omniture

'Pesta Pelancongan Budaya' Festival Musim Bunga Harbin Bermula Dalam Talian

Information Office of the Municipal Government of Harbin
2021-02-09 02:09 270

HARBIN, China, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Bagi masyarakat Cina, Festival Musim Bunga atau Tahun Baharu Cina merupakan detik perjumpaan keluarga. Tidak kira betapa jauh mereka berada dari kampung halaman mereka, orang Cina akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut festival tersebut bersama keluarga dan rakan taulan mereka. Namun demikian, Festival Musim Bunga 2021 sedikit luar biasa--ramai yang memilih untuk "tetap berada di kawasan setempat" dan menyambut festival berkenaan di tempat mereka bekerja bagi mencegah penularan COVID-19. Dalam konteks ini, internet menjadi pilihan untuk orang ramai saling bertukar-tukar ucapan Tahun Baharu.

2021 Smile to the Future , Happy New year, Happiness forever , Wishes from China Harbin
2021 Smile to the Future , Happy New year, Happiness forever , Wishes from China Harbin

Penduduk Harbin, ibu kota Wilayah Heilongjiang, timur laut China, mula menyampaikan ucapan melalui platform dalam talian dengan cara tempatan yang unik kepada saudara mara dan rakan taulan mereka yang memilih untuk menyambut Festival Musim Bunga di tempat lain.

Pada 4 Februari, "Tahun Baharu Kecil" pada kalendar lunar Cina, Harbin melancarkan acara dalam talian yang bertema "Ayuh Kita Tertawa Bersama-sama" ("Let's Laugh Together"). Pihak penganjur mengeluarkan beberapa poster Festival Musim Bunga dan 'emoji' kreatif yang menampilkan mercu tanda dan pemandangan musim sejuk Harbin, sebagai cara untuk menyampaikan ucapan tulus ikhlas dan ucap selamat daripada "bandar ais dan salji".

Bagi memenuhi permintaan orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan budaya sempena Festival Musim Bunga ini, Harbin menganjurkan lebih daripada 200 aktiviti kebudayaan dalam talian dalam empat kategori: persembahan awan, pameran awan, pelancongan awan dan siaran langsung. Biarpun terpisah beribu-ribu batu jauhnya, orang ramai masih dapat menikmati drama asli berkualiti tinggi, balet, gala malam dan konsert orkestra secara dalam talian, tanpa perlu meninggalkan kediaman mereka. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti sambutan tradisional seperti tarian rakyat, syarahan budaya rakyat dan teka teki tanglung turut dipindahkan ke dalam talian.

Sumber ais dan salji yang sangat banyak merupakan aset istimewa Harbin. Dalam beberapa tahun sebelum ini, rakyat dan pelancong menyambut Festival Musim Bunga dengan mengunjungi Harbin Ice and Snow World atau meluncur di Sungai Songhua yang beku. Tahun ini, bagi menebus penyesalan memandangkan orang ramai tidak dapat menikmati ais dan salji di lapangan, Harbin merancang untuk mempersembahkan aktiviti pelancongan secara dalam talian melalui platform media baharu yang akan membolehkan pengguna internet mendapat sekilas gambaran keindahan Harbin dan menonton pertunjukan bertaraf dunia yang dipentaskan di Harbin Polar Land serta pameran lukisan cat minyak oleh seniman Rusia yang terkenal, antara lain, secara percuma. Selain itu, lima muzium termasuk Muzium Wilayah Heilongjiang akan menyediakan pameran panorama VR manakala 11 muzium akan mempersembahkan pameran secara dalam talian melalui platform WeChat semasa Festival Musim Bunga tahun ini.

Harbin telahpun membangunkan adat Festival Musim Bunga baharu yang mengintegrasikan antara budaya dan pelancongan pada tahun 2019, bagi membolehkan penduduk tempatan dan pelancong mengalami keindahan bandar ini sambil menikmati suasana festival yang meriah.

Tatkala malam berlabuh, pelbagai tanglung berwarna merah dan lampu berwarna warni menerangi Central Boulevard gaya Rusia, lantas mewujudkan suasana perayaan. Jagung kuning keemasan, cili merah dan kertas berwarna merah yang mempunyai karakter Cina "Fu" ("kegembiraan") menambah citarasa rakyat kepada Ekspo Seni Arca Salji Antarabangsa Sun Island Harbin. Yingjie Snow Dreamland yang padat dengan citarasa pedalaman dan Sunac Snow Park dengan gaya Eropah menggamit pengunjung dengan keindahannya yang memikat.

Source: Information Office of the Municipal Government of Harbin
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Public Interest