SAN FRANCISCO, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Anugerah Perisian Terbaik G2 menyenaraikan syarikat-syarikat dan produk-produk perisian terbaik di dunia mengikut ulasan yang sahih dan tepat pada masanya daripada pengguna sebenar. MoEngage berbesar hati kerana diiktiraf oleh G2 sebagai salah sebuah Syarikat Perisian terbaik bagi tahun 2021, satu pencapaian yang hanya dapat diperoleh melalui pengesahan daripada penggunanya. MoEngage ditempatkan masing-masing di tangga #42 dalam senarai Produk Terbaik untuk Pemasar di seluruh dunia dan #10 di India.
"Pengguna hari ini menuntut pengalaman yang tekal, diperibadikan dan sentiasa boleh dicapai merentas pelbagai peranti dan titik sentuh. Mereka menginginkan kandungan kontekstual daripada jenama-jenama, semasa proses penglibatan, di saluran pilihan mereka," kata Raviteja Dodda pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, MoEngage. "Di MoEngage, kami memberi tumpuan untuk membina platform penglibatan pelanggan masa depan bagi membantu pelanggan kami kekal berada selangkah di hadapan dalam strategi-strategi penglibatan pelanggan mereka. Ini merupakan satu penghormatan apabila diiktiraf dalam senarai Anugerah Perisian Terbaik G2 sebagaimana yang dinilai oleh pengguna, yang menekankan strategi dan komitmen kami terhadap pelanggan kami."
Pada tahun 2020, G2 mengumpul hampir seperempat daripada sejuta ulasan perisian baharu. Ulasan ini dibaca oleh hampir 40 juta orang, memberi maklumat untuk keputusan pembelian B2B yang tidak terkira banyaknya. G2 menganalisis setiap ulasan baharu dari tahun 2020, setiap satunya disemak oleh individu sebenar untuk memastikan kesahan, bagi mewujudkan siri senarai "Perisian Terbaik" bagi tahun 2021.
"Sejak penubuhan syarikat kami pada tahun 2014, kami memberi tumpuan khusus terhadap kejayaan pelanggan kami," kata Ravi. "Kami berbesar hati apabila dimasukkan ke dalam senarai Syarikat Perisian Terbaik G2, terutamanya kerana ia mewakili suara pelanggan dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang terus memberi inspirasi kepada kami untuk berinovasi."
"Ini bukanlah satu senarai subjektif berdasarkan pendapat segelintir orang," jelas Ketua Pegawai Eksekutif G2, Godard Abel. "Dengan trafik dan penglibatan tertinggi, seleksi produk dan perkhidmatan terbesar serta data berkualiti tertinggi, G2 menganalisis lebih daripada 4 juta titik data bagi menentukan produk dan syarikat yang berjaya dimasukkan ke dalam senarai tersebut."
Baca senarai 'G2 Best Of' yang lengkap di sini. Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadualkan demo, sila kunjungi www.moengage.com
Kriteria: Pemenang-pemenang ditentukan berdasarkan ulasan yang ditinggalkan di G2.com antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2020. Semua skor dihitung menggunakan algoritma G2.com termasuk untuk Kepuasan dan Kehadiran Pasaran, yang dijelaskan dengan terperinci di sini.
Sumber: MoEngage News
Latar Belakang MoEngage
MoEngage ialah platform penglibatan pelanggan berpandukan pemahaman yang dibina untuk pemasar yang peka terhadap pelanggan serta pemilik produk. MoEngage mendayakan pemperibadian hiper yang luas merentas pelbagai saluran seperti tolakan mudah alih, emel, dalam-aplikasi, tolakan web, mesej di lapangan dan SMS. Dengan pengautomatan dan pengoptimuman berkuasa AI, jenama-jenama boleh menganalisis tingkah laku audiens dan melibatkan pengguna dengan komunikasi diperibadikan di setiap titik sentuh dalam seluruh kitaran hayat mereka. Lebih daripada 1,000 jenama merentas 35 negara menggunakan MoEngage untuk menghantar 50 bilion mesej kepada 500 juta pengguna setiap bulan. MoEngage diiktiraf sebagai peneraju dalam Laporan Gartner Magic Quadrant 2020 dan laporan Musim Panas dan Musim Luruh G2 2020 serta merupakan "Pelaksana Mantap" dalam Forrester Wave untuk Pengautomatan Penglibatan Mudah Alih, Suku Ketiga 2020. Dengan pejabat-pejabat di sembilan negara, MoEngage disokong oleh pelabur-pelabur terkemuka seperti Eight Roads, F-Prime Capital, Matrix Partners, Helion Ventures, Exfinity Ventures dan Venture East. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.moengage.com.