omniture

CGTN: Kerjasama tidak Ditangguhkan: China, CEEC Bersiap Siaga untuk Vaksin, Perdagangan dan Banyak Lagi

CGTN
2021-02-10 23:07 472

BEIJING, 10 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Sidang kemuncak kesembilan antara China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur (CEEC), yang asalnya dijadualkan pada separuh pertama tahun 2020, ditangguhkan ekoran wabak COVID-19, namun kerjasama antara kedua-dua pihak tidak dihentikan.

Setelah jumlah perdagangan keseluruhan antara kedua-dia pihak mencecah $103.45 bilion pada tahun 2020, China dan CEEC mengetengahkan kerjasama selanjutnya dalam pelbagai bidang seperti vaksin, perdagangan dan ekonomi hijau di Sidang Kemuncak China-CEEC pada hari Selasa, yang diadakan melalui pautan video.

Apakah matlamat bersama? 

Kerjasama global dalam vaksin COVID-19 merupakan topik hangat dalam komuniti antarabangsa dan mekanisme China-CEEC akan turut terlibat bagi menyumbang dalam bidang ini.

Presiden Cina Xi Jinping berkata dalam ucapan dasar beliau di sidang kemuncak berkenaan bahawa usaha bersama akan dibuat dalam bidang perubatan dan rawatan kesihatan, perkongsian pengalaman dan menukarkan vaksin COVID-19 menjadi barang awam global.

Setakat ini, Serbia telah menerima 1 juta dos vaksin daripada sebuah syarikat Cina dan terdapat kerjasama yang berterusan antara Hungary dan syarikat-syarikat vaksin Cina, kata Xi, menambah bahawa China akan mempertimbangkan secara aktif kerjasama berkenaan bersama negara-negara CEE lain jika terdapat keperluan.

Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, Xi terlibat dalam "diplomasi awan" yang intensif termasuk menghadiri atau mempengerusikan mesyuarat maya dan mengadakan panggilan telefon bersama pemimpin-pemimpin asing dan ketua-ketua organisasi antarabangsa, bagi memberi sumbangan China kepada penyelidikan, pembangunan dan pengedaran vaksin COVID-19.

Kerjasama perdagangan akan terus menyuntik dorongan yang kuat terhadap pemulihan serta pertumbuhan ekonomi global.

China berhasrat untuk mengimport barangan bernilai lebih daripada $170 bilion daripada CEEC dalam lima tahun akan datang dan akan berusaha menggandakan eksport pertanian negara-negara CEE ke China serta meningkatkan perdagangan pertanian dua hala sebanyak 50 peratus sepanjang lima tahun akan datang, kata Xi.

Penyelarasan kerjasama antara wilayah dengan kerjasama Jalur dan Jalan serta penambahbaikan peranan kereta api pengangkut China-Eropah dalam pembangunan ekonomi turut ditekankan oleh presiden Cina.

Pada masa kini, kesemua 17 anggota CEEC di bawah rangka kerja kerjasama ini telah menandatangani dokumen kerjasama bersama China berhubung pembinaan bersama Jalur dan Jalan.

Sementara itu, bilangan kereta api pengangkut China-Eropah mencecah 12,400 pada tahun 2020 dengan laluan serta destinasi utama melibatkan Poland, Hungary dan Republik Czech.

Tahun lalu, sebanyak 12,400 perjalanan kereta api pengangkut yang mencatat rekod telahpun dibuat antara China dan Eropah, membawa barangan terutamanya peralatan perlindungan diri ke benua Eropah, yang merupakan salah satu tempat yang paling terus terjejas dalam pandemik ini.

Dengan 88 dokumen kerjasama dimeterai hasil daripada sidang kemuncak pada Selasa lalu, lebih banyak kemajuan dalam sektor-sektor seperti ekonomi hijau, ekonomi digital, pertukaran budaya dan individu-kepada-individu turut ditekankan.

Bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut?  

Tanpa syak lagi, tugas-tugas yang disebutkan di atas bukan mudah, terutamanya dalam era pasca pandemik apabila kes-kes COVID-19 global telahpun melangkaui 100 juta dan angkanya masih meningkat dan strain baharu coronavirus menjadi tidak terkawal.

Di sidang kemuncak Selasa lalu, China menggariskkan kerancakan kerjasama yang berterusan antara China dan CEEC dalam penyelesaian tersebut.

Menekankan bahawa keterbukaan dan keterangkuman merupakan kunci terhadap kerancakan yang berterusan, Xi berkata bahawa China dan CEEC telah mewujudkan beberapa prinsip yang menggambarkan ciri-cirinya yang tersendiri dan diterima oleh semua pihak.

Membuat keputusan melalui perundingan, memberi faedah kepada semua rakan kerjasama, mengejar pembangunan bersama melalui keterbukaan dan keterangkuman serta mencapai pertumbuhan yang lebih besar melalui inovasi, kesemuanya penting, kata Xi.

Cabaran dan peluang seringkali wujud seiringan apabila krisis melanda.

Mekanisme kerjasama China-CEEC diwujudkan pada tahun 2012 yang berlatarbelakangkan krisis hutang Eropah dan kini, setelah seluruh dunia mengalami kejatuhan teruk dalam ekonomi pada tahun 2020, perhatian sekali lagi bertumpu pada China dan CEEC, dengan lebih banyak harapan.

Artikel asal: di sini.

Source: CGTN
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Publishing/Information Service