omniture

Growatt jadi pembekal penyongsang PV kediaman terbesar di Brazil

Growatt
2021-02-09 18:07 350

SAO PAULO, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Growatt, salah satu pembekal penyongsang yang terkemuka di dunia, tersenarai di kedudukan pertama antara jenama-jenama penyongsang bagi penghantaran penyongsang PV kediaman di Brazil menurut laporan Pasaran Fotovolta Penjanaan Teragih (Distributed Generation Photovoltaic Market) terkini yang dikeluarkan oleh Greener - sebuah syarikat penyelidikan dan perunding Brazil. Biarpun dengan pandemik ini, Growatt berjaya menduduki kedudukan teratas pada separuh kedua tahun 2020 menurut laporan berkenaan.

Growatt became the largest residential PV inverter supplier in Brazil
Growatt became the largest residential PV inverter supplier in Brazil

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi kami atas sumbangan mereka ke atas pencapaian di Brazil ini," kata Lisa Zhang, Pengarah Pemasaran di Growatt. Zhang turut mengaitkan kejayaan ini terhadap peningkatan pelaburan syarikat yang ketara di Brazil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Komited terhadap pembangunan tenaga solar di Brazil, kami telah menubuhkan sebuah pusat sokongan teknikal di São Paulo dan pusat panggilan di Maringá serta membina sebuah pasukan tempatan yang jauh lebih mantap bagi menyediakan khidmat pelanggan yang cemerlang."

Pada tahun 2019, syarikat berkenaan bekerjasama dengan Aldo Solar, pengedar PV yang terbesar bagi mempromosikan penyelesaian PV canggihnya dalam kalangan warga Brazil. Dengan adanya jaringan pengedaran dan perkhidmatan yang luas, Growatt mencapai pertumbuhan eksponen dalam sektor penjanaan teragih di Brazil. "Di Growatt, kami berorientasikan pelanggan. Kami berdedikasi untuk menyediakan latihan komprehensif dan profesional dalam teknologi, pemasangan, pemantauan dan pencarisilapan PV terkini dan sebagainya. Selain itu, pasukan kami bekerjasama erat dengan rakan kongsi kami untuk membangunkan produk dan penyelesaian yang dapat memenuhi tuntutan khusus daripada pasaran Brazil," tambah Zhang.

Growatt menambah penyongsang MAC 15-36KTL3-XL ke dalam penawaran produknya yang disesuaikan untuk aplikasi PV solar tiga fasa pada 220V di Brazil. Di samping itu, syarikat ini akan melancarkan penyongsang fasa tunggal generasi baharu MIN 7-10KTL-X di negara ini lewat tahun ini menurut Zhang. "Kami akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi buat warga Brazil dan menerusi rangkaian penyelesaian penyongsang PV yang komprehensif, kami menyasarkan untuk menjadi jenama penyongsang No.1 bagi penjanaan teragih tenaga solar di Brazil."

Latar Belakang Growatt

Growatt ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian tenaga pintar dan menyediakan penyelesaian penyongsang PV, penyimpanan tenaga, sistem mikrogrid dan pengurusan tenaga pintar kediaman, komersial serta berskala besar. Ditubuhkan pada tahun 2010, Growatt mewujudkan jaringan yang luas menerusi 14 cawangan di seluruh dunia. Growatt tersenarai antara 10 pembekal penyongsang PV teratas global menurut IHS Markit dan Wood Mackenzie.

Source: Growatt
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Survey, Polls & Research