KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Februari 2021 /PRNewswire/ -- Kinder, jenama Ferrero, mengumumkan pelancaran Applaydu, aplikasi mudah alih baharu yang dapat menghidupkan mainan Kinder melalui realiti terimbuh dalam dunia penemuan dan imaginasi yang menyeronokkan.
Applaydu ialah pengalaman bermain didik hibur yang percuma, dibangunkan bersama Gameloft for brands, yang bertujuan untuk menggalakkan masa ikatan yang membolehkan ibu bapa dan anak-anak mereka bermain dan menemui perkara baharu bersama-sama. Jabatan Pendidikan University of Oxford memberi maklum balas akademik semasa proses pembangunan Aplikasi tersebut.
Applaydu menawarkan pengalaman baharu yang imersif khusus untuk kanak-kanak berusia dari empat hingga sembilan tahun: persekitaran, watak dan cerita difikirkan dan dibina untuk mencetuskan imaginasi mereka dan merangsang kebolehan mereka untuk belajar perkara baharu. Pengguna Applaydu boleh menikmati permainan, cerita yang interaktif, aktiviti dan banyak lagi.
Aplikasi mudah alih Applaydu baharu turut menyediakan persekitaran yang mesra keluarga, selamat dan terkawal, tanpa iklan mahupun pembelian dalam-aplikasi, selain ciri-ciri Kawalan Ibu Bapa seperti laporan aktiviti dan kesukaran adaptif bagi menjamin ketenangan minda yang sepenuhnya buat ibu bapa. Ia direka bentuk untuk digunakan bersama seisi keluarga, namun begitu, ibu bapa boleh tetap yakin kerana perlindungan yang sewajarnya diberikan bagi memastikan agar kanak-kanak dapat berseronok dengan selamat.
Bagi membangunkan aplikasi tersebut, Kinder bekerjasama dengan Gameloft for brands, peneraju dalam penciptaan pengalaman permainan untuk jenama-jenama, yang menyediakan kepakaran mereka dari segi corak permainan, teknologi, arah seni dan animasi 3D.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Oxford University menyediakan Kinder dengan satu set garis panduan untuk membantu pembangunan Aplikasi Kinder tersebut, yang bertujuan untuk membantu perkembangan kanak-kanak dengan mencipta dan membangunkan permainan yang memanfaatkan serta membina kemahiran kognitif termasuk matematik, kemahiran motor, membaca & menulis serta ingatan.
Applaydu boleh dimuat turun sekarang secara percuma daripada Gedung Aplikasi atau daripada Google Play dan serasi dengan semua peranti Android dan iOS bermula daripada Android 4.4 dan iOS 12.
Emiliano Laricchiuta, Ketua Global Produk Kinder dengan Kejutan berkata, "Dengan mencetuskan imaginasi kanak-kanak dan menyatukan orang dewasa bersama kanak-kanak melalui permainan dan keseronokan, kami percaya Applaydu dapat memainkan peranan yang penting dalam membantu memastikan kanak-kanak yang gembira pada hari ini akan menjadi individu dewasa yang lebih baik pada masa depan."
"Kami benar-benar berbangga dapat bekerjasama dengan Kinder untuk menjadikan projek ini suatu kenyataan," kata Alexandre Tan, Naib Presiden Perkongsian Jenama & Pengiklanan di Gameloft. "Luar biasa rasanya dapat membawa kepakaran permainan kami selama 20 tahun untuk jenama Kinder dan mainan kesayangan mereka demi mencipta aplikasi yang dapat membawa lapisan keseronokan yang serba baharu buat keluarga, dengan menggabungkan dunia fizikal dan dunia digital bagi meluaskan pengalaman bermain yang biasa."