omniture

Guide IR Tersenarai 2 Tempat Teratas dalam Laporan Yole tatkala Pasaran Pengimejan Haba Inframerah Global Meletus

Guide Sensmart
2021-02-10 18:02 159

WUHAN, China, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Yole Développement, firma tinjauan pasaran dan perunding strategik yang terkenal di peringkat antarabangsa, melancarkan analisis industri terkininya yang bertajuk Perakam Imej dan Pengesan Haba – Impak Wabak COVID-19 – Laporan Awal (Thermal Imagers and Detectors 2020 – COVID-19 Outbreak Impact – Preliminary Report). Laporan ini mendedahkan bahawa pada tahun 2020, pasaran pengimejan haba inframerah global meletus. Berhubung penghantaran, syarikat A.S., FLIR menduduki tempat pertama dengan bahagian pasaran mencecah 35%, manakala Guide Infrared menduduki tempat kedua dengan bahagian pasaran mencecah 17% Buat julung kalinya pengeluar Cina telah menduduki dua tempat teratas, lantas menjadi yang terbesar seumpamanya di China dengan bahagian pasaran tertinggi.

Prestasi yang cemerlang pada tahun 2020 adalah ekoran Guide Infrared yang menguasai hak harta inteleknya sendiri untuk pengesan inframerah, yang mempunyai kelebihan kos yang rendah dan pengeluaran kumpulan, lalu membolehkan produk ini mengekalkan prestasi cemerlang yang diingini oleh pelanggan dalam pasaran global.

Selepas tercetusnya wabak COVID-19 pada tahun 2020, Sistem Amaran Demam Guide IR Automatik digunakan secara meluas di China, Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara dan Amerika Selatan, antara tempat lain, lantaran kelebihannya dalam pemeriksaan suhu dalam julat yang luas, pengukuran yang tepat serta kecerdasan dan kecekapan yang tinggi, yang mewujudkan barisan keselamatan pertama untuk pencegahan dan kawalan wabak global.

Dalam masa yang sama, Guide Infrared mempunyai sistem pengimejan haba inframerah lengkap yang terdiri daripada kamera haba pegang, sistem pengimejan haba dalam talian, skop pengimejan haba untuk pemerhatian waktu malam, kamera haba gred pengguna untuk telefon pintar, muatan fotoelektrik UAV dan modul haba inframerah.

Yole Développement juga telah meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, China akan menguasai bahagian pasaran sebanyak 64% dalam pasaran pengimejan haba inframerah global. Pada tahun-tahun akan datang, Guide Infrared akan terus memberi tumpuan ke atas teknologi inframerah bagi memberikannya keupayaan untuk membawa faedah produknya kepada lebih ramai orang dalam kalangan khalayak umum.

Latar Belakang Guide Sensmart

Guide Sensmart ialah subsidiari Guide Infrared (SZ.002414), pengeluar sistem pengimejan haba inframerah yang terkemuka di dunia. Hasil daripada pengalaman syarikat kumpulan kami selama 20 tahun dalam industri inframerah dan kapasiti pengeluaran besar-besaran, Guide Sensmart mereka bentuk dan menyampaikan produk pengimejan haba yang berkualiti tinggi serta berpatutan di seluruh dunia menerusi kuantiti skala dengan misi untuk menjadikan pengimejan haba dapat membawa manfaat buat orang ramai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.guideir.com (ikuti @GuideSensmart di facebook/Linkedin/Twitter/Youtube). 

Laman sesawang www.guideir.com

 

Source: Guide Sensmart
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research