omniture

Ekspresikan "memori" Kerajaan Ryukyu dalam pameran Seni Media baharu dibuka di Lapangan Terbang Naha mulai 13 Februari

Agensi Hal Ehwal Kebudayaan mempersembahkan "CULTURE GATE to JAPAN"
Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
2021-02-18 01:34 323

NAHA, Jepun, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 13 Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan membuka tirai pameran seni baharu di Lapangan Terbang Naha sebagai sebahagian daripada inisiatif "CULTRE GATE to JAPAN" mereka. Artis visual/pengaturcara HIGA Satoru dan juruanimasi/pengilustrasi nuQ mencipta karya berasaskan motif Kerajaan Ryukyu. Karya ini dipamerkan di lapangan terbang tersebut selain di laman web, dengan tujuan untuk menggalakkan daya tarikan terhadap budaya Jepun dan berkongsi budaya tersebut bersama dunia. 

‘Portrait, Landscape’ oleh HIGA Satoru / ‘Past and Present Chanpuru Hospitality’ oleh nuQ
‘Portrait, Landscape’ oleh HIGA Satoru / ‘Past and Present Chanpuru Hospitality’ oleh nuQ

Rangka Acara Lapangan Terbang Naha 
Terletak di kawasan peranginan subtropika Jepun, Okinawa, tema pameran di Lapangan Terbang Naha ialah "MEMORI". Dua artis telah mencipta karya visual mengagumkan yang mengaitkan kenangan Kerajaan Ryukyu pulau tersebut yang bersejarah, dilimpahi cahaya matahari dan warna, dengan dunia moden.

Selama 450 tahun antara tahun 1429 dan 1879, sebuah negara yang dikenali sebagai Kerajaan Ryukyu mengembangkan budayanya yang sangat unik melalui interaksi yang luas bersama China, Jepun, Korea dan Asia Tenggara. Jejak kerajaan yang bersejarah ini masih kekal hingga ke hari ini, terlihat sekilas melalui tapak bersejarah Okinawa, yang menggambarkan perspektif yang tersendiri terhadap alam semula jadi dan kraftangan yang beraneka warna—kain celup Bingata merupakan antara yang paling dikenali.

Salah seorang artis yang terlibat dalam pameran ini ialah HIGA Satoru, seorang artis visual dari Okinawa yang menggunakan dengan mahir teknik-teknik pengaturcaraan yang sofistikated. HIGA telah mempersembahkan sejarah dan semangat Kerajaan Ryukyu pada platform digital dengan model 3D Istana Shuri (Shurijo), ikon bagi sejarah Ryukyu yang sebahagian besarnya musnah dalam kebakaran pada tahun 2019.

Seorang lagi artis, nuQ ialah juruanimasi yang terkenal dengan warna-warna seni-pop dan estetik retro beliau. Beliau pernah menghasilkan mural yang menggabungkan sejarah Kerajaan Ryukyu dengan peranan moden Okinawa sebagai destinasi pelancong.

■Tempoh: Pameran dibuka pada 13 Februari 2021
■Lokasi: Lapangan Terbang Naha
  Karya oleh HIGA Satoru: Tingkat 3, Dewan Fukugi, Kawasan Terminal Antarabangsa
  Karya oleh NuQ: Tingkat 2, Pusat Pemeriksaan Keselamatan Berlepas C, Kawasan Terminal Domestik
  *Karya akan dipamerkan di lokasi di atas hingga 9 Mac. Pada 13 Mac, karya tersebut akan dipindahkan ke Tingkat, 2, Lobi Berlepas Antarabangsa.
■Bayaran masuk: Percuma
■Tema: MEMORI Menghubungkan kenangan Kerajaan Ryukyu dengan dunia moden
■Tajuk: Portrait, Landscape  HIGA Satoru
  Past and Present Chanpuru Hospitality nuQ
■Artis:
Artis Visual, Pengaturcara HIGA Satoru

Artis Visual, Pengatur Cara 
HIGA Satoru
Artis Visual, Pengatur Cara HIGA Satoru

Dilahirkan di Wilayah Okinawa pada tahun 1983, HIGA Satoru ialah artis visual dan pengaturcara yang menggunakan komputer sebagai alat untuk mencipta bentuk ekspresi baharu. Memanfaatkan teknik-teknik pengaturcaraan yang sofistikated seperti grafik 3D masa sebenar dan visi komputer serta pengalaman beliau dengan pelbagai jenis projek, HIGA pernah terlibat dalam pelbagai bentuk aktiviti kreatif yang melibatkan pemasangan, arah pentas, VJing, persembahan secara langsung dan produk realiti maya. Selepas menubuhkan Backspace Productions Inc. pada tahun 2019, baru-baru ini beliau mengarahkan rakaman konsert video 3D untuk pemuzik Millennium Parade serta rakaman untuk konsert terkini PUNPEE, "Sofa Kingdomcome".

Juruanimasi, Pengilustrasi nuQ

 nuQ ialah juruanimasi yang mencipta ekspresi baharu dengan kepekaan pop yang melucukan. Mengkhusus dalam skema warna eksentrik dan pergerakan dinamik, beliau aktif dalam pelbagai bentuk media termasuk iklan televisyen, video muzik, ilustrasi dan banyak lagi. Beliau merupakan pemenang bagi beberapa anugerah, antaranya ialah Hadiah Utama di Pertandingan Genius Kampus ke-18 dan Pemilihan Juri dalam Bahagian Animasi di Festival Seni Media Jepun ke-16 untuk New Tokyo Ondo berserta Pemilihan Juri dalam Bahagian Animasi di Festival Seni Media Jepun ke-23 untuk The Last Episode. Projek-projek penting beliau dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk video muzik "Three Mystic Apes" untuk Wednesday Campanella dan pameran Terkini Dalam Animasi Bebas Festival Filem & Imej Bergerak HIBERNATION 1: Healing Spring di Pusat Seni Towada.

<Latar Belakang CULTURE GATE to JAPAN>
Bermula pada Februari 2021, Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun akan melancarkan sebuah projek promosi budaya inovatif yang dikenali sebagai "CULTURE GATE to JAPAN". Diadakan di tujuh lapangan terbang di serata Jepun selain Terminal Pelayaran Antarabangsa Tokyo, para artis dan pencipta yang aktif dalam bidang Seni Media akan mempamerkan karya seni yang diinspirasikan oleh budaya unik setiap kawasan dengan matlamat untuk menyampaikan daya tarikan budaya Jepun yang lebih luas.

Kesan global akibat novel coronavirus menjadikannya sukar untuk bertemu individu baharu serta mengalami sendiri budaya baharu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya mengganggu pertukaran antara seni, idea dan budaya. Melalui projek ini, kami berharap agar dapat terus memberikan orang ramai di seluruh dunia dengan erti keajaiban dan kegembiraan serupa yang dirasai apabila menemui budaya baharu.

Penganimasi, Pengilustrasi 
nuQ
Penganimasi, Pengilustrasi nuQ

Penganjur: Agensi Hal Ehwal Kebudayaan, Kerajaan Jepun 
Laman Sesawang Rasmi: https://culture-gate.jp/ 
Mempamerkan di Lapangan Terbang Naha:https://culture-gate.jp/exhibition/memory

--------------------------------------------------------------------------------------------

Perhubungan Awam "CULTURE GATE to JAPAN" diurus oleh wondertrunk & co. Inc.

Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Naha
Imbas di sini untuk maklumat lanjut tentang pameran di Lapangan Terbang Naha

Source: Agency for Cultural Affairs, Government of Japan CULTURE GATE to JAPAN Initiative
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Travel New products/services