omniture

Veteran Pemimpin Industri IT, Shigeru Harasawa menyertai syarikat Pemecutan Jualan, Vymo sebagai Presiden di Jepun

Vymo
2021-02-09 17:46 44

Vymo telah berkembang pesat di Jepun dan memacu pecutan jualan beberapa syarikat perkhidmatan kewangan terbesar di rantau ini 

TOKYO, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Vymo, Platform Pemecutan Jualan yang menjadi pilihan lebih 125,000 orang pengguna di lebih 60 institusi kewangan terkemuka di seluruh dunia, hari ini mengumumkan pelantikan veteran pemimpin industri IT, Shigeru Harasawa sebagai Presiden di Jepun. Encik Harasawa menyertai Vymo setelah beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat perusahaan AI yang terkemuka iaitu DataRobot sebagai Pengurus Negara dan telah membantu membangunkan perniagaan di Jepun dari mula.

Vymo_Shigeru_Harasawa
Vymo_Shigeru_Harasawa

Dalam kerjayanya selama lebih 25 tahun, Encik Harasawa telah memegang jawatan kepemimpinan di syarikat permulaan seperti Netezza, DataStax dan DataRobot serta syarikat IT yang besar seperti IBM, Microsoft dan Oracle. Sebagai Presiden di Jepun, Encik Harasawa akan memimpin perniagaan Vymo di rantau ini, melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Yamini Bhat dan melabur dalam membina pakatan strategik bagi memastikan kejayaan pelanggan Vymo.

Mengulas tentang berita tersebut, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Vymo, Cik Yamini Bhat berkata: "Jepun ialah kawasan strategik utama buat Vymo. Sepanjang tahun lepas, kami telah mengesahkan penyelesaian kami dalam beberapa institusi kewangan terbesar di negara ini. Kami yakin bahawa kepemimpinan dan pengalaman Harasawa-san akan membantu kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan meluaskan kehadiran kami di rantau ini."

Presiden Vymo di Jepun, Encik Shigeru Harasawa berkata:  "Saya teruja untuk menyertai Vymo. Saya percaya produk ini berada pada kedudukan yang baik bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat Jepun. Walaupun perisian CRM dan jualan cenderung untuk memberi tumpuan semata-mata kepada pengurus jualan tetapi produk Vymo juga sangat relevan kepada wakil jualan. Ini memacu penerimaan yang tinggi dan memberi kesan terhadap hasil jualan. Saya yakin Vymo akan menjadi standard de-facto kepada pasukan jualan di Jepun dalam masa terdekat ini."

Produk Vymo membantu jurujual:

  • melapor aktiviti jualan mereka secara automatik;
  • merancang penglibatan pelanggan dengan bijak; dan
  • mengamalkan sikap pemenang untuk meningkatkan hasil

Vymo tersedia dalam versi Profesional, Penyelesaian dan Boleh Disesuaikan. Ia boleh digunakan dalam kes-kes penggunaan secara komprehensif dan tersedia untuk perkhidmatan kewangan seperti berikut: Bankasurans, Jualan Langsung Insurans, Jualan Agensi Insurans, Pengurusan Kekayaan serta Pinjaman dan Kutipan.

Vymo juga disepadukan dengan penyelesaian CRM terkemuka seperti Salesforce dan Microsoft Dynamics serta mempunyai kadar penggunaan melebihi 85%. Vymo telah ditampilkan dalam Laporan Ekonomi JETRO (Japan External Trade Organization) sebagai "unikorn masa depan" dan mengiktiraf keupayaannya untuk membantu jurujual Jepun menangani "normal baharu" secara jarak jauh.

Tentang Vymo 

Vymo (www.getvymo.com) ialah Platform Pemecutan Jualan yang dipercayai oleh lebih 125,000 orang jurujual merentasi lebih 60 buah perusahaan global seperti AIA, Allianz, AXA, Sunlife, FE Credit, Generali dan HDFC Bank. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Cool Vendor dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Pautan Berkaitan 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1434816/vymo_shigeru_harasawa.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

 

Hubungan Media (Jepun)
Taro Ishikawa
Vymo Japan
taro.ishikawa@getvymo.com

Hubungan Media (Global)
Gunjan Saha
Vymo Inc.
gunjan@getvymo.com 

 

 

Source: Vymo
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Personnel announcements Financial Technology