omniture

TransferGo pilih Thought Machine pacu pengembangan global

Thought Machine
2021-02-10 18:42 218

LONDON, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- TransferGo, salah sebuah syarikat pemindahan wang yang paling pantas berkembang di dunia, hari ini mengumumkan satu perkongsian bersama Thought Machine, syarikat teknologi perbankan teras natif awan, bagi mendorong inovasi produknya yang berterusan dan memacu pengembangan global ke dalam pasaran baharu. Dengan memanfaatkan platform perbankan teras natif awan generasi seterusnya daripada Thought Machine, Vault, TransferGo akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggannya melalui keupayaan platform yang lebih baik dan lebih canggih.

Meneruskan tahun 2020 yang berjaya, bilamana TransferGo mencabar jangkaan pasaran dengan menyaksikan pembayaran rentas sempadan berkembang sebanyak lebih 60%, Vault akan menjadi komponen kritikal bagi pertumbuhan yang mampan. Dengan mengehoskan perkhidmatan pembayaran yang sangat boleh diskala, fleksibel, selamat dan pantas dalam awan, Vault akan memperkasa TransferGo untuk meluaskan platform pembayaran waktu sebenarnya, membina produk dengan pantas dan memperkenalkan keupayaan kad dan akaun masa depan tanpa berlengah.

Apa yang penting, Vault tidak mengandungi teknologi legasi, justeru membolehkan TransferGo membina dan menyampaikan perkhidmatan pembayaran mengikut keperluan yang tepat. Teknologi ini akan menyokong misi TransferGo untuk terus memacu penambahbaikan terhadap perkhidmatan pembayaran digitalnya dan pengalaman pelanggan untuk komuniti pekerja hijrahan, membantu mereka memindahkan wang mereka di seluruh dunia dengan cepat, selamat dan cekap kos sebaik mungkin.

"Sejurus selepas menerima pelaburan sebanyak $4 juta daripada Silicon Valley Bank pada November lalu, perkongsian ini menunjukkan momentum kami dalam melabur, menginovasi dan mengubah pasaran kiriman wang global," kata Justinas Lasevicius, Ketua Pegawai Kewangan dan Pengasas Bersama TransferGo. "Pelanggan kami menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang kami buat dan melalui kerjasama kami bersama Thought Machine dan produk intuitif mereka Vault, kami akan memperkenalkan perkhidmatan yang lebih dipertingkat dan memacu pengalaman yang membawa impak untuk komuniti pekerja hijrahan kami."

"Kami berbangga dapat menyokong TransferGo dalam pelancaran global serta pengembangan produk mereka. Ia merupakan bukti kefleksibelan dan reka bentuk kalis masa depan Vault yang membolehkan institusi-institusi inovatif yang berkembang pesat seperti TransferGo memilih kami untuk membina masa depan mereka. Reka bentuk natif awan Vault menyediakan bank-bank dan syarikat-syarikat teknologi kewangan dengan alat untuk membina bank masa depan mereka," kata Paul Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Thought Machine.

"Dengan memanfaatkan kuasa awan, TransferGo akan dapat menikmati pelbagai faedah termasuk kebolehskalaan, keandalan, keselamatan dan kepantasan yang tiada tandingan. Digandingkan dengan seni bina mendatar unik Vault – ia tidak akan terkongkong oleh kekangan pembinaan produk legasi – bebas memberi tumpuan untuk menyediakan khidmat pelanggan yang hebat dan perkhidmatan kiriman wang yang bertaraf dunia."

Pengumuman hari ini memperlihatkan pelaburan berterusan yang dibuat oleh TransferGo dalam platform kiriman wang yang memenangi anugerah. Menerusi lebih 2 juta pengguna dan memperoleh lebih $14 juta dalam pelaburan tahun lalu, ia komited untuk meluaskan jejak globalnya dan melancarkan perkhidmatan baharu pada platform pembayaran rentas sempadannya. Baru-baru ini, TransferGo turut bekerjasama dengan VISA serta Mastercard dan menyokong pasukan kepimpinan kanannya melalui pengambilan Edgardo Savoy sebagai Ketua Pegawai Teknologi dan Francesco Fulcoli sebagai Ketua Pegawai Pematuhan. Perkembangan baharu ini akan memperkasa pelan tindakan inovasi teknologinya."

Latar Belakang TransferGo

Ditubuhkan pada tahun 2012, TransferGo mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perkhidmatan pemindahan wang yang paling dipercayai di dunia. Tumpuannya untuk menyampaikan perkhidmatan kiriman wang yang pantas dan andal membawanya menjadi satu-satunya syarikat pemindahan wang Pan-Eropah yang dapat menjamin wang individu akan tiba ke destinasinya dalam masa 30 minit. Dengan menjadikan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan TransferGo telah membina jenama yang dipercayai oleh ribuan pelanggan dan produk yang gemar digunakan oleh mereka. Visinya adalah untuk menjadikan perkhidmatan kewangan antarabangsa mudah dan tanpa sempadan tiruan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Daumantas Dvilinskas disenaraikan dalam 2017 Forbes 30 under 30. Syarikat ini dicalonkan untuk "Syarikat Baharu Meningkat Naik Paling Pantas Tahunan" di TechCrunch Europa Awards 2018 dan disenaraikan sebagai salah satu daripada lima syarikat baharu UK paling hangat 2019 oleh TNW.

Latar Belakang Thought Machine 

Thought Machine ditubuhkan pada tahun 2014 dengan misi untuk membolehkan bank-bank menggunakan sistem moden dan beralih daripada platform IT legasi yang menganggu industri perbankan. Kami melaksanakan usaha ini melalui platform perbankan teras natif awan kami, Vault. Sistem generasi seterusnya ini telah dibuat dari peringkat asas sebagai platform natif awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi satu baris kod yang merupakan legasi, atau pra-awan.

Ditubuhkan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine terdiri daripada Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered, Atom bank, Monese dan Curve. Kini, kami merupakan sebuah pasukan yang terdiri daripada lebih 450 orang yang berada di pejabat-pejabat di London, Singapura, Sydney, Melbourne, New York dan telah mengumpul lebih daripada £110 juta melalui pendanaan daripada Eurazeo, Draper Esprit, SEB, British Patient Capital, IQ Capital, Playfair Capital, Nyca Partners, Lloyds Banking Group dan Backed.

Untuk maklumat lanjut kunjungi thoughtmachine.net

 

Source: Thought Machine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology