagian secara aktif dalam kerja-kerja pembasmian kemiskinan di kawasan pedalaman di China. Sejak tahun 2018, ia menyumbang sebanyak CNY2.25 juta kepada kampung-kampung di wilayah Yunnan, barat daya China. Sumbangan ini digunakan bagi tujuan pembinaan jalan raya dan lampu jalan baharu serta membantu meningkatkan kualiti hidup lebih 4,400 penduduk tempatan. Syarikat ini turut menyumbang sejumlah CNY12.48 juta pada tahun 2019 kepada Fengxian, sebuah daerah pinggir bandar yang miskin di selatan Shanghai.

Syarikat turut membantu projek dan rakan kongsi luar negara semasa kemuncak pertama pandemik Covid-19. Pada bulan Mac dan April 2020, Shanghai Electric menyumbang pelitup muka pembedahan kepada Fuji Electric Japan, Sarawak Energy di Malaysia, Loji Janakuasa Terma Wassit di Iraq dan Projek Kuasa Lombong Arang Batu Bersepadu Thar Block-1 di Pakistan.

Shanghai Electric telah menggiatkan usaha EHS (Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan), mewujudkan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan serta menubuhkan jawatankuasa di pejabat-pejabat serantaunya bagi memajukan amalan EHS. Sebagai contoh, bagi melindungi keselamatan pekerja, ia bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan di Dubai sejak bermulanya wabak COVID-19 bagi menubuhkan pasukan kawalan virus di lapangan. Baik kakitangan tempatan mahupun kakitangan Cina menerima garis panduan dan buku panduan nasihat berserta sesi latihan keselamatan di lapangan yang disusun dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Arab.

Syarikat ini juga telah berusaha untuk memastikan kesan minimum ke atas habitat semula jadi. Ia bekerjasama dengan ahli ekologi dan pakar alam sekitar bagi memindahkan haiwan liar dan 180 batang pokok mesquite dalam kawasan tanah berkeluasan 40 kilometer persegi berhampiran tapak pembinaan projek janakuasa solar Dubai.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues