BEIJING, 9 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Gala Festival Musim Bunga tahunan merupakan salah satu program yang paling banyak ditonton di China. Festival tahun ini akan turut menampilkan penggunaan teknologi yang baharu, menurut satu sidang akhbar yang diadakan oleh China Media Group (CMG) pada Ahad lalu.
Rancangan ini, lazimnya padat dengan jenis persembahan yang berbeza, akan membawakan jumlah persembahan tarian memecah rekod pada tahun ini selain program nyanyian dan bahasa.
Sebagaimana banyak acara lain semasa pandemik ini, rancangan tahun ini akan turut menampilkan beberapa persembahan maya.
Gala ini akan menonjolkan unsur Cina, ciri etnik, budaya serantau dan tamadun berbeza di dunia, menurut sidang akhbar ini. Pelbagai gaya tarian termasuk tarian klasik Cina, tarian rakyat etnik minoriti dan tarian kontemporari akan turut dipersembahkan, yang menawarkan penonton dengan sebuah persembahan yang cukup indah.
A program featuring Chinese martial arts is in rehearsal for the 2020 Spring Festival Gala, January 21, 2020. /CFP
A program featuring Chinese martial arts is in rehearsal for the 2020 Spring Festival Gala, January 21, 2020. /CFP
A program featuring Chinese martial arts is in rehearsal for the 2020 Spring Festival Gala, January 21, 2020. /CFP
Gala Festival Musim Bunga tahun ini akan terus menggunakan teknologi yang inovatif termasuk teknologi yang sejajar dengan strategi "5G+4K/8K+AI" yang dijangka dapat membawa pengalaman audio-visual yang lebih dipertingkat buat mereka yang menonton.
Di samping itu, buat julung kalinya, koreografi pentas bagi Gala Festival Musim Bunga tahun ini akan dipersembahkan dalam video 8K Ultra HD. Teknologi 3D mata kasar AI+VR akan turut muncul di atas pentas Gala Festival Musim Bunga buat pertama kalinya dan melalui kaedah rakaman dan cara penerbitan khas, dapat membawa pengalaman yang canggih buat mereka yang menontonnya di kaca TV atau pada peranti mudah alih mereka.
Gala Festival Musim Bunga 2021, yang jatuh pada tarikh 11 Februari, akan turut disiarkan secara langsung di lebih 170 negara dan wilayah termasuk A.S., Perancis, Jepun, Malaysia dan Afrika Selatan.
Gala Festival Musim Bunga, turut dikenali sebagai "Chunwan" dalam bahasa Cina, mula diadakan pada tahun 1983 oleh China Central Television (CCTV). Sebagai bahagian yang sangat penting dalam sambutan Tahun Baharu Cina, pertunjukan hebat selama berjam-jam lamanya itu terkenal sebagai rancangan televisyen yang paling banyak ditonton di dunia. Ia bukan sahaja menjadi penetap trend hiburan, tetapi juga sebagai saksi kepada pertumbuhan ekonomi China sepanjang beberapa dekad yang lalu.
Artikel asal: di sini.
Baca lebih lanjut:
Spring Festival Gala: A feast for the eyes on the eve of the Chinese New Year (Gala Festival Musim Bunga: Persembahan indah pada malam menjelang Tahun Baharu Cina)
2021 Spring Festival Gala's second rehearsal shows new technologies (Raptai kedua Gala Festival Musim Bunga 2021 mempersembahkan teknologi baharu)
Fourth 2021 Spring Festival Gala rehearsal guarantees fluency of performances (Raptai Gala Festival Musim Bunga 2021 Keempat menjamin kelancaran persembahan)