omniture

Syarikat perunding teknologi pemasaran admiral.digital mengambil alih Fresh Sports Group dan memperkukuh tawaran perkhidmatannya untuk meliputi keseluruhan spektrum digital

Daripada strategi, ke teknologi, ke bidang kreatif
admiral.digital
2021-02-17 17:11 2015

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Februari, 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat perunding teknologi pemasaran admiral.digital telah mengambil alih Fresh Sports Group (FSG), dan sekaligus memperkukuh tawaran perkhidmatannya untuk meliputi keseluruhan spektrum digital. Berikutan dengan pemerolehan tersebut, FSG akan dinamakan semula sebagai admiral.sports dan berkhidmat di bawah naungan admiral.digital, menandakan bab baharu dalam aspek pertumbuhan syarikat tersebut.

Pasukan baru yang padat dengan pengalaman ini membawa kepakaran dalam bidang penciptaan jenama, pembentukan kandungan, pelaksanaan kempen dan strategi perniagaan. Penyatuan dua syarikat ini juga telah membolehkan admiral.digital untuk memperkukuhkan pasukan eksekutif, memperkuatkan perkhidmatan perundingan teknologi pemasaran yang ditawarkan dan menembusi saluran jualan baharu yang mengujakan iaitu bidang sukan.

Pieter Van den Eynde, Pengasas admiral.digital berkata, "Kami mempunyai wawasan yang jelas di admiral.digital: iaitu memperkasakan jenama-jenama perniagaan ke arah pengutamaan digital dan terus berkembang. Ini adalah sangat relevan pada masa kini, yang mana lanskap perniagaan dan ekonomi semasa telah memaksa perniagaan untuk berinovasi dengan lebih agresif, terutamanya dari perspektif teknologi. Perjanjian ini membolehkan kami menambahkan lagi kemampuan yang sedia ada dan mempertingkatkan kepakaran kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami".

"Kami percaya ini adalah satu peralihan ke arah yang tepat. Malah sebelum termeterainya perjanjian ini, kami mendapati pasukan FSG adalah rakan sekutu yang kuat setelah berkolaborasi dengan mereka dalam beberapa projek sepanjang beberapa tahun lalu. Kami juga yakin  teknologi sukan adalah satu pasaran yang mengujakan dan berpotensi tinggi. Berikutan ini, admiral.sports akan memainkan peranan yang bersepadu dan saling melengkapi, mewujudkan sinergi yang dinamik, dan seterusnya memperkukuhkan perniagaan teras yang menbuahkan hasil berlipat ganda," tambah beliau.

Van den Eynde akan terus menerajui agenda pengembangan syarikat dengan agresif, bersama Pengasas Bersama iaitu Alec Van Noten, dalam menumpukan perhatian bagi membina proposisi 'Teknologi sebagai satu Perkhidmatan' dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Produk.   

Sementara itu, Pengasas Bersama FSG, Sam Middlehurst yang menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif; berperanan untuk menetapkan halatuju strategik dan menpersiapsiagakan syarikat bagi fasa pertumbuhan yang seterusnya. Barisan eksekutif yang hebat ini menjadi lengkap dengan penyertaan Ketua Pemasaran Eksekutif Tim Johnston, juga merupakan Pengasas Bersama FSG yang berpengalaman dalam bidang penciptaan jenama, pemasaran dan pengurusan.

Middlehurst kerkata, "Kami, secara kolektif mempunyai satu wawasan untuk menjadikan teknologi pemasaran lebih mudah diperolehi oleh lebih banyak jenama-jenama perniagaan. Melalui gabungan tenaga ini, kami kini mampu merangkumi seluruh spektrum digital, dari strategi ke teknologi dan juga ke bidang kreatif; membolehkan kami menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai industry dan kategori yang berlainan.

Beliau menambah bahawa tumpuan segera admiral.digital adalah dalam memastikan proses integrasi FSG berjalan dengan lancar, membangunkan teknologi proprietari dan meningkatkan jualan secara berterusan.

Pasukan eksekutif telah menggunakan perjanjian tersebut sebagai satu peluang untuk melancarkan rangka pelaksanaan 'go-to-market' untuk para pelanggan; menghubungkaitkan teknologi, data dan pemasaran untuk meningkatkan kepuasan pengguna dan menjana hasil yang disasarkan oleh pelanggan. Strategi baharu ini dibantu oleh identiti jenama yang diperbaharui, dan mencerminkan semangat yang berkobar-kobar yang dikongsi bersama dalam bidang pemasaran dan teknologi.

Tentang admiral.digital

admiral.digital adalah sebuah syarikat perundingan teknologi pemasaran. Menerusi teknologi dan strategi pemasaran yang mampu menjana hasil yang disasarkan, mereka menawarkan perkhidmatan yang merangkumi seluruh spektrum digital, daripada strategi ke teknologi, ke bidang kreatif. Pendekatan admiral.digital yang mudah dan terbuka untuk menghubungkaitkan teknologi, data dan pemasaran membantu pelanggan untuk meningkatkan kepuasan pengguna dan menjana hasil yang disasarkan.

Dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2016, admiral.digital berwawasan untuk menjadikan teknologi pemasaran lebih mudah diperolehi oleh lebih banyak jenama perniagaan. Dari ibu pejabat mereka di Malaysia, serta cawangan di rantau Asia Tenggara dan New Zealand, admiral.digital mempunyai lebih 30 pakar yang menawarkan perkhidmatan merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Antara pelanggan admiral.digital termasuk RHB Bank, Zenyum, Circles Life dan MR DIY.

www.admiral.digital   

 

Source: admiral.digital
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Sports Acquisitions, mergers, takeovers