omniture

Baby Shima Bakal Persembahkan Konsert Mini Pertama Beliau di Bigo Live

Bigo Live
2021-02-16 11:38 208

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform strim langsung global yang terkemuka, dengan suka citanya mengalu-alukan penyanyi Malaysia Nor Ashima Ramli (Baby Shima) untuk mengadakan strim langsung konsert mini pada 18 Februari jam 9:30 MALAM MYT. Terkenal kerana memenangi Bintang Idola Berita Harian 2010, peminat akan mendapat peluang eksklusif untuk berinteraksi dengan penyanyi wanita popular ini melalui konsert mini di Bigo Live. Tiga pemenang bertuah akan turut berpeluang dipilih dan berpeluang untuk mendapat panggilan video peribadi dalam sesi strim langsung bertemu peminat beliau yang bakal diadakan pada 22 Februari jam 9:30 MALAM MYT.

Diwakili oleh syarikat rakaman Indonesia Nagaswara, baru-baru ini Baby Shima mengambil bahagian dalam rancangan realiti nyanyian Indonesia, Big Stage Astro Ria yang memaparkan bakat-bakat muda Malaysia yang paling pintar serta pertandingan dangdut terbesar Asia, D'Academy Asia Musim 3. Penonton boleh menantikan persembahan secara langsung oleh beliau dengan lagu-lagu permintaan peminat semasa konsert tersebut.

Saksikan strim langsung konsert mini Baby Shima pada 18 Februari
Saksikan strim langsung konsert mini Baby Shima pada 18 Februari

"Saya suka cara Bigo Live yang membolehkan saya berinteraksi bersama audiens dengan cara yang menyeronokkan. Dengan sekatan perjalanan dan keselamatan yang dikenakan di seluruh negara, ini akan menjadi peluang yang hebat untuk saya berhubung semula dan berkongsi minat saya bersama peminat di rantau ini. Saya benar-benar teruja untuk mempersembahkan konsert mini strim langsung pertama saya di Bigo Live dan berharap dapat menikmati detik yang mengagumkan," kata Baby Shima.

Untuk mengambil bahagian dalam strim langsung ini, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Bigo Live di sini dan ikuti Baby Shima (ID pengguna @babyshimaofficia). Untuk perkembangan lebih lanjut mengenai strim langsung konsert mini Baby Shima, ikuti Bigo Live Malaysia melalui Facebook di sini.

Bigo Live berusaha untuk menjadi sumber rujukan bagi hiburan yang interaktif serta menarik dan penglibatan sedemikian merupakan sebahagian daripada usaha of Bigo Live untuk memberi peluang eksklusif kepada komuniti untuk berinteraksi dengan selebriti tempatan kegemaran mereka biarpun terdapat penjarakkan sosial yang dikenakan. Baby Shima turut menjadi sebahagian daripada selebriti-selebriti global yang lain seperti DJ Australia M4Sonic, bintang Jepun Ryo Nishikido dan Jin Akanishi dan ramai lagi selebriti yang turut sama menggunakan Bigo Live bagi membawa nilai positif, harapan dan kegembiraan kepada pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial strim langsung yang berkembang paling pesat di dunia yang membolehkan pengguna bersiaran pada waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari serata dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran bagi industri strim langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

Muat turun aplikasi Bigo Live di sini.

 

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Future Events